January 04, 2013

Melayu Yang Semakin Tersepit.

Assalamualaikum...
Tahun baru 2013 sudah menjelma tanpa disuruh!

Permulaan tahun baru ini meh kita tengok apakah agenda bangsa melayu seantero negara!
Apakah bangsa melayu semakin maju ditahun-tahun yang lepas? dan akan menambah kejayaan ditahun seterusnya?

Dan jawapannya mestilah tidak enak didengar telinga kita! Melayu masih ditakuk lama! masih tidak berubah dari semenjak dahulu!

Jika kita ambil harta kekayaan sebagai contoh, lain-lain hal tu memang banyak lagi sebenarnya... sampai ada orang peguam bolih bercakap biadap soal raja segala..

Malaysia ini tanah melayu, okeys... ini bukan bercakap tentang perkauman, tapi nak bercakap perihal kenapa orang melayu masih ketinggalan dalam kekayaan harta benda didalam negara mereka sendiri.

Katalah pehak kerajaan menyediakan pelbagai bantuan untuk menolong orang melayu ini berjaya, samada mengikut musim pilihan raya atau bantuan mengikut giat usaha individu itu sendiri.

Walau dari arah mana sekalipun bantuan diberikan, tetapi kenapa susah sangat nak lihat peratusan kejayaan kaum ini meningkat?
Orang melayu masih jadi kulibatak dinegara dia sendiri? Sampai bila kaum melayu ni nak terus jadi begini?

ermm... pada pandangan saya orang melayu bolih maju setanding dengan bangsa lain dalam negara Malaysia tercinta ini dengan mengikuti petua dibawah ini.

Pertama-tama!
Sekiranya anda sedang berniaga, wajib bercita-cita untuk diwarisi generasi anda.
Jika anda seorang Pendidik, didiklah mereka seperti anak sendiri.
Jika anda seorang ahli politik, jangan jadi anjing yang menggigit kaki orang melayu.
Jika anda seorang pejawat awam, jangan jadi anjing yang menggigit kaki orang melayu.
Jika anda ada harta tanah, jangan jual tanpa sebab yang bolih diterima akal.
Jika anda hendak naik Haji, tanya dahulu kaum kerabat yang sangat memerlukan biaya pelajaran anak mereka.
Jika anda seorang pelajar, anda mesti ada satu cita-cita yang tetap.
ermm... okeys... jangan marah.. jumpa lagi. eehh.. ada lagi satu, jangan ketawa jika melihat melayu jatuh! tapi menangislah kerana terpaksa membeli durian dikebun bangsa lain! ahak.. ahak..
wassalam.

Diantara toke durian Malaysia yang berjaya.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




December 30, 2012

Tahun Baru Menjelma Lagi.

Assalamualaikum...
Maka berakhirlah lagi perjalanan satu tahun...
Tahun baru 2013 sedang menanti kita pulak, jadi setahun lagilah jumlah umur kita semakin bertambah!


SELAMAT TAHUN BARU! saya ucapkan pada anda semua.

Happy New Year Sahabat Semua! Semoga Tahun Ini Lebih Memberi Kebahagiaan! Amin..!




Bunga dihalaman rumah kampung! cantik...


Adik naik tahun lima besok, dah tak sabar nak sekolah ni..

Semoga anda semua telah mencapai apa yang telah dirancangkan pada awal tahun yang lalu.
Apa-apa pun tahun 2013 masih ada untuk anda memperkemaskan lagi perancangan yang dibuat tahun lepas tu.
Tidak semestinya kita membuat rancangan baru pada setiap awal tahun, pertingkatkan usaha untuk memperhalusi rancangan yang ada, mana tahu tahun 2013 ini nanti akan memberi tuah dalam mencapai impian anda.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru, dan nak bagi tahu satu berita yang mengembirakan anda semua. Harap berita saya in tidak terlambat.. hahaha..

Ini berita yang sangat baik untuk keturunan manusia dimuka Bumi ini. Kita tak usah risau lagi jika Bumi ini sesak dengan manusia atau dengan besi buruk.

Sebab apa tak perlu risau?
Sebabnya ahli sain sudah jumpa kat atas langit sana nu.. ada bumi lain yang bolih didiami manusia.
Jadi manusia bolih pindah sana tu, kalau apa-apa kerosakakan kat bumi sini, yang mereka buat.. sudah tidak bolih rawat lagi.

Lagi pun bumi baru itu empat kali ganda lebih besar dari yang kita duduk ini, so.. tidak perlu anda nak risau apa-apa tentang bumi ini lagi. errmm..

eh.. ape hal nya cerita ni..? Kalau nak tahu lebih lanjut lagi sila semak yahoo.

Haaa... ini lah yang dikatakan bumi yang dijumpai itu..! Besar kan kan..?

Dan yang ini pulak ialah diantara sekian banyak yang telah dapat dijumpai olih ahli sain kat barat sana.
Tapi kebanyakannya tidak bolih didiami kehidupan bernyawa atau manusia.



edited





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



December 26, 2012

Hargailah Orang Disekeliling Kita.

Assalamualaikum, salam sejahtera.

ooo no..., mungkin inilah yang keluar dari mulut orang putih jika dia mendapat berita yang mengejutkan dirinya.

Bagaimana jika berita seperti itu ditujukan pada saya ni? erm.. saya akan kata,
oh tidak..,
oh.. bagus..

Agak celaru sikit bila dapat tahu saya akan ditempatkan ketempat lain! Rasanya baru saja kat Sg. Rengit ini, baru nak ramah mesra dengan orang sini..
ermm... apa nak kata.. macam inilah saya sejak dari dulu sentiasa bergerak kemana saja dalam semenanjung ni.

Sedih-sedih kucinglah meninggalkan kekawan sekerja kat Sg. Rengit ini.
Terutama kumpulan Kugiran kampung yang dianggotai otai-otai yang berbakat, terhibur bersama mereka ketika membuat latihan.

Yang bagusnya saya mungkin akan ditempatkan di Kelang, tapi ini belum pasti lagi, mungkin juga di PTP dekat Gelang Patah.

Apa pun saya tidak perlu memilih, sebab sudah menjadi sebahagian dari kerja saya.
Bertukar tempat kerja dan akan menemui orang-orang baru dalam hidup saya.
Walaupun saya akan temui cabaran baru, lebih-lebih lagi terpaksa menemui orang-orang yang tidak sealiran ditempat baru.

Saya tidaklah kata saya rajin membaca, tapi kata orang dengan banyak membaca kita dapat mengatasi hal-hal yang demikian.
ermm... okey lah, semoga anda berbahagia dengan kehidupan anda.
Hargailah mereka yang berada disekeliling anda walaupun mereka tidak sehaluan, mungkin kelebihan pada mereka yang dapat kita ambil untuk memperbaiki diri kita.. ha.. ha.. ha...

okey... jumpa lagi
Wassalam.


Berhampiran Medan Selera Sg. Rengit, tempat saya menjamu selera.


Banggunan MayBank, tempat cucuk duit ni..


Jety Nelayan, tempat ape ha..?


Dalam site, progress be first!


Did you know who i'm? yes, go for success!


Sorry i'm not ready to show my identity. just call me gemok, I love to work here! do you have a face book?


Ayah sayang kamu!



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




December 20, 2012

Minyak Untuk Kehidupan.

Assalamualaikum...

Kelmarin hujan, malam tadi pun hujan lebat... nampaknya hujan sajalah bulan ini.
Walau bagaimanapun cuaca melanda namun projek IDPT berjalan terus.

Pagi tadi mendung.. tiba tengah hari cuaca panas dan terang sedikit. Dapatlah pekerja meneruskan kerja tanpa memikirkan kain dijemuran.. keh. keh..

Kebanyakan pekerja luar datang sini jadi orang bujanglah.. semua kerja rumah kena buat sendiri! termasuklah kerja cuci pakaian sendiri.

Kalau ada kedai dobi kan bagus.. tapi, tak payah tapi.. memang kena buat juga kerja rumah masak memasak bagai...

Okey.. tenang-tenang saja.. hidup memang kena buat banyak pengobanan, kan..? jadi meh tengok sekitar projek.


Sungai buatan yang akan memisahkan tapak perojek dengan daratan.


Mungkin juga sungai ini berfungsi sebagai pagar keselamatan tambahan.


Bahagian bawah atau tapak untuk meletakan tangki-tangki gergsi yang menjadi sebahagian daripada keperluan industri petrolium.


Tangki simpanan minyak sedang dalam pembinaan, berpuluh-puluh tangki seumpama ini akan dibena di-sini.


Gamabran dari dekat, besar bulatan tangki ini dan tebal besi yang digunakan, ini hanya permualaan ketinggianyan akan ditambah setelah kerja mematri bahagian bawah ini selesai.

Okeys...
Semoga jumpa lagi! Sebelum itu mai kita fikirkan bagaimana minyak ini menjadi tersangatlah pentingnya dalam kehidupan kita.

US yang berperang dengan Iraq dulu itu, motif utama hanya minyak Iraq semata-mata! bukanya hendak mendamaikan penduduk Iraq yang bergaduh. ermm.. ini motif US, semua negara didunia tahu, heran lagi sekali, negara besar lain tak bolih buat apa-apa no..

Agak-agak kalaulah minyak yang dilombong sudah habis besok, bolihke ganti minyak kelapa sawit ha..?

Tak usah cuba fikir-fikirkan! ha. ha..
Jumpa lagi, Wassalam.










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik Minat Anda.


December 18, 2012

Malaysia Negara Ku

Assalamualaikum...

Janji Ditepati. Itulah yang berlaku pada petang ini tadi, kebetulan saya ada kelapangan masa saya cuba menunggu dan menanti kedatangan TPM Malaysia ke Pekan Sg. Rengit.

Sebelum itu saya ada melihat kain rentang yang menyatakan kedatangan beliu kemari. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk melihat wajah TPM ini dari dekat.

Walaupun hujan pada awalnya, namun ia reda setelah kehadiran beliu disertai olih orang kenamaan negeri.

ermm.. ramailah penduduk setempat datang berhimpun di Dataran Sg. Rengit. Yang gelihatinya adalah gelagat kanak-kanak yang tidak melepaskan peluang bermain sesuka hati dipadang permaianan disebelahnya.

Maklumlah hari baru lepas hujan lebat, padang permaianan bertakung air, apalagi berlumur lecaklah semua! Ayah Bonda sudah tidak kuasa nak menegah lagi.. Mana nak dengar ucapan orang besar yang datang, mana nak ambil gambar menteri!

Orang besar yang hadir ialah TPM. YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. MB Johor. Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman. AP Pengerang YB Datuk Seri Azalina Othmana.

Makanan percuma memang banyak! pilih saja nak makan apa? ada ketikanya gerimis sedikit, tapi saya lihat orang ramai tidak berganjak mendengar ucapan TPM Melaysia itu.

Ramai orang bersesak-sesak nak ambil gambar, saya dengan hp cap ayam ini, sebuklah juga ambil gambar mereka semua...

Keseluruhannya semua ucapan tertumpu kepada Perojek Mega IDPT yang sedang dibuat olih Petronas dan terselit juga perihal pampasan kepada penduduk. Tidak ketinggalan tentang isu politik!

Saya perhatiakan ucapan TPM yang paling bagus dari yang lain-lain.. erm.. yang lain-lain tu kena banyak buat latihan ye.. bak kata Chef Wan dalam satu rencangan lawak, tak tahu pulak siaran ulangan ke apa.. masa tu dia jadi pengadil dengan Dato Siti dan saorang lagi.

Chef Wan kata engko orang ni, buat lawak macam kita semua orang bodoh ye.. memang berasap telinga!
okeys.... macam itu lah kira-kiranya...
Jumpa lagi. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!