February 28, 2023

Peninggallan Ilmu Hitam Pengalaman Seram Dan Menakutkan Dialami Olih Saorang Kaki Pancing

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam kasih mesra semoga ceria selalu. Bagaimana rutin harian anda hari ini? harapnya apa yang kerjakan berjalan dengan lancar.

Baik, untuk coretan saya kali ini, saya ingin berkongsikan satu cerita kepada anda. Cerita yang saya hendak kongsikan adalah cerita seram, cerita hantu, iaitu hantu peninggallan ilmu hitam, yang berkemungkinan bolih meremangkan buku roma.

Seram pulak hendak memulakan cerita ini.. bukan tujuan saya hendak menakutkan anda, tetapi hanya sekadar hendak memenuhi ruagan ini supaya tidak kosong bila anda singgah kesini.

Baiklah.. cerita pertama.
Adalah saorang pengemar memancing, dia ini tidak bolih dengar kalau ada pot memancing baru yang diceritakan olih rakan-rakanya sebelum ini.
Olih kerana tiga rakanya tidak dapat ikut serta untuk memancing, dengan berbagai alasan, dia bertekat hendak pergi juga memancing pada malam itu.

Petang itu dia dengan moto capcai terus pergi saja ke pot memancing seperti diceritakan rakan-rakan. Apa yang dia hendak risaukan, bukan sehari dua dia memancing, cakap saja mana lubuk mana sungai mana paya yang dia tidak pernah pergi didaerah perkampungan sekeliling kampung dia.

Setelah hampir satu jam memancing namun tiada sekali pun pancingnya diragut. Ada sedikit kehairanan dalam fikiran dia. Tapi dia beranggapan bisalah mungkin ikan-ikan kekenyanggan.

Jam sudah menunjukan kepukul lapan dua puluh malam. Tadinya sayup-sayup azan magrib kedengaran, ini sudah hendak memasuki waktu insyak, umpan masih belum disentap, malahan umpan pun belum berganti.
Apabila dia sedang membelek-belek umpan dimata pancing untuk melihat apa salahnya dengan umpan tersebut.!
Ketika matanya sedang fokos akan umpan dimata kail ini lah, tiba-tiba kelibat benda putih melayang dihadapan dia, serta merta dia menggankat kepala untuk melihat apa kah itu.?

Diketika itu juga bulu roma kembang satu badan.. tapi yang peliknya dihadapan dia adalah sungai, tidak mungkin orang berlari disana!
Bagaimana pun dia segera memikirkan mungkin saekor burung bangau terbang.. jadi dia rasa sudah selesa bila mana memikirkan bahawa bayangan tadi hanyalah saekor burung bangau yang terbang.

Bulu romanya sudah mula kendur.. dia terus memancing lagi sambil menoleh kekiri kekanan namun tiada apa yang terbang atau melintas. Dia cuba memujuk diri sendiri, jangan takut semuanya hanya mainan perasaan sahaja.

Dia cuba dengan santai terus memancing, dia berusaha tidak mahu memikirkan yang aneh-aneh. Tanpa disangka.. sekali lagi dia dikejutkan dengan bunyi 'cemplung' dipermukaan air disebelah kiri..!

Rasa terperanjat! mendadak bulu romanya merinding semula.. tanpa sedar dia berkata "eh katak ini, kacau saja aku mancing..!" dia yakin itu hanya katak yang melompat kedalam air "sudahlah ikan tidak mahu makan, engkau pulak sebok melompat" katanya lagi.

Belum habis dia berkata, bunyi cemplung pulak kedengaran disebelah kanan, bunyi 'cemplung' kali ini agak kuat, seakan sebiji buah kelapa jatuh kedalam sungai, wahh... kali ini bulu roma zuss..!! menegak dengan pantas terasa semua bulu yang ada diseluruh badan menegak dengan laju dan terus kekal tegang..!!

Dia pun sudah tidak tertahan lagi kerana terperanjat dan seram beriringan. Dengan sepontan dia berkata "b*b* punya katak, dah tak ada tempat lain kau hendak melopat..?"
Walaupun bulu roma terus menegak, dia masih fikirkan bahawa itu adalah lompatan saekor katak besar kedalam sungai.

Tercungap-cungap dia menahan terperanjat dan seram, tetapi dia masih belum fikir itu adalah hantu penunggu sungai..!!
Dia mula mengumpul barangan pancing untuk dibawa pulang dia rasa cukuplah mancing malam ini, terus mancing pun, ikan tidak akan dapat sebab banyak ganguan katak!

Dalam keadaan remang-remang yang tidak terlalu gelap, dia menunduk untuk mengumpul barang tiba-tiba zapss..!! satu tepukan dibelakang kepala dia, bulu roma yang sememangnya tegak kini sudah tidak terasa ada bulu lagi bulunya, sejuk beku terus satu badan.

Dia jadi kaku, hanya fikiranya sahaja yang berkata "burung bangau terlanggar kepala aku ke?" sambil mengosok-gosok belakang kepala sendiri.
Agak keras juga tamparan yang dirasakan dibelakang kepala, dia jadi bingong dan seram memikirkan apakah benda yang terlanggar dia, burung kah atau dahan kayu yang jatuh menimpa dia.?
Dia mula melihat sekeliling didalam samar-samar gelap itu.

Dia mendogak keatas cuba melihat kalau-kalau ada pokok kering, namun yang kelihatan hanya langit yang samar dengan sebutir dua bintang.
Seketika suasana sunyi sepi.! debaran jantung nya semakin kuat kerana dia sudah mula memikirkan sesuatu yang buruk.!! hantu penunggu sungai..!!?
matanya tertoleh kearah sungai, terasa jantungnya kali ini benar-benar sudah jatuh ketanah..!!

Dipinggir sungai dihadapan dia, ada kelibat orang tua samar-samar putih semua sedang berada diatas sampan sedang mudik tanpa mendayung. Kali ini baru dia tersadar yang dia sedang diganggu hantu.!!

Seingat dia disungai ini, memang tidak ada orang bersampan lagi sekarang.!! Serta merta lututnya lemah gemalai sudah tidak bolih berdiri lagi..
dengan tenaga dan kekuatan yang tersisa, merangkak lah dia untuk keluar dari belukar tempat dia memancing, sudah tidak peduli mana jalannya, tahunya meredah saja, jatuh bangun jatuh bangun.!! berkali-kali untuk segera pergi jauh dari situ.

Dalam masa yang sama terdengar suara betul-betul dicuping telinga.. suara ketawa ..! ketawa yang menyeramkan.!!
ketika itulah terasa kaki dia digengam orang.!!

..bersambung







Terima kasih! jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 26, 2023

PENGGHULU ISTIGFAR Amalan Yang Sangat Sangat Digalakan Bagi Kita Untuk Diamalkan Setiap Hari

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Saiyyidul Istigfar

atau Penghulu Istigfar.

Salam berbahagia semua, semoga anda semua sihat dan ceria selalu.
Mengibau kembali kesah lama, ketika sering mengikuti pengajian minguan yang dipimpin olih imam Ismail Sariun, beliu sudah pun tiada, Alfatihah untuk beliu semoga beliu ditempatkan besama orang-orang soleh. aaminn.

Beliu sering mengigatkan kepada supaya membaca istigfar setiap hari jangan tertinggal dengan seberapa banyak yang mampu, beliu juga memberi saranan supaya kami semua menghafal Saiyyidul Istigfar atau penghulu istigfar ini.

Istigfar katanya ada yang pendek yang selalu kita amalkan semasa zikir selepas solat. Tapi beliu menekan kepada kami supaya menghafal Saiyydul Istigfar. Katanya baca Penghulu Istigfar ini paling tidak sekali pagi sekali petang.

Kami semua pun cubalah menghafalnya, waktu itu untuk betul-betul dpaat menghafal dengan lancar sangat lah susahnya...lama jugalah baru dapat hafal dengan lancar. Segan pulak hendak meberitahu berapa lama..tapi memang lama.

Berkat kesungguhan hendak menambah ilmu, akhirnya semua kami dapat menghafalnya.. alhamdulillah. Kata orang, hendak seribu daya, itu kami alami sendiri.

Penghulu Istigfar

Bunyi sebutan arab dalam bahasa melayu.

Allah humma an tarobbi laillahailla anta
kholaq tani, waana abduka, waana alaa ah dika
wawag dika mastatoq tuu, a a'u zubika min
syrrima sonaq tuu, aabu uulakabiniaq matika
aalaiyya, wa aabu u bizambih, faq firli fa innahu
la yag fi ruz zunu ba illa anta.

Ini lah ayatnya SAIYYIDUL ISTIGFAR atau Penghulu Istifar. cubalah menghafalnya insyaallah berjaya. sekian. jumpa lagi.







Terima kasih! jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



Cawangan J&T Lunas Kulim KedahTidak Bertanggungjawab Ketika Menjalankan Tugas Yang Diamanahkan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

J&T is very disappointing


Servis paling teruk dan buruk daripada yang lain.

Salam ceria semua, semoga anda sihat dan ceria hari ini. Buatlah yang terbaik supaya anda mendapat yang terbaik juga.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit kesah bekenaan dengan perkhidmatan penghantaran barangan.

Banyak syarikat penhatar barang ditempat kita ini.
Pos Laju , sky net , ninja van
pgeon , MrSpeedy , GoGet
MayExpress , NationWide Express , DHL Express , Best Express dan banyak lagi di Malaysia ini.

Anda bolih gunakan perkhidmatan yang lain seperti yang tersenarai diatas, dan jangan gunakan perkidmatan penghantaran yang bernama J&T Express. Sebab buat masa sekarang J&T Express tidak bertanggungjawab bila menjalankan tugas.

Ramai yang sudah terkena dengan Syarikat J&T ini. Barangan sangat penting tidak dihantar dengan betul, sangat lambat ada masa barangan dikembalikan dengan alasan penerima tidak mahu membayar cod, sedangkan barang berkenaan bukan barang cod.
Ada barangan bolih pulak u turn balik dan belambak kat Gombak, awas sangat!! jangan guna syarikat J&T, biar mereka selesaikan masaalah pentakbiran dahulu.

Kita ada banyak pilihan lain, buat sementara ini, jangan dulu guna servis J&T. Ramai pengguna yang mahu menalipon customer service untuk bertanya sesuatu masaalah penghantaran namun bila ditalipon tidak dijawab.

Ada juga panggilan yang dijawab mesin automatik "nombor yang anda dail tiada dalam pekhidmatan" ada juga yang disuruh menunggu, namun tiada yang mengankat panggilan. Bukankah ini sangat mengecewakan!

Sedih dengar pelanggan yang sudah terkena dengan syarikat ini. Harap kerajaan mesti campur tangan untuk mengelakan dari rakyat terinaya. Itu pun jika kerajaan mampu bertindak.

Ramai pengguna kecewa dengan J&T ini, semua barangan yang dihantar penting, seperti pakaian atau barangan gunaan harian, namun ada lagi barang yang sangat penting seperti Ubat ubatan, hadiah perkahwinan atau barang keperluan pertunangan atau perkahwinan tidakkah sangat mengecewakan bila barang yang dihantar tidak sampa-sampai.

Yang lebih membingungkan ialah digudang J&T di Lunas tidak ada talipon untuk kegunaan pekerja untuk berhubung dengan pelangan. Jadinya pelanggan juga tidak dapat menghubunggi J&T Lunas berkenaan dengan info terkini jika pelnggan tahu melalui app yang barang mereka sudah berada disitu.

Pehak pengurusan pulak (CDC) tidak rela pulak menggunakan talian peribadi untuk menghubunggi pelanggan, berkenaan barangan pelanggan yang sudah ada digudang mereka! jadi apa guna nombornya talipon pengirim dan penerima yang disertakan disetiap bungkusan barang?

Sikap pekerja disitu yang melayan pelanggan sungguh mengecewakan, terutamanya pehak pengurusan disitu(CDC Lunas) bila ditanya kenapa barang sudah tidak ada digudang mereka? sedangkan didalam App mengatakan barang sudah disana.

Mereka cuba memutar belit mengatakan itu ini cuba mengelak untuk bertanggung jawab! Ada yang berkata pelanggan tidak bolih menyalahkan dia (seorang lelaki tiunghua kurus) dia suruh pelanggan memarahi budak penghantar! sedangkan budak penghantar itu (runner J&T) siapa yang menguruskan?? bukankah dia yang menguruskan pekerja berkenaan!!

"Kenapa mereka mengambil ringan dengan barang yang dihantar pelanggan?? merka berkata dan menyuruh kita menghubunggi penghantar (orang yang mengirim barang kepada kita) supaya menghantar semula kepada kita, sedangkan barang itu sebelum ini sudah berada digudang mereka (CDC Lunas)" keluh saorang pelanggan.

Pengurusan CDC Lunas memang mengecewakan, kalau tidak mahu tahu perihal barangan jangan bekerja mengguruskan barang!! jika tidak mahu dimarahi pelnggan, segeralah mengghubugi pelanggan jika barangan sudah ada digudang mereka, pelanggan mungkin bolih datang mengambilnya sendiri.

"Kenapa mereka menghantarnya kembali kealamat pengirim? sedangkan barangan yang dikirim itu adalah ubat ubatan yang penting!!" lagi keluhan saorang pelanggan.

Rakyat pengguna memang terinaya, siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini, tidak adakah pehak kerajaan yang memantau pekara ini?

Bagi yang sudah menggunakan perkhidmatan J&T berdoalah supaya barangan akan sampai dengan selamat!

Sekian, terima kasih dan jumpa lagi.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 25, 2023

Padang Belon Dam Tempat Punca Air Dan Takungan Air Untuk Disalurkan Kerumah Rumah Penduduk Kampung Sekitarnya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam bahagia, semoga kalian semua baik-baik sahaja. Saya harap hari ini lebih baik dan lebih indah dari semalam.

Dalam kehidupan mesti ada cabaran atau dugaan, banyak pekara yang membuatkan kita gembira dan ada benda yang membuatkan kita tidak gembira.
Sebenarnya, apa yang kita rasa berat, bila berat itu terjadi kepada orang lain, mereka merasakan pekara yang kita rasa berat itu, sebenarnya bagi mereka itu adalah pekara biasa saja.

Dan apabila kita rasa pekara kecil sahaja bagi kita, pada orang lain itu adalah pekara sulit dan besar untuk dihadapai.

Jadi, inilah yang dinamakan kehidupan, cuba berusaha yang terbaik dan teruskan bernafas dengan senyuman.

Baiklah, untuk bingkisan saya kali ini kita akan melihat kawasan tadahan air atau punca air atau nama lainya 'Dam' yang mengalirkan air kerumah-rumah dikampung.
Ada sedikit kerja-kerja pembersihan serta membaiki kerosakan disebabkan hujan yang lebat. Ayoh kita lihat bersama.

Mereka Yang Sempat Sertai Gotongroyong

Terima kasih, jasa mu dikenang.

jumpa lagi.





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 24, 2023

SCAPES Hotel Genting Highlands/Baling

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam ceria dan salam succsess atau salam kejayaan khas buat anda semua yang saya sangat hargai. Tanpa anda semua siapalah saya, kehadiran anda diruagan ini membuatkan saya bersemanggat untuk terus melahirkan sesuatu yang lebih baik lagi dimasa hadapan.
insyaallah.

Bagaimana rutin anda hari ini? Saya sangat berharap supaya setiap aktiviti juga usaha yang anda lakukan akan mendapat kejayaan dan kecermelangan.

Sama-sama lah kita berusaha kepuncak supaya kita dapat membantu insan lain yang berada dibawah.

Baiklah, hari ini kita masih lagi menjejaki group sahabat kita dari Baling yang menyertai KURSUS KEMAHIRAN – CONTENT CREATOR di Scapes Hotel, Genting Highland, Pahang.

Hari ini juga adalah hari terakhir mereka berkerusus, dan tentu akan berpisah dengan rakan-rakan baru, ada yang dari Terangganu Selangor Perak Johor Perak Perlis masing-masing akan pulang dengan membawa ilmu yang telah dipelajari.

Ilmu baru akan membuka wawasan baru bagi kegiatan dimasa depan. Kita doakan kejayaan adalah milik mereka.

Sebahagian pemandangan dikawasan hotel.

Pemandagan disekitar Hotel Scapes yang dapat digambarkan. Kawasan sekitar yang bersih dan cantik.

Jom kita sama-sama lihat hasil kerja saorang peserta Nasi Kukus Ayam Penyek Berempah.
Sekian kita jumpa lagi dilain cerita.

SCAPES Hotel Genting Highlands
Lihat lagi siri Scapes Hotel Genting dibawah





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 23, 2023

SCAPES Hotel Genting Highlands/Risda

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam sejahtera dan salam kasih dan salam sayang..he.~ tak salah kan..? tentunya kita digalakan berkasih sayang sesama insan..

Terlebih lagi pada tuan puan adik kakak yang hari imi masih sempat lagi menjengah kesini. Saya doakan semoga kehidupan kalian lebih aman bahagia daripada hari semalam. aaminn..

Kesah hari ini adalah kesinanbungan dari kesah semalam, acara utama mereka di Genting diteruskan. Semua peserta yang terlibat memberi perhatian dan tumpuan penuh terhadap sesi pebelajaran.

Tentu semua peserta telah dan akan didedahkan dengan pelajaran dan pengatahuan baru, Kemampuan Tenaga Pengajar: Cikgu Naz dengan batuan lima Fasilitator berkepakaran dalam bidang ini. semoga mereka berjaya.!

KURSUS KEMAHIRAN – CONTENT CREATO

Semua peserta begitu teruja mendegar pengatahuan baru yang disampaikan olih tenaga pengajar.

Setelah lelah mengikuti klass, apa lagi.. makan la.. makanan yang disediakan pun hebat-hebat belaka.

Terima kasih pehak Risda Baling yang memberi sokongan semuanya.

SCAPES Hotel Genting Highlands
Lihat lagi siri Scapes Hotel Genting dibawah





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 22, 2023

SCAPES Hotel Genting Highlands

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam hormat dan salam berbahagia buat anda yang masih setia mengunjungi ruagan ini.

Terima kasih diatas sokongan anda kepada saya, sebagai balasan saya mendoakan kesejahteraan hidup anda dan kejayaan tetap akan menjadi milik anda jua.

Okay, baiklah kali ini kita pergi ke Genting Highland. Kita akan mentelusuri pegerakan group dari Baling.
Mereka mengikuti atau menyertai KURSUS KEMAHIRAN – CONTENT CREATOR pada 20 hingga 23 Feb 2023 di Scapes Hotel, Genting Highland, Pahang.
Semuanya atas tajaan Risda Baling.

Bukan kaling kaling.. yuk kita, malam kita menginap ditempat yang agak selesa sangat.

Scapes Hotel Genting Highlands, tempat yang serba ada, nk mandi kolam pun bolih, jangan sampai kelemasan sudah ye..


Perjalanan dari Baling ke Genting

Singgah berehat dihentian Tapah depa beli beli depa makan makan sekali sekala berjalan jauh depa kata buat buat lapaq la...he.~


Sepanjang perjalanan ada banyak tempat yang hujan, ada satu kawasan terdapat tanah runtuh dibahagian bawah tepi lebuhraya.

Akhirnya sampai juga rombongan group Risda Baling ke Genting Highland dengan selamatnya. Alhamdulillah.


sekian, terima kasih. jumpa lagi besok dengan sambungan cerita mereka seterunya.

SCAPES Hotel Genting Highlands
Lihat lagi siri Scapes Hotel Genting dibawah





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!