April 05, 2011

Terbuai Dibelai Pengkid

Assalamualaikum... erm.. salam sejahtera semua ek...
 

Rasanya tajuk diatas lebih sesuai ditulis begini: Hanyut Sesama Wanita! he.he. jangan ada yang marah ye.. kali ini saya nak cerita yang agak pelik sikit.. ermm.. memang peliklah sangat..

Macam mana bolih wanita bercinta dengan wanita ni? Apa nak jadi dengan mereka ni pun tak tahulah.. kan lebih manis wanita tu kawin saja dengan mana mana lelaki, berumah tangga dan dapatkan zuriat ketika masih muda belia ni..  

Jangan nanti dah tua baru nak kawin, nanti bila dah tua tentu dapat pasangan pun tua juga haa.. lagi haru..!Ketika itu kerja pun dah nak pencen dah tak larat nak kerja kuat lagi.. anak anak masih kecil, tak ke haru jadi nya!

Buat apa lah dok pi buang masa dengan cinta pengkid yang tidak akan sampai kemana mana tu..? Jangan lah sebab seorang lelaki yang tidak menghargai awak, awak ingat semua lelaki seperti itu..?



Jika memang awak putus hubungan atau kecewa dengan seorang lelaki bukan alasan anda mencari cinta dengan pengkid atau bercinta sesama wanita! Nanti masa depan akan bertambah tak menentu!

Masih ramai lagi bujang teruna kat luar sana tu.. duda pun ada.. pilih lah salah sorang jadikan suami yang sah dan tentu kita sekurang kurangnya tahu juga hala tuju haluan hidup tu.. ini bercinta dengan pengkid, nak jadi apa? pengkid tu perempuan juga kan..? cuma pakaian dan lagak saja macam lelaki.. buah dada tetap timbul juga.. keh.. keh..

Sebab kenapa saya dok pi tulis ini.. sebab saya nampak sendiri, mereka berdua ni sewa bilik kat hotel yang sama dengan saya, saya tingkat atas, selalu sangat terserempak berpimpin tangan naik tangga!

Yang perempuan tu  saya lihat macam tak sesuai jadi perempuan! Takkan lah dah berumur duapuluhan masih takut dengan lelaki! konon lah tu atau memang dia takut dengan lelaki.. dia punya style kalu nampak lelaki.. siap lari lari anak pi kepit tangan pengkid dia tu.. siap cakap: eee... takut lah..

Yang dia rasa sampai macam tu, tu kenapa? Kenapa dah rasa selamat sangat ke dengan pengkid awak tu..?

Yang pengkid tu pasang subang ala ala macam apa ek..? tapi saya nampak ada tiga subang dari bawah sampai atas telinga, agak nya nampak ganas sikit kut.. Kesian Ibu diaorang yang melahirkan dan membesarkan dengan susah payah.. tup tup bila dah besar dok jadi cam tu pulak.. hanya menambah deritalah ibu Bapa kat kampung!

Sudah lah sekarang ekonomi orang kebanyakan agak lembab sikit, harap anak anak le yang bantu sedikit sebanyak! tetibe anak pulak jadi macam tu, kalau tak nak bantu pun.. jadi lah orang yang sempurna sikit.. kawin dan berumahtangga..

Dapat juga atuk kat kampung berkira kira berapa ramai cucu cucu mereka semua.. sekurang kurangnya berbangga dengan anak anda sebagai cucu mereka tu.. perbuatan awak berdua tu, dah tentu dapat diketahui keluarga kat kampung, sayu... sayu.. hati orang tua berdua tu..


Dan sesangat rugi besar lah dia orangni..! kalau masa muda belia ini, awak buang masa dengan kegemaran awak yang tak senonoh tu..! satu lagi bercinta dan hidup he..he.. bolih jadi suami isteri ke? seperti suami isteri dengan pengkid ni pun satu dosa jugak lah kan.? nape la.. 'ada jalan lurus, jalan bengkangbengkok juga yang kau cari.'  ermm... entah le..!













Baca Lagi Sini!




No comments: