Assalamualaikum..
Salam berbahagia untuk semua
yang masih sudi datang kesini lagi hari ini.
Saya doakan semoga anda berbahagia bersama keluarga dan gembira dengan suasana kerja dan sabar menghadapi cabaran dilingkungan kerjaya yang anda lalui.
Dengan bersabar kita dapat menyelesaikan banyak masaalah, dan dengan bersabar kita dapat mengelak dari banyak masaalah.
Cuaca ditempat saya hari ini cerah dan baik sahaja nampaknya aktiviti orang kampung dapat berjalan dengan lancar.
Baik, dengan gembiranya saya meneruskan catatan saya....
Hari ini saya hendak kongsikan sedikit info berbentuk gambar dan video tentang Kolam Memancing Kg. Haji Abas.
Lokasi kolam memancing ini terletak di daerah Baling. Pemandangan kawasan kolam pancing tersebut sangat indah seperti dalam gambar dibawah. Dari kejauhan kelihatan Gunung Baling, gunung batu kapur.
Kalau kaki pancing, diaorang tahu lah kolam ini dimana. Kolam Memancing Kg Haji Abas. Hanya lima minit saja dari Bandar Baling.
Bagi orang luar daerah Baling, bila datang ke Baling bolih lah singgah sini memancing. Kolam Memancing Kg Haji Abas ini memang lama sudah ada.
Dahulu ada banyak ekor rusa dipelihara disini, sekarang sudah tiada lagi sebab tidak menjadi, semua rusa dipindahkan ke Kelantan.
Terima kasih!
Baca Lagi Kesah Fidah!
8 comments:
seronok juga sekali-sekala memancing di kolam
Banyak ikan nieee.... Ikan keli ada kaaa
Ya.. betul, bila org dh minat memancing .. kalau kt laut ..kt sungai dah biasa dah.. kolam pun jadi..😁
Mesti banyak ikannye... keli pun ada...👍
Kolam pancingnya luas..
Ya... Luas dan selesa utk mancing beramai..
Alhamdulillah..view yg cantik..mendamaikan..😊
Terimakasih hadir dan memberi sokongan..👍
Post a Comment