April 09, 2011
Blog Syok Sendiri
Salam sejahtera semua..
..yang jauh yang dekat semoga anda semua sentiasa berada didalam suasana yang aman dan tenteram selalu disamping orang tersayang..!
erm.. macam tulis surat pulak ye..? Semoga sahabat yang selalu komen 'Tanpa Nama' juga berbahagia selalu bersama tugas tugas yang menimbun tu..! keh.. keh..
Semalam saya ada singgah kat satu blog yang jengah kat shout box saya, kat situ ada tersenarai blog atau pun bagaimana nak categorykan blog abda! bila saya perhatikan.. saya tak yahu pulak saya berada di senarai yang mana satu.. sebab tak ada pulak yang sesuai dengan susana blog yang saya bina ini.. last saya komen dan letak blog saya ini dalam senarai blog perasan ataupun blog syok sendiri.. a.. keh.. keh..
Ye lah kan... saya pun main tulis ikut suka hati saja pun.. tak tahu hujung panggkalnya kan.. kan..?
Nak tulis yang berat berat.. manalah saya tau...! ok.. ni nak cerita saya ada pergi kat Pantai Cahaya Bulan.. ramai nya manusia kat situ.. betul ke nama tu..? kebetulan perut belum isi lagi.. berenti saja terus tuju warung lah dulukan..
pekena makanan kat situ.. sekali bayar bolih tahan juga harganya.. ahh.. tak kesahlah... sekali sekala..kan.. pastu jalan jalan kat tepi pantai... ermm.. tak ada apa yang seronok sangatpun... tak tahulah pulak kenapa saya rasa macam tu..
yang nampak ombak memang membadai pantai.. tak sesuai nak mandi kut.. sama seperti pantai Desa Rhu kat Kota Tinggi.. pantai curam.. pemandagan kira ok juga..
Last last nampak orang jual layang layang.. eee.. macam nak main je...
Saya manalah sesuai main layang layang tu lagi.. kelakar pulak nampak orang tua main kat situ.. yang bestnya bila berurusan dengan orang Kelate kecek Kelate sokmo..
Mek mek kelate comey comey belako dey... ha..ha..
Mau tidog tak lena nanti..
April 07, 2011
Kadang kadang kita ni pelupa!
Memang kita mudah lupa... lupa pada segala-galanya pulak tu!
Salah satu nya yang paling selalu sangat kita lupa ialah, ni buat orang yang sudah dewasa, maksudnya bila anda sudah berumah tangga.. akeh.. keh..keh..
Yang bujang bolih dengar buat pedoman atau ikutan kalau yang sesuai.. siapa kata kita ni tak lupa! lupa tak banyak sikit mesti lupa punya...
Alaaa... tak nak cakap lah..! nanti malu nak baca, mu...ha..ha..
erm... ok semalam kita orang pancing kat sungai K berdekatan dengan Tambatan D'Raja, sekali kita orang guna udang, buat umpan.. saya ni bisalah.. mana lah reti sangat mancing ni.. sekadar ikut ikut je...
Tegah sedap berangan.. terperanjat jugalah dia punya jerit... eeee dah kena aku punya... woo..besar wooo..
Siap pakai sauk kecil buat angkat naik, mau terlepas kalu main layan je..
Belida... ikan belida..! besar.. dekat tiga kilo... ermm.... ikan banyak duri, alahai...
he..he.. lebih kurang besar macam gini la.. yang kami dapat tu... Air sungai K sangat keruh... ikan nak bernafas pun tak bolih...
Nampak nya hari demi hari.. saya punya follow makin bertambah.. ni hari ni saya bukak blog dah ternampak seorang lagi ikut juga jadi follow.. namanya -Mr Ej- ke.. cam tu lah... Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi follow blog saya ni...
Yang best nya saya rasa macam tak dapat nak pergi jejak kat blog anda! sebab nya tak ada link nya kut.. entah lah saya pun tak pandai sangat.. agak agak sesiapa bolih tolong kalau saya nak pergi trek blog ini?
Cuba lihat kat bawah ni,.. bolih anda tolong bantu saya ? kat mana nak klik punat nya tu..?
Harap -Mr Ej- datang komen kat sini dapat lah saya trekking ceewahhh... dan akan follow anda juga, jumpa blog anda juga! terima kasih bebanyak ye.. saya hadiahkan sekuntum mawar untuk anda sekalian yang selalu sudi datang sini! Ada sebilangan follow lain pun cam tu juga... tak de link..! tapi jika anda komen ke ket shoutbox ke.. dapat juga saya pi singgah bloganda.. he. he. he..
April 05, 2011
Terbuai Dibelai Pengkid
Rasanya tajuk diatas lebih sesuai ditulis begini: Hanyut Sesama Wanita! he.he. jangan ada yang marah ye.. kali ini saya nak cerita yang agak pelik sikit.. ermm.. memang peliklah sangat..
Macam mana bolih wanita bercinta dengan wanita ni? Apa nak jadi dengan mereka ni pun tak tahulah.. kan lebih manis wanita tu kawin saja dengan mana mana lelaki, berumah tangga dan dapatkan zuriat ketika masih muda belia ni..
Jangan nanti dah tua baru nak kawin, nanti bila dah tua tentu dapat pasangan pun tua juga haa.. lagi haru..!Ketika itu kerja pun dah nak pencen dah tak larat nak kerja kuat lagi.. anak anak masih kecil, tak ke haru jadi nya!Buat apa lah dok pi buang masa dengan cinta pengkid yang tidak akan sampai kemana mana tu..? Jangan lah sebab seorang lelaki yang tidak menghargai awak, awak ingat semua lelaki seperti itu..?
Jika memang awak putus hubungan atau kecewa dengan seorang lelaki bukan alasan anda mencari cinta dengan pengkid atau bercinta sesama wanita! Nanti masa depan akan bertambah tak menentu!
Masih ramai lagi bujang teruna kat luar sana tu.. duda pun ada.. pilih lah salah sorang jadikan suami yang sah dan tentu kita sekurang kurangnya tahu juga hala tuju haluan hidup tu.. ini bercinta dengan pengkid, nak jadi apa? pengkid tu perempuan juga kan..? cuma pakaian dan lagak saja macam lelaki.. buah dada tetap timbul juga.. keh.. keh..
Sebab kenapa saya dok pi tulis ini.. sebab saya nampak sendiri, mereka berdua ni sewa bilik kat hotel yang sama dengan saya, saya tingkat atas, selalu sangat terserempak berpimpin tangan naik tangga!
Yang perempuan tu saya lihat macam tak sesuai jadi perempuan! Takkan lah dah berumur duapuluhan masih takut dengan lelaki! konon lah tu atau memang dia takut dengan lelaki.. dia punya style kalu nampak lelaki.. siap lari lari anak pi kepit tangan pengkid dia tu.. siap cakap: eee... takut lah..
Yang dia rasa sampai macam tu, tu kenapa? Kenapa dah rasa selamat sangat ke dengan pengkid awak tu..?
Yang pengkid tu pasang subang ala ala macam apa ek..? tapi saya nampak ada tiga subang dari bawah sampai atas telinga, agak nya nampak ganas sikit kut.. Kesian Ibu diaorang yang melahirkan dan membesarkan dengan susah payah.. tup tup bila dah besar dok jadi cam tu pulak.. hanya menambah deritalah ibu Bapa kat kampung!
Sudah lah sekarang ekonomi orang kebanyakan agak lembab sikit, harap anak anak le yang bantu sedikit sebanyak! tetibe anak pulak jadi macam tu, kalau tak nak bantu pun.. jadi lah orang yang sempurna sikit.. kawin dan berumahtangga..
Dapat juga atuk kat kampung berkira kira berapa ramai cucu cucu mereka semua.. sekurang kurangnya berbangga dengan anak anda sebagai cucu mereka tu.. perbuatan awak berdua tu, dah tentu dapat diketahui keluarga kat kampung, sayu... sayu.. hati orang tua berdua tu..
Dan sesangat rugi besar lah dia orangni..! kalau masa muda belia ini, awak buang masa dengan kegemaran awak yang tak senonoh tu..!
Satu lagi bercinta dan hidup he..he.. bolih jadi suami isteri ke?
Seperti suami isteri dengan pengkid ni pun satu dosa jugak lah kan.?
Kenape la.. 'ada jalan lurus, jalan bengkangbengkok juga yang kau cari.'
ermm... entah le..!
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic
Fakhirah Khairuddin
Takdir Tragedi Elmina
Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.
Keras Tangan Orang Kampung
Bercuti Di Royal Belum Gerik
Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram
Kembara Mencari Janda
Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu
YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever
Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir
Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang
Bercinta Dengan Awang Hitam
RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS
Janda Janda GRO
March 30, 2011
Hujan Memanjang Kat KB Ni..
Apa khabar anda semua minggu ini?
Semoga minggu ini telah telah menepati seperti mana yang anda rangcangkan! buat saya minggu ini agak mendung sikit, sama seperti keadaan cuaca yang mendung saja.. kat bandar KB ni... memang hujan.. tak pagi, petang tentu hujan.. pagi tadi paras air sungai K agak tinggi, arusnya laju sangat.. ermm... jangan lupa pada sesiapa yang mengendalikan pengankutan air tu.. harap sediakan lah 'Life Jacket' secukupnya ok!
Petang tadi hujan lagi.. mungkin paras air makin naik dan laju arusnya.. saya pun tak pergi lagi.. hujan.. eee basah, sejukkk... yang bukak gerai kat bandar tu, tak payah risau pasal air lagi... air mencurah curah turun.. he. he. saya menyelinap celah hujan pergi beli 'tapau' untuk makan malam. tapau dah makan, tapi rasa lapar lagi ni.. camna ni..?
ok.. olih kerana hari hujan saya terperap je kat bilik.. malas nak gi mana mana, so jari jemari ni gatal dok wat laman 'xaturen search machine',.. tak keje.. lah katakan, saya tak lah ikut format yang diberikan.. maknanya saya dak daftar pun kat situ.. tapi saya try buat sendiri tanpa ada 'account' he.. he.. jangan pak cik google mengamuk sudah le.. dengan rela hati ni.. so pelawa lah tuan tuan try test cuba dulu... taip lah apa apa.. dan tekan... anda akan automatik dibawa ke laman 'xaturen search machine'... tapi anda bolih kembali semula dengan menekan "Back" le.. atau click banner 'xaturen' kat sana.. sila cuba!
aha... ni nak bagi tau lah ni.. walau pun saya tau, semua dah tau.. saya ni kan peramah..! saya serta kan link untuk pigi kat 'google coustom search' tu.. bolih lah tuan tuan cuba buat, semua disediakan, tapi kalau bolih try buat cam saya! perasan.. lah tu..
March 29, 2011
Hantu Zaman Moden.
ermm... moga kebahagiaan tetap milik anda.
Terima kasih kerana masih dok nak mai kat blog hebat ni.. hehe.. bukan hebat apa, cuma hebat dengan ejaan yang tungang-langang.! Pun begitu saya tetap dok tulis juga, walaupun tak sama dengan blog-blog anda yang lebih 'Hebat' erm..
Dah kira sayang pulak blog ini.. bak kata pepatah, nak telan sakit nak diluah sayang.. haaa cam tu lah lebih kurang.. ye ke..? ermm.. kalau laman sosial yang lain dah lama saya delete dah.. tapi blog tak bolih lah nak wat gitu.. nape ye.?
Orang yang ada blog je yang bolih jawab kan kan... hee.. perasan..
Ok lah.. kali ni saya nak cerita pasal hantu.. eee.. hantu! hantu makan orang...! hey... manusia.. aku makan kau...
yang peliknya tu.. hantu ni kaki dia jejak tanah pulak.., tak seperti hantu-hantu yang orang kata kaki tak sampai tanah, tu..
eee.... mak ai.. macam macam lah.. hantu ni dia ada kat mana mana sama dengan hantu hantu lain juga.. dia ni suka sangat bergaul dengan orang, baik betul hantu ni tau.. tak sangka dia sebenarnya hantu yang sangat sangat kita tak suka. Kalau kita salah cakap sikit dah sampai kat 'Bos'. Masuk terlewat sikit, aii.. bos pun tahu, walhal line memang 'clear'! cam mana bos leh tahu ni? heee.. ini mesti kerja hantu kan?
Ada kekawan bagi tahu kat bawah sana, malam tadi dia nampak hantu tiang..! aii... hantu tiang pun ada ka? kita yang mingong ni pi tanya kat mana? alaa.. yang duk berdiri kat public phone tu..! ada dua ekor hantu tiang tunggu manggsa..! aii... tak faham lah aku. Tak berani lah nak gi public phone malam malam, ada hantu...
Ada juga hantu naik moto laju sangat.. bunyi exzos kuat dan nyaring mengalahkan suara hantu menjerit ekor tersepit kat pintu. Dengar bunyi suara moto.. bingit.. laju.. lampu moto pun tak ada.. malam pulak tu! sedangkan siang hari orang pun pasang lampu, inikan pulak malam.. eee... seram betul la kat hantu ni! maunya tengah melintas, dia datang, cam mana? tak ke dua-dua jadi hantu! hantu ni nama dia 'hantu rempit'..
Lagi satu hantu nescafe 3in1..! keh.. keh.. nescafe 3in1 aku cepat sangat susut la.. baru je 'godok' sepeket dua dah nak habis..! muhaha...
Ghost In The Mirror, alaa.. emak kawin kan aku..!
sekian cerita hantu, wassalam.
Baca Lagi Kesah Fidah!