March 13, 2013

Danga Bay - Selat Tebrau.

Assalamualaikum...

Selamat petang, selamat berehat semua.

ermm... hari ini saya berada kat Johor, balik kampung sekejap.

Pagi-pagi lagi sudah kebandar Johor Baharu sebab ada sikit urusan baginda tuanku.. eehh... salah, urusan sendiri la...

Selepas selesaikan tugas kita orang pergi makan tengah hari diwarong yang agak best juga lah..
Semua masakan cara kampung, memang sedap le makan kat sini.. kalau saya dok mari makan sini selalu memang bolih gemok badan..

Nak kata banyak tu tidakle juga, tapi siap menambah nasi putih lagi... selera sangat, mungkin sesekali makan masakan yang berbeza agaknya..

Semasa perjalanan nak balik Pontian, kita singgah ambik gambar kat Danga Bay, nampaknya tidak ramai orang kat sini, mungkin waktu tengah hari kut.. panas sangat, orang malas nak jejalan...

Ermm.. saya pun ketiklah beberapa keping gambar.. buat tatapan anda semua..
Ada nampak mat salleh dok atas bot tu, tangkap ikan kot...!

Sekian, wassalam.

Welcome To Danga Bay.

Selamat Datang Ke Danga Bay, tenang saja.. panas tak de siapa nak makan angin..

Ada pokok-pokok yang redup... sesuai untuk berehat, tapi masih belum cukup pokok-pokok yang bolih lindungan dari panas, kenalah tanam banyak lagi pokok!

Ada banyak bot disini, jika berhajat hendak beli bot pun bolih.. pilih saja, atau jumpa dengan pengedar bot kat sini, ambil katalog beli kemudian tak apa...

Pada hari acara Jom Heboh, tempat ini memang ramai manusia... sudah bebrapa kali Jom Heboh diadakan disini, memang meriah!

Cantik juga seni taman kat sini, sesuai kalau nak berehat disebelah petang, tapi tidak bolih tunggu sampai petang sebab nak balik cepat ada hal lagi kat rumah. So... kami pun balik.

Johor Baharu memang jauh berubah, pembangunan tumbuh disana sini, jika 20 tahun lagi entah macam manalah.. harap Johor Bahru maju seiring dengan kemajuan Akhlak anak-anak yang lebih bagus!










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


March 12, 2013

Sedap Dipandang Dimakan Jangan.

Assalamualaikum...

Salam sejahtera salam 1malaysia.

Hari ini cuma hendak kongsi merapu sikit.. ha..ha..ha..
Dari cara ketawa pun sudah sah cerita merapu.. kah.. kah...
Ermm... bukan apa... saja hendak merapu? adoi... okeylah.. jangan terlebih pulak, karang orang tak suke..

So.. ermm... macam mana sudah baca kesah Fidah yang ke 15 tu..? baca jangan tidak baca, penat saja nanti saya tulis.. kalau anda tidak hingin...
Apa bendanya yang sedap dipandang dimakan jangan tu..? ye.lah... dalam kehidupan kita setiap hari memang banyak benda yang sedap dipandang tetapi kena fikir masak-masak kalau rasa macam nak makan.

Ini sebagai kiasan untuk orang yang hendak berfikir... misalnya yang jelas lagi bersuluh..!! eh..? jelas lagi bersuluh.. betul ke ni...

contoh..nya lah, minuman keras.. arak le tu.. okey, memang nampak sedap kan? pulak tu bila lihat iklan dia.. fuhh.. memang gambar lelaki yang gagah manco tengah meneguk air beer tu..

Macam tu lah.. bolih lihat saja tapi jangan minum... bahaya.. dan haram lah pulak..
Sama lah juga dengan benda-benda lain... banyaklah benda-benda lain yang hanya bolih lihat saja, lihat saja.. tidak usah lah cuba nak minum ke.. nak pakai ke.. nak ambik ke.. nak beli ke.. nak peluk ke... eayy.. sory salah cakap pulak, tapi pun ada betul juga kan, jangan suka peluk sembarangan tau... bende tu hanya yang bekenaan saja yang bolih, groups do not try, banyaklah dalam kumpulan ini.

Lagi satu lagi kiasan untuk mereka yang masih sekolah atau kat koleg-koleg sana.. jangan cuba buang masa dengan suka belajar menda-menda yang bukan untuk kemajuan pelajaran... misalnya bersekang mata dok pi belajar main gitar.. ermm.. macam penah buat je..

Itu pun kumpulan Sedap Dipandang Dimakan Jangan, sebab kita membazir masa dan tenaga kepada benda yang luar daripada tujuan kita kesitu...

Ini saya kecualikan kepada pelajar yang memang cemerlang lah.. kalau sekadar cukup-cukup paras hidung saja.. lebih baik jual air sirap tepi jalan dapat juga duit buat tambah belanja... daripada memekak dok petik gitar berjam-jam konon macam udah tererr... sangat.

Rugi saja duit pinjaman ptptn ke... lebih baik pinjam beli rumak kat Emak Ayah kat kampung... senang orang tua tu duduk.
eeee... tu dia... sudah merapu jauh ni... pengalaman sendiri ke ni bang? tidak sama sekali tau, saya sekolah tidak pinjam mana-mana pun....ermmm kena hati-hati dengan koleg bukan kerajaan, depa nampak duit Emak Bapak kita saja ooiii...

Ada ke patut suruh Emak Bapak keluarkan duit KWSP.. mahu aku nak bunuh lempang saja orang koleg tu.. awal-awal daftar, semua beres... Ayah Ibu pelajar jangan risau... tanggung beres... malah ada lebihan diut lagi.. mau satu bulan duit makan untuk pelajar dekat RM500.

Lima ratus ringgit tu.. apa tidak cukup lagi ke nak belajar? lepas empat lima bulan, eehh.. timbul suruh Emak Ayah keluarkan duit KWSP, siapa yan tidak terbakar..? ikut hati.. mau aku bom sepak saja mulut yang bercakap dulu itu..

Anak balik menangis-nangis terpaksalah keluarkan duit KWSP tu... habis ko ingat duit satu bende saja nak buat..???? sebab itu lah hendak pinjam PTPTN ada yang Mak Bapak seminggu menangis... puas Mak dia pujuk... Bapak terima pujuk masa malam saja, kalau siang pujuk memamng kena lempang le...

Bab-bab sekolah ini pun sama juga dengan Sedap Dipandang Dimakan Jangan, faham-faham sajalah... jangan ikut hati saja atau terpengaruh dengan iklan koleg tersebut. Fikir masak-masak layak ke dengan spirit yang ada dalam diri.

Jangan tidak fikir... terus makan lepas itu mabuk-mabuk la.. pening la... keh..keh..keh..
ermm... sekian lah ceritanya Sedap Dipandang Dimakan Jangan....

Yang buruk itu dari saya dan yang baik dari Allah jua... fuhh.. perasan... kah..kah..kah..

wassalam. jumpa lagi.

Buah anggur hutan, tumbuh liar melambak-lambak siapa tanam tak tahu lah..!?

Bslum cukup masak lagi yang ini, buat sambal bolih kut..

Haa.. inilah yang dikata Sedap Dipandang Dimakan Jangan cek abang cek adik oii.. okey tidak semua yang elok dipandang itu memberi menafaat kepada kita.. so.. pandai-pandailah membawa diri menjaga diri demi untuk masa depan...

Jangan sesekali motivated yang loyar buruk! contoh:
'Tidak semestinya ada wang ringgit kalau nak bahagia'

Ini semua motivasi songsang, jangan dok pi dengar...

Yang orang politik sanggup memperlekehkan ugama tu sebab apa? sebab duit...!
Duit.. duit.. motivasi lah yang duit itu paling utama jika hendak bahagia, percaya lah. jangan sesiapa berani cakap duit tu tidak penting! Nombor SATU tau...

ermmm... udah le tu bang io... aaakeh..keh..keh..


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



March 11, 2013

Aku Terus Mencintai Kamu.

Tidak sangka akan alasan penanguhan yang aku berikan itu, membuatkan Bapak naik angin.. Bapak aku memang terkenal dengan sikap cepat marah, kalau bertentang pendapat denganya.

Dia hendak buat apa lagi dengan aku... aku bukanya anak kecil lagi kalau dia hendak rotan pun. Dengan suara yang garau dia membebel pada aku.

"Gila..!" itu kata bapak aku. Aku sekadar ketawa.. akhirnya terpaksalah kedua orang tuaku pergi semula kerumah mereka memberi tahu hal sebenar.

Selang tidak lama lebih kurang setahun aku dengar sidia sudahpun kahwin, baguslah.. beberapa hari kemudian pengantin baru datang menziarah kedua orang tuaku, kami sekeluarga melayan pengantin baru dengan baik.

Apa lagi kakak dan adik-adik ku, yang sangat gembira dengan kehadiran tetamu pengantin baru.
Ramah mesra dengan kami sekeluarga, pengantin lelaki pun tidak kurang mesra walaupun sedikit pemalu. Aku pun turut kepekan Malau membeli ais batu serta makanan.

Emak aku memesan supaya aku membeli tiga ekor ikan terebok untuk dimasak, emak cakap dia hendak menjamu pengantin baru! kami makan kendurilah hari itu, emak menjemput Ustad Idris jiran sebelah rumah dia juga saudara sebelah emak untuk bacakan doa'

Sayangnya semasa itu Bapa aku tiada dirumah, bapaku masuk gunung bersama rakanya mencari hasil hutan memang itu menjadi kerja sampingan penduduk dipinggir gunung ini.

Masa paling ramai masuk gunung adalah pada musim buah-buahan, dia orang tinggalkan sementara kerja biasa dilakukan kerana hasil hutan lebih lumayan. Jika bapak aku ada tentu dia pun gembira juga.

Aku cuba melayan mereka seperti tiada apa-apa pernah berlaku sedikit masa dahulu, pengantin lelaki hampir sebaya dengan aku, jadi aku cerita macam-macamlah tentang kerja aku di Kuala Lumpur dan macam mana aku dan rakanku selalu pergi Tasik Perdana kacau perempuan.

Namun dengan aku, sidia buat muka tak puas hati.. aku tak ambil pusing pun, walaupun agak ketara apa yang dia tunjukan, tapi aku cuba menjadi tuan rumah yang baik.

Sehingga sebelah petang masa mereka nak pulang pun dia sempat menjeling tajam kearahku bila aku bepesan pada suaminya supaya bawak moto baik-baik. Aku buat tak tahu saja dan menyuruh datang lagi bila ada masa.

Kepada Tuhan juga aku berharap semoga mereka berdua sentiasa hidup berbahagia selalu.

Aku dahulu tidak berjanji apa-apa dengan dia, mungkin salahnya aku rasa sebelum kedatangan aku dia sudah diberi tahu yang aku datang untuk melihat dia sebagai calun pasangan aku.

Atau juga, dia dimasa itu tiada sesiapa dihatinya, bila aku datang hanya aku sahaja yang orang yang pertama singgah dihatinya.
Kita sekeluarga sekadar merancang, hanya takdir yang menentukan segalanya.

Teruskalah hidup kamu yang bahagia itu untuk selamanya, anggaplah semuanya suratan Allah yang memehak dan memberi kebahagian kepada kamu berdua.

Dan aku..
Biarlah aku teruskan hidup dibanyangi Fidah sampai kesaat ini.

umpama....

Senang bukan, susah pun bukan.
Anak gembala tercari-cari.
Sayang bukan, pisah pun bukan.
Meniti bala berhari-hari.

Fidah sayang.. kau tidak bersalah sayang.. hanya aku yang bersalah! kerana aku terlalu mengharap kasihmu. Mengharap dirimu berada disisiku agar dapat menemani hidupku hingga akhir nanti.

Namun begitu aku megerti yang harapan itu hanya tinggal harapan dan tidak mungkin akan menjadi kenyataan lagi.
Namun hatiku begitu lara untuk megerti akan jurang yang dalam telah memisahkan kita. Aku juga sedar diketika ini.. aku hanya sekadar tersasar dari batas pengertian yang harus aku terima.

Kutidur tidak, kulalu tidak.
Pantang berdiri dipohon beringin.
Ketimur tidak, kehulu tidak.
Daku berlari mengejar angin.

Fidah sayang.. bukan aku tidak cuba melupakan kamu, dan bukan juga aku tidak mengizinkan kau bahagia. Tetapi kenangan kelmarin sering menggangu takkala aku cuba membuang mu jauh dari ingatan.
Walaupun aku kekadang rasa bersalah kerana terus mencintai kamu, seolah-olah aku tidak rela kau berbahagia diketika ini. Percayalah aku langsung tidak berniat begitu, malah aku sangat mendoakan akan kebahagian hidupmu.

Sebagai seorang insan yang pernah kau sayang, aku tidak sesekali cuba menghampiri dirimu kembali. Malah aku sebenarnya semakin jauh membawa diri diperantauan. Supaya aku tidak menjadi duri dalam kebahagiaan hidup kamu.

Hendak roboh, robohlah padi.
Jangan timpa sipohon berduri.
Hendak berjodoh, pada yang sudi.
Entah berjumpa gerangan dicari.

Fidah sayang.. biar lah aku hidup sendirian diperantauan sini. Tiada kasih tiada sayang, tiada keluarga tempat mengadu. Siang bermandikan airmata, malam berselimut duka dalam meniti hari-hari yang masih tersisa.

Kampung halaman ayah bonda tercinta turut tertinggal bersama kenangan nestapa didesa sana. Kuharap dikejauhan sini aku dipertemukan dengan sesaorang insan yang mampu mengubat jiwa yang parah terluka ini.

Batang buluh dibelah empat,
Dibuat para menyimpan padi.
Bukanku suruh diri merempat.
Hati yang lara mengikut jadi.

Fidah sayang.. dan jika kau ada mendapat khabar tentang diriku, janganlah dikau meratapi aku. Kerana aku bukan sengaja membiarkan diriku jadi begini, bukan pula meraih simpati darimu.

Tidak perlu kau risaukan aku akan menyalahkan kamu hingga aku jadi begini, tidak Fidah.. tidak sekali-kali aku akan menyalahkan kamu. Kau teruskanlah hidupmu dengan penuh kebahagian.. ini adalah cara hidupku dan bukannya bala dari perbuatanmu!

Aku begini adalah kerana ini saja yang aku tahu, tiada yang lain yang dapat mengubat aku selain kamu.

Jasatku letih tiada berubat.
Pandaganku kabur semakin gelap.
Jiwa merintih rindu melarat.
Bilakah nyawa penamat harap.

Fidah sayang.. seringkali aku ingin pergi lebih jauh dari dirimu. Jauh sejauhnya dan tidak akan kembali lagi. Aku seperti merasakan bahawa sudah selesailah sudah kehidupan aku didunia ini.

Jika aku kembali kaku, tak usahlah menziarahi dan memehak akan aku. Kerana aku terlalu ingin lepas bebas dari lara dunia ini. Lepas dari sengsara kenangan kasih bersamamu didunia ini.










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik Minat Anda.


Budak Kahwin Wanita Tua.

Budak sekolah berumur lapan tahun berkahwin dengan Wanita 61 tahun.

Seorang Budak bernama Sanele dari Tshwane, Afrika Selatan, berkata beliau telah diminta oleh nenek moyangnya yang telah meninggal dunia melalui mimpi supaya berkahwin, dan keluarga beliau, bimbang sesuatu musibah berlaku, keluarganya segera menganjurkan majlis perkahwinan itu.

'Sanele' diberi nama olih mediang datuknya, datuknya yang tidak pernah berkahwin secara 'sah' sebelum dia meninggal dunia, bila ditanya kepada Sanele dengan siapa dia mahu berkahwin? Dia memilih Helen kerana beliau sukakan Helen.

Sanele telah mengahwini Helen Shabangu yang juga seorang Ibu kepada lima orang anak berusia antara 37 hingga 27 tahun. Helen yang berkerja dipusat kitar semula berkata, 'Saya tidak mempunyai masalah dengan perkahwinan ini kerana saya tahu ia adalah permintaan nenek moyang kami, ianya akan mebuatkan 'roh' mereka gembira.'

Ibu Sanele, Patience Masilela berusia 46th berkata 'Ini adalah pertama kali telah berlaku dalam keluarga!
Dan dia berkata dangan tenang:
'Dengan cara ini kami membuatkan nenek moyang kami gembira. Jika kita tidak melakukan apa yang anak saya telah minta, maka sesuatu yang buruk akan berlaku dalam keluarga kami.

Patience Masilela yang telah kematian suami juga bekerja di pusat Kitar Semula yang sama dengan Helen, menambah: 'Saya akan mengatakan bahawa acara ini tidak salah.
'Sanele tidak ada masaalah dan dia gembira dengan perkahwianan ini seperti mana yang dia mahukan. Beliau kelihatan gembira untuk berkahwin dan sangat teruja.

Sanele dan pengantin perempuannya tidak menandatangani sijil perkahwinan dan tidak perlu untuk hidup bersama. Kedua-dua akan kembali semula kepada kehidupan normal mereka.

'Saya gembira bahawa saya berkahwin dengan Helen - tetapi saya akan pergi ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh, ujar Sanele lagi.
Sanele berkata dia berharap dia akan berkawin suatu hari nanti dengan wanita yang sesuai dengan umurnya apabila dewasa kelak.

Suami Helen Shabangu, Alfred, 65th, berkata: 'Saya dan anak-anak gembira dengan majlis ini. 'Kami tidak mempunyai masalah cara perkahwinan ini tetapi ada sebilangan penduduk kampung agak terperanjat.'
Alfred yang bekerja sebagai buruh binaan berkata, lagipun kami tahu ini bukanya perkahwinan sebenar, cuma satu acara untuk mengembirakan simati sahaja.

Cincin ditukar di hadapan 100 tetamu dan bersedia untuk acara ciuman pengantin.

Ciuman pengantin Murid Sekolah dengan wanita berusia 61 tahun, yang sudah berkahwin dan mempunyai lima anak.

Cincin tanda ikatan: Keluarga budak itu mengatakan perkahwinan itu hanya ritual dan tidak diiktiraf dalam undang-undang.

Helen dan Sanele berpimpin tangan penuh gaya turun dari pelamin.
'Ia adalah ritual. Kami hanya memriahkan acara, tetapi ia adalah tanda bahawa dia akan berkahwin satu hari nanti, ulas Helen.

Pasangan pengantin bergaya dengan pakaian tradisional dikelilingi tetamu.

Kelihatan seperti Ibu dengan Anak, pasangan pengantin baru berjalan menyusuri jalan berdekatan sebagai memenuhi acara tradisi majlis perkahwinan.


sunting11/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!