January 11, 2011

Kelibat Yang Memalukan Lagi Sukar Dimegertikan.

Assalamualaikum...

Salam hormat dan semoga anda semua berada didalam suasana yang aman lagi mengembirakan..
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh bermohon ribuan ringgit ampun dan maaf, sebab sudah lama saya tidak menjengah kemari..
Jangan lah pulak berperasan yang tak baik pulak.. saya masih hidup lagi... kepada yang berkenaan tu tak usahlah terlalu bersedih pulak.. cuma nya buat masa ni, saya sangat sibuk macam menteri besar yang dah bengrap...

Saya harap anda semua faham, dan selalu lah bertandang kesini dilain kali, jangan jemu-jemu kemari ye..
Kali ini saya nak luahkan sikit pandangan iklas ini..

erm... kebelakangan ini kalau anda rajin baca akhbar, anda akan sering terpaksa membaca berita berkenaan 'pembuangan bayi' suatu berita berita yang sangat memalukan lagi mengaibkan..! Anda lebih arif kenapa saya kata memalukan.
Betul.. sebab ianya seringkali berlaku dikalangan orang melayu. Apa nak jadi pun tak taulah..
Dengan keadaan politik orang melayu semakin tertekan.. dengan kuasa Raja melayu semakin tak dihormati.. pada masa yang sama gejala yang tidak sesuai dimiliki olih orang melayu, semakin belambak dan tidak termampu dielak lagi..

Saya berharap sangat kepada pemimpin-pemimpin melayu berjuanglah dalam arena politik dengan satu seruan iaitu.. berjuanglah, bergiatlah dalam politik hanya kerana 'ALLAH' dan mahu keredaan dia semata-mata. Sebab saya perhatikan sekarang ini.. kebanyakan para pemimpin melayu walau kat mana dia berada dan berkuasa, mereka ini lebih terjerumus kedalam situasi dimana mereka lebih berkiblatkan.. atau lebih mengutamakan kebendaan dunia semata-mata. atau lebih tepat lagi atas sifat mataduitan.!

eh.. awak.. kenapa orang bukan islam lebih berjaya kat Negara Melayu Islam ni? depa tak sokong 'ALLAH' pun... depa sembayang tok pekong je..

Maksud saya.. para pemimpin melayu semua, wajib ada kekuatan iman yang teguh dan kuat..! jika iman mereka kuat, para pemimpin orang melayu ini akan takut sesangat kepada kemurkaan 'ALLAH'.... Tak mengiralah dari bahagian mana pun pemimpin melayu ini berada.. segenap penjuru alam melayu ni.. maknanya semua pemimpin politik pati apapun atau semua pemimpin kerajaan yang melayu atau melayu yang tidak makan gaji dengan kerajaan. Semua mereka ini wajib sama sekali berkiblatkan islam 'ALLAH'.

erm... tak perlulah pulak berjambang atau berserban labuh sampai kekaki... yang teramat penting keimanan didalam hati suci lagi bersih.. hati dan jiwa yang selalu takut akan seksa 'ALLAH' dikemudian hari kelak atas segala pekerjaan salah mereka! seperti mana yang 'ALLAH' telah janjikan.!

erm...Saya merayu sangat kepada tuan-tuan dan puan-puan pemimpin melayu, segeralah berrubah dan takutlah akan kemurkaan 'ALLAH'... kalau tidak....... melayu memang tak hilang didunia.. tapi hilang kat longkang jamban atau kat dalam sampah sarap.. percaya lah.
Pada masa itu bukan sekadar bayi yang ada tali pusat...! malah tua muda tak kira jantina malah pada masa tu.. orang akan sedih bab jumpa orang tua melayu kat tempat sampah masih pegang tongkat lagi.... iss.. iss.. sapa yang buang orang tua tu...? bebudak melayu le... sapa lagi...







Baca Lagi Sini!




No comments: