February 09, 2023

Pekerja Asing Gaji Lumayan Mampu Meraih Upah Sehingga RM6000.00 Sebulan

Assalamualaikum.

Salam muhibbah salam kenal salam ceria

untuk anda semua yang saya hargai. Dengan harapan anda semua senantiasa tenang tenang sahaja setiap hari.
Tentunya sebagai manusia, kita tidak lekang dari berbagai dugaan dalam kehidupan.

Baik buruk yang berlaku bukan petanda yang kita telah menang dan bukan petanda kita telah kalah. Tetapi sebagai petanda yang kita harus berwaspada supaya, apa yang kita menang jangan sampai kalah dan yang kita kalah, kita mesti bangkit kembali supaya kita menang.

Saya doakan kebaikan kebahagian kemenangan akan tetap menyebelahi anda. Tetaplah teguh dengan pendirian dan cita-cita.

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit gambar dan video tentang pekerja asing disini bolih mendapatkan gaji yang lumayan. Mereka bekerja diladang ladang sawit, dan sektor lain diseluruh Malaysia. 3D [dirty dangerous difficult] Kotor. Bahaya. Sukar. adalah sektor yang menghasilakan pendapatan lumayan.

Sebagai buruh ladang tentu kerja mereka sangat susah dan berat. Hanya mereka yang kuat semanggat dan bertenaga sahaja yang mampu melakukan kerja kerja ladang sawit.

Kita tidak bolih menyalahkan buruh asing mendapat upah besar, kerana kerja diladang tidak sama dengan kerja sawit dikampung kampung. Kerja sawit diladang harus kerja berterusan setiap hari, mereka cuti hanya pada hari yang telah ditetapkan.

Dari apa yang diberitahu sendiri olih mereka, mereka meperolehi pendapatan yang sangat lumayan berbanding pendapatan pekerja buruh dikampung kampung. Ini kerana cara dan masa kerja buruh kampung berbeza.

Adalah pekara biasa bagi kalangan mereka memperolehi upah RM4000.00 ringgit keatas. Ini semua kerana ketahanan mereka bekerja keras seharian demi untuk mendapatkan upah yang besar. Salah saorang buruh berkata pada bulan dua belas yang lepas dia mendapat upah RM6000.00 ringgit, hebat.

Saya rasa mereka berhak mendapat upah yang besar kerana, banyak masa kerja (3D) mereka dalam sehari. Video temubual salah saorang pekerja buruh dari Bangladesh saya akan siarkan besok.

Apakah tindakan yang harus diambil kerajaan, supaya buruh-buruh tempatan dapat upah yang sama? Bagaimana pandapat anda?

Cerita Buruh Bangladesh



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



9 comments:

Abdullah said...

Kita perlu cemburu dengan mereka.... Kita perlu usaha lebih pada mereka....

Ammi said...

rajin & tak memilih kerja itulah kuncinya.
orang kita ni kadang2 kerja berat sehari 3 hari sakit2 urat. Acanorrrr???

Yakkop Kadir said...

Bangla boleh la...

♥xaturen♥ said...

Betul tu .. 100% ✓

♥xaturen♥ said...

Mungkin juga org tempatan memilih kerja.. sebab kerja ladang kena kerja Keras..

♥xaturen♥ said...

Orang Malaysia pun bolih buat kalau mereka mahu...😊

Cuya said...

Kena jadi rajin mcm diorang juga kan.. Btw cuya first time singgah blog ni. Cuya follow ya. Salam kenal!

♥xaturen♥ said...

Kebanyakam pekerja asing sememangnya dtg utk bekerja, jadi mereka betul2 kerja cari duit..
Terima kasih follow dan dtg sini, sini hnya blog org kg..jgn serik dtg sini..oke

♥xaturen♥ said...


Terima kasih follow dan dtg sini, sini hnya blog org kg. senang2 dtg kg sini..okey..😊