Salam ceria, salam satu Malaysia.
Undilah 'Umno dan BN'
opss... sory tersasul pulak iklan politik!
sebenarnya saya nak cakap bab janda-jandaku sayang.
oh.. jandaku, jagalah dirimu dan anak-anak kita dengan baik... (dengan nada sedih..)
okeys...
Ini hari ada cerita baik punya, cerita muka depan Kosmo 22 Februari 2013.
Sembilan janda ingkar arahan mufti.
Sepuluh orang wanita termasuk sembilan daripada mereka bersetatus janda yang menyara hidup dengan berkerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan atau GRO masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2800 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.
Kesemua tertuduh ditangkap di-pusat karaoke D'Carnival Lounge, No 333-335, Batu 2.1/2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Apa yang menarik tengtang cerita ini?
Tidak menarik pun.. biasalah jika sudah buat salah mestilah kena tangkap
atau denda.
RM2800 denda itu bukannya sedikit duit.., jika bos diaorang yang bayarkan tentu nanti mereka kena bayar semula. Jadi mereka nak buat apa untuk membayar balik duit tadi?
Mereka terpaksalah kerja GRO lagi ditempat lain.. bos yang sama tapi kedai karaoke yang lain..
Tidak terfikir kah cara lain yang benar-benar boleh membantu mereka-mereka ini, terutamanya ibu tunggal atau janda-janda tadi?
Bukan kah lebih baik pehak berkenaan cuba selidiki latar belakang mereka semua, lihat dahulu apa masaalah mereka sehingga sanggup berkerja sebagai GRO seperti itu. Saya rasa mereka ini tidak akan berkerja begitu jika hidup mereka tiada masaalah keuwangan yang berat.
Sepatutnya pehak berkenaan cuba dahulu menyelesaikan masaalah keuwangan mereka, maklumlah janda... satu kehidupan keluarga hendak kena tanggung, anak-anak perlu duit untuk sekolah, bayar bil api-air, rumah, cukai pintulah.. cukai itu dan ini..
Satu bulan perbelanjaan makan sahaja, untuk satu keluarga empat orang anak sudah berapa ratus...?
Kalau dicampurkan semua sekali sudah jadi berapa duit yang mesti diperuntukan untuk terus hidup diri dan
anak-anak pada setiap bulan?
Orang cakap memang le senang... sebab diaorang bukan yang menanggung..! lagipun lidah tu tidak mempunyai
tulang.. ikut sedap hati nak cakap saja... tangkap, denda...
Orang surat khabar juga jual maruah orang lain nak cari duit...
Satu kampung sudah tahu... janda-janda ini menjadi semakin marah...
Setuju tak jika kita cuba selesaikan masaalah janda-janda yang benar-benar menanggung beban keuwangan untuk
menyara hidup anak-anak mereka?
Tidak perlulah saya senaraikan apa kah keperluan janda-janda ini yang mesti ditolong.. mereka yang bertanggung
jawab itu lebih tahu dan lebih berpelajaran dari saya.
Buatlah sesuatu yang sesuai dan benar-benar berfaedah yang dapat menolong kehidupan mereka anak beranak, saya rasa pehak yang menangkap dan mendenda janda-janda ini lebih memahami lagi apakah keperluan yang sangat penting untuk mereka bantu janda-janda ini semua.
Sepatutnya kita sedar, yang anak-anak mereka tanggung itu sebenarnya adalah harta negara, janda-janda ini adalah insan yang lemah.. mereka adalah saorang ibu sepertimana ibu-ibu yang lain.. mereka berusaha yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Jadi.., lebih bijak kita mengambil jalan yang bijak, supaya kita diingati sebagai sebuah oganisasi bijak untuk menguruskan hal-hal begini.
Sekian. wassalam.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic
Fakhirah Khairuddin
Takdir Tragedi Elmina
Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.
Keras Tangan Orang Kampung
Bercuti Di Royal Belum Gerik
Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram
Kembara Mencari Janda
Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu
YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever
Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir
Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang
Bercinta Dengan Awang Hitam
RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS