March 30, 2023

Pantai Rambah Tempat Rekeriasi Yang Menarik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam sejahtera semua sahabat,

terima kasih kerana masih sudi melihat dan memnaca coretan orang kampung ini. Sebagai balasanya saya mendoakan agar kebahagian kesihatan kemakmuran akan menjadi milik anda selamanya.

Kali ini saya akan membawa anda untuk melihat lihat pemandangan sekitar Tempat Rekeriasi Sungai Rambah atau Rekeriasi Pantai Rambah, tempat ini telah lama menjadi tumpuan penduduk setempat beriadah setiap petang atau dihujung minggu.

Tempat setelah beberapa kali tempat ini dinaik taraf, tempat ini telah manjadi tempat riadah yang menarik.

Lokasi Pantai Rambah ini lebih kurang enam kilo dari bandar Pontian. Kedudukanya jika kita menghala ke Kukup dari Pontian, dalam enam kilo kita akan bertemu dengan Jambatan Rambah. Dalam enam puluh meter belok kekanan anda telah sampai ketempat rekeriasi tersebut.

Biasanya orang ramai datang berjoging dan bersenam disini, ada alat untuk bersenam dan ada juga tempat kanak-kanak bermain. Jika waktu cerah akan kelihatan panorama matahari terbenam dengan jelas dan menarik.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

4 comments:

mrhanafi said...

Cantik juga Tempat Rekeriasi Sungai Rambah ini tapi macam sunyi.

best juga untuk dating suami isteri hehehehe

♥xaturen♥ said...

Bulan Puasa, waktu ini dlm pukul sebelas tgh hari...

Abam Kie said...

tempat rekreasi yg indah n menarik. semoga keindahannya terus terjaga. done follow here.

♥xaturen♥ said...

Selamat datang dan terima kasih..🥰