September 07, 2023

'Imam Mustaqim' didenda 10.000 dipenjara 6 bulan Hina Sultan Selangor

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Kes Imam Mustaqim dipenjara dan didenda kerana menghina Sultan Selangor. Saya pun tidak tahu setakat mana penhinaan yang telah dibuat olih Imam Mustaqim ini didalam facebook beliu.

Sebagai pengajaran daripada apa yang telah dilakukan, mungkin selepas ini tiada lagi sesiapa yang berani-berani memuat naik kata-kata yang menyentuh mana-mana pehak apalagi terhadap raja-raja atau sultan.

Jika rasa tidak berpuas hati, diam sajalah dan jangan meluahkan perasaan didalam facebook, sebab kita ini bukan siapa-siapa, pangkat tiada wang ringgit jauh sekali.

Lebih baik masa yang ada digunakan dengan cara yang berfaedah, atau usahakan sesuatu yang bolih menstabilkan dan memakmurkan hidup. Ibu bapa keluarga sangat memerlukan pertolongan kita dimasa harga barang semakin naik ini.

Tidak perlulah terlalu taksub dengan mana-mana pertubuhan, kelak diri sendiri yang menanggong akibatnya. Ramai orang kampung yang bermasam muka kerana taksub dengan sesuatu kumpulan, sakit demam kematian semua diuruskan olih orang terdekat atau orang kampung, orang besar dalam kumpulan tidak akan datang jengok pun.

Jika kita orang berpangkat atau jutawan bolihlah bercakap sesuka hati, sebab semua pekara memerlukan duit banyak, tidak ada duit jangan cakap apa, ni money no talk!

Disebabkan zaman sekarang kita terdedah dengan midium berita dari banyak sumber, samada tv dan sebagainya. Menyebabkan kita tahu dimana ada kesalahan atau dimana ada keburukan yang dilakukan olih individu dari masa kesemasa, janganlah cuba-cuba mengajar atau mencela jika kita tidak punya kuasa.

Semua orang tahu kebaikan atau keburukan yang mereka lakukan sendiri. Jadi mereka juga tahu kebaikan atau keburukan yang bakal mereka terima bagi diri mereka dan generasi mereka.

Semoga kita hidup sihat dan bahagia.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


September 06, 2023

SELAMAT PENGANTIN BARU - Wan Nurin Iwani dengan Hafis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

SELAMAT PENGANTIN BARU. Wan Nurin Iwani bersama Hafis.

Bulan purnama ikut tersenyum dengan ramah. Sang bintang juga tidak mau mengalah. Dengan doa yang indah untuk kalian yang telah menikah, semoga keluarga kalian sakinah mawaddah dan warrahmah.

“Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Amin“

“Semoga Allah jugalah menghimpunkan yang terserak daripada keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah jua meningkatkan darjat keturunan kamu menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi saudara mara”

“Cinta sesama manusia kerana Allah, akan menuju syurga nan indah. Bawalah cinta ini mencari redha Allah agar pertalian ini kekal abadi selamanya.“









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆