March 19, 2023

YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever

PATRIOT 1437

Salam ceria buat semua sahabat.

Bagaimana anda hari ini? Saya tetap berharap segala kebaikan tetap menjadi milik anda.
Bagi diri saya, macam biasa saja tetap bersemanggat menulis blog selagi mampu.

Baiklah, jom kita terus mengatahui apa itu PATRIOT 1437, PATRIOT 1437 ini adalah nombor plate kenderaan yang ditepah yang dikelolakan olih YAYASAN PATRIOT NEGARA. MALAYSIA.

Tentu anda sudah biasa melihat

plate nombor kenderaan yang menggunakan PATRIOT, dan tentulah nombornya berbeza misalnya PATRIOT- 100, PATRIOT-1000 atau mengikut nombor yang mereka suka atau minati.

Hanya keistimewaan pada nombor plate PATRIOT 1437 ini bebeza dari nombor lain kerana, kerana nombor 1437 sangat popular dikalangan pengguna media sosial termasuk ketika menggunakan Whatsapp atau media perbualan yang lain.

Ketika menghatar mesej tulisan

antara persaorangan atau antara kumpulan, mereka sering menggunakan nombor 1437 bagi memberi tahu antara mereka ungkapan ringkas dan bermakna.

Jadi, mungkin tidak perlu mereka menggunakan perkataan yang sebenar, hanya cukup menulis nombor 1437 bagi mengambarkan erti ungkapan yang ingin mereka sampaikan.

PATRIOT = Bermaksud = Orang yang mencintai, membela atau mempertahankan negaranya.

Apabila nombor 1437 pula bermakna seperti dibawah;

1 = Aku

4 = Sayang

3 = Kamu

7 = Selamanya

Jika dalam bahasa inggeris nombor 1437 bermaksud "I Love You Forever"

Aku Sayang Kamu Selamanya = 1437

Pencinta Dan Pembela Negara = PATRIOT

Jadinya alangkah sangat bermaknanya gabungan antara PATRIOT dengan nombor 1437 ini!

Ianya mengambarkan pemilik nombor plate ini sangat mencintai dan menghormati mereka-mereka yang bergelar PATRIOT. Terutamanya Patriot Pembela Negara, iaitu anggota Angkatan Tentera Malaysia. ATM.

Nombor 1437 ini juga terkenal pengunaanya diseluruh dunia, berada didalam pengatahuan semua peringkat usia.

Nanti bolihlah anda mengirim pesanan ringkas 1437 ini ketika perbualan text message orang-orang yang anda sayang!

Plate nombor kereta 'PATRIOT' ini dilancarkan untuk orang ramai pada tahun 2015 lalu. Bermula dengan. PATRIOT 1 hingga PATRIOT 9999.

Harga setiap nombor ialah RM250.00 keatas, dan dikelaskan kepada beberapa bahagian harga.

Ada nombor kelas Perdana, kelas Platinum, kelas Emas, kelas Perak, kelas Gangsa dan kelas Primium dengan harga berbeza mengikut kelas tersebut. Jumpa lagi besok.
bye..

PATRIOT 1437 is available.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik Minat Anda.


March 18, 2023

Mahkota Di Bandar Pontian Kecil, Johor.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam berbahagia salam ceria buat anda semua, semoga hari yang lebih indah dari semalam dan selamat ulang tahun kepada anda yang menyambut hari kelahiran pada hari ini 18/03/2023 . Happy Birthday .

Selamat Harijadi semoga dipermudahkan rezekinya dan diberi kesihatan berpanjangan.

Pagi ini saya berkesempatan memotret beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.

Khas buat tatapan sahabat yang berada jauh dari Bandar Pontian kalau yang berada di Pontian mereka sudah biasa kesini.
Padang mini yang ada Mahkota di Pontian.
Atau mungkin lebih dikenali sebagai;
Halaman Diraja, Pontian.

Memang menjadi tempat rekreasi pilihan untuk penduduk kawasan Pontian dan kawasan sekitar sini.

Saya sengaja mengambil dalam jarak jauh supaya anda bolih melihat dengan pandangan lebar, mungkin anda bolih zoom untuk melihat lebih jelas.

Baik, jika gambar tidak memuaskan, sila komen, mungkin saya akan cuba memotret dengan lebih baik lagi dimasa hadapan.

Apa pun terima kasih kerana masih memberi sokongan kepada saya. 🥰🥰

Bagi menambahkan cerita dari apa yang saya dengar atau apa yang saya lihat dimedia sosial, keadaan ekonomi rakyat semakin merosot, jadi adalah sekelompok manusia mengambil peluang ini bagi mencuri lagi duit rakyat dengan meminta mangsa menyertai sesuatu skim yang bolih mendapatkan uwang dengan mudah.

Orang-orang yang terpengaruh olih pujukan mereka akan melabur ratusan ringgit hanya kononya akan mendapat pulangan yang berganda.

Itulah SKIM CEPAT KAYA. Sekarang ini sudah timbul lagi skim cepat kaya! skim ini menggunakan berbagai cara untuk mempengaruhi kita supaya percaya dan menyertai skim yang mereka anjurkan.

Sejak dari dahulu lagi ramai yang sudah menjadi mangsa dan kerugian harta benda kerana menyertai skim seperti ini ! Mereka sangat bijak memperdayakan orang ramai supaya ikut serta kedalam skim mereka.

Berkemungkinan besar dalam alam kenyataan ini alam nyata.. tidak ada cara mudah untuk jadi kaya !! kecuali mereka bernasib baik kerana dilahirkan sebagai anak kepada saorang Raja atau jutawan.

Raja yang betul lah... bukan Raja Gunasegaram pulak.. Kalau Raja Gunasegaram tu hanya rakyat biasa macam kita juga. 😄

Jadi berhati-hatilah selalu jangan menyertai apa-apa skim pun dengan melabur sedikit, akan dapat banyak!!

Cukup sampai disini saja untuk kali ini, berjumpa lagi besok.
wassalam.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



March 17, 2023

Pontian Kecil Suasana Bandar Di Tepian Pantai Yang Tenang Dan Damai

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam ceria dan salam Jumaat

untuk semua sahabat jauh dan dekat.

Apa khabar anda semua hari ini.? harapan saya agar anda senantiasa aman berbahagia selalu.

Pontian adalah bandar memang betul-betul ditepi pantai, suasana pantai disebelah petang sangat menarik. Ramai pengunjung datang ke Tambak untuk berriadah.

Siapa yang suka pantai datanglah ke pontian disini ada banyak tempat berehat atau memancing. Selalu juga pontian dijadikan tempat lumba memancing!

Bila perut lapar jangan risau, ada banyak gerai-gerai yang menjual berbagai jenis hidangan, ada bakso, ada longtong, ada begedel, nasi ambeng, soto dan lain-lain semua sedap-sedap...

Keadaan cuaca di Pontian pada hari ini baik, sebelah pagi cuaca panas selepas tengah hari agak redup sikit mungkin sedang hujan gerimis, tapi tidak lebat, hanya gerimis.

Sebelah pagi saya pergi meletakan jagoh kampung diluar biar dia mandi cahaya matahari, dah lama dia berada didalam.

Suka dia duduk diluar bawah pokok kelapa, galak dia berkokok dan disambut kokokan ayam jantan lain, hai.. siapa saja yang bela ayam ditaman ni..😅


Jagoh berehat dibawah pohon kelapa

Jumpa lagi besok, wassalam.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



Membuat Jemputan Kepada Peraisma Untuk Menjadi Second Author

Salam. Selamat Pagi Jumaat. Fri,17Mar,2023

Saya dijemput untuk turut serta memeriahkan blog xaturen ini dengan sekadar saya mampu.

Dengan sedikit kata untuk memajukan blogger xaturen seperti content, info semasa dan lain-lain.
Saya turut berbesar hati di terima sebagai author yg kedua.

Sedikit kata.“Kesuksesan terdiri dari kegagalan dan kegagalan tanpa kehilangan antusiasme,”









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!