April 07, 2011

Kadang kadang kita ni pelupa!

Assalamualaikum... erm...

Memang kita mudah lupa... lupa pada segala-galanya pulak tu!
Salah satu nya yang paling selalu sangat kita lupa ialah, ni buat orang yang sudah dewasa, maksudnya bila anda sudah berumah tangga.. akeh.. keh..keh..
Yang bujang bolih dengar buat pedoman atau ikutan kalau yang sesuai.. siapa kata kita ni tak lupa! lupa tak banyak sikit mesti lupa punya...
Alaaa... tak nak cakap lah..! nanti malu nak baca,  mu...ha..ha.. 
erm... ok semalam kita orang pancing kat sungai K berdekatan dengan Tambatan D'Raja, sekali kita orang guna udang, buat umpan.. saya ni bisalah.. mana lah reti sangat mancing ni..  sekadar ikut ikut je...
Tegah sedap berangan.. terperanjat jugalah dia punya jerit... eeee dah kena aku punya... woo..besar wooo..
Siap pakai sauk kecil buat angkat naik, mau terlepas kalu main layan je..
Belida... ikan belida..! besar.. dekat tiga kilo... ermm.... ikan banyak duri, alahai...

he..he.. lebih kurang besar macam gini la.. yang kami dapat tu... Air sungai K sangat keruh... ikan nak bernafas pun tak bolih... paru paru  eyy... mak! ingsang dia lah, akan tersumbat dengan tanah sawit le...

Nampak nya hari demi hari.. saya punya follow makin bertambah.. ni hari ni saya bukak blog dah ternampak seorang lagi ikut juga jadi follow.. namanya -Mr Ej- ke.. cam tu lah... Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi follow blog saya ni...
Yang best nya saya rasa macam tak dapat nak pergi jejak kat blog anda! sebab nya tak ada link nya kut.. entah lah saya pun tak pandai sangat.. agak agak sesiapa bolih tolong kalau saya nak pergi trek blog ini?
Cuba lihat kat bawah ni,.. bolih anda tolong bantu saya ? kat mana nak klik punat nya tu..?

Harap -Mr Ej- datang komen kat sini dapat lah saya trekking ceewahhh... dan akan follow anda juga, jumpa blog anda juga! terima kasih bebanyak ye.. saya hadiahkan sekuntum mawar untuk anda sekalian yang selalu sudi datang sini! Ada sebilangan follow lain pun cam tu juga... tak de link..! tapi jika anda komen ke ket shoutbox ke.. dapat juga saya pi singgah bloganda.. he. he. he..

April 05, 2011

Terbuai Dibelai Pengkid

Assalamualaikum... erm.. salam sejahtera semua ek...
 

Rasanya tajuk diatas lebih sesuai ditulis begini: Hanyut Sesama Wanita! he.he. jangan ada yang marah ye.. kali ini saya nak cerita yang agak pelik sikit.. ermm.. memang peliklah sangat..

Macam mana bolih wanita bercinta dengan wanita ni? Apa nak jadi dengan mereka ni pun tak tahulah.. kan lebih manis wanita tu kawin saja dengan mana mana lelaki, berumah tangga dan dapatkan zuriat ketika masih muda belia ni..  

Jangan nanti dah tua baru nak kawin, nanti bila dah tua tentu dapat pasangan pun tua juga haa.. lagi haru..!Ketika itu kerja pun dah nak pencen dah tak larat nak kerja kuat lagi.. anak anak masih kecil, tak ke haru jadi nya!

Buat apa lah dok pi buang masa dengan cinta pengkid yang tidak akan sampai kemana mana tu..? Jangan lah sebab seorang lelaki yang tidak menghargai awak, awak ingat semua lelaki seperti itu..?



Jika memang awak putus hubungan atau kecewa dengan seorang lelaki bukan alasan anda mencari cinta dengan pengkid atau bercinta sesama wanita! Nanti masa depan akan bertambah tak menentu!

Masih ramai lagi bujang teruna kat luar sana tu.. duda pun ada.. pilih lah salah sorang jadikan suami yang sah dan tentu kita sekurang kurangnya tahu juga hala tuju haluan hidup tu.. ini bercinta dengan pengkid, nak jadi apa? pengkid tu perempuan juga kan..? cuma pakaian dan lagak saja macam lelaki.. buah dada tetap timbul juga.. keh.. keh..

Sebab kenapa saya dok pi tulis ini.. sebab saya nampak sendiri, mereka berdua ni sewa bilik kat hotel yang sama dengan saya, saya tingkat atas, selalu sangat terserempak berpimpin tangan naik tangga!

Yang perempuan tu  saya lihat macam tak sesuai jadi perempuan! Takkan lah dah berumur duapuluhan masih takut dengan lelaki! konon lah tu atau memang dia takut dengan lelaki.. dia punya style kalu nampak lelaki.. siap lari lari anak pi kepit tangan pengkid dia tu.. siap cakap: eee... takut lah..

Yang dia rasa sampai macam tu, tu kenapa? Kenapa dah rasa selamat sangat ke dengan pengkid awak tu..?

Yang pengkid tu pasang subang ala ala macam apa ek..? tapi saya nampak ada tiga subang dari bawah sampai atas telinga, agak nya nampak ganas sikit kut.. Kesian Ibu diaorang yang melahirkan dan membesarkan dengan susah payah.. tup tup bila dah besar dok jadi cam tu pulak.. hanya menambah deritalah ibu Bapa kat kampung!

Sudah lah sekarang ekonomi orang kebanyakan agak lembab sikit, harap anak anak le yang bantu sedikit sebanyak! tetibe anak pulak jadi macam tu, kalau tak nak bantu pun.. jadi lah orang yang sempurna sikit.. kawin dan berumahtangga..

Dapat juga atuk kat kampung berkira kira berapa ramai cucu cucu mereka semua.. sekurang kurangnya berbangga dengan anak anda sebagai cucu mereka tu.. perbuatan awak berdua tu, dah tentu dapat diketahui keluarga kat kampung, sayu... sayu.. hati orang tua berdua tu..


Dan sesangat rugi besar lah dia orangni..! kalau masa muda belia ini, awak buang masa dengan kegemaran awak yang tak senonoh tu..!

Satu lagi bercinta dan hidup he..he.. bolih jadi suami isteri ke?

Seperti suami isteri dengan pengkid ni pun satu dosa jugak lah kan.?

Kenape la.. 'ada jalan lurus, jalan bengkangbengkok juga yang kau cari.' 
ermm... entah le..!










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


March 30, 2011

Hujan Memanjang Kat KB Ni..

Assalamualaikum...
Apa khabar anda semua minggu ini?
Semoga minggu ini telah telah menepati seperti mana yang anda rangcangkan! buat saya minggu ini agak mendung sikit, sama seperti keadaan cuaca yang mendung saja.. kat bandar KB ni... memang hujan.. tak pagi, petang tentu hujan.. pagi tadi paras air sungai K agak tinggi, arusnya laju sangat.. ermm... jangan lupa pada sesiapa yang mengendalikan pengankutan air tu.. harap sediakan lah 'Life Jacket' secukupnya ok!
Petang tadi hujan lagi.. mungkin paras air makin naik dan laju arusnya.. saya pun tak pergi lagi.. hujan.. eee basah, sejukkk... yang bukak gerai kat bandar tu, tak payah risau pasal air lagi... air mencurah curah turun.. he. he. saya menyelinap celah hujan pergi beli 'tapau' untuk makan malam. tapau dah makan, tapi rasa lapar lagi ni.. camna ni..?

ok.. olih kerana hari hujan saya terperap je kat bilik.. malas nak gi mana mana, so jari jemari ni gatal dok wat laman 'xaturen search machine',.. tak keje.. lah katakan, saya tak lah ikut format yang diberikan.. maknanya saya dak daftar pun kat situ.. tapi saya try buat sendiri tanpa ada 'account' he.. he.. jangan pak cik google mengamuk sudah le.. dengan rela hati ni.. so pelawa lah tuan tuan try test cuba dulu... taip lah apa apa.. dan tekan... anda akan automatik dibawa ke laman 'xaturen search machine'... tapi anda bolih kembali semula dengan menekan "Back" le.. atau click banner 'xaturen' kat sana.. sila cuba!


aha... ni nak bagi tau lah ni.. walau pun saya tau, semua dah tau.. saya ni kan peramah..! saya serta kan link untuk pigi kat 'google coustom search' tu.. bolih lah tuan tuan cuba buat, semua disediakan, tapi kalau bolih try buat cam saya! perasan.. lah tu..

March 29, 2011

Hantu Zaman Moden.

Assalamualaikum...
ermm... moga kebahagiaan tetap milik anda.
Terima kasih kerana masih dok nak mai kat blog hebat ni.. hehe.. bukan hebat apa, cuma hebat dengan ejaan yang tungang-langang.! Pun begitu saya tetap dok tulis juga, walaupun tak sama dengan blog-blog anda yang lebih 'Hebat' erm..

Dah kira sayang pulak blog ini.. bak kata pepatah, nak telan sakit nak diluah sayang.. haaa cam tu lah lebih kurang.. ye ke..? ermm.. kalau laman sosial yang lain dah lama saya delete dah.. tapi blog tak bolih lah nak wat gitu.. nape ye.?

Orang yang ada blog je yang bolih jawab kan kan... hee.. perasan..
Ok lah.. kali ni saya nak cerita pasal hantu.. eee.. hantu! hantu makan orang...! hey... manusia.. aku makan kau...
yang peliknya tu.. hantu ni kaki dia jejak tanah pulak.., tak seperti hantu-hantu yang orang kata kaki tak sampai tanah, tu..
eee.... mak ai.. macam macam lah.. hantu ni dia ada kat mana mana sama dengan hantu hantu lain juga.. dia ni suka sangat bergaul dengan orang, baik betul hantu ni tau.. tak sangka dia sebenarnya hantu yang sangat sangat kita tak suka. Kalau kita salah cakap sikit dah sampai kat 'Bos'. Masuk terlewat sikit, aii.. bos pun tahu, walhal line memang 'clear'! cam mana bos leh tahu ni? heee.. ini mesti kerja hantu kan?

Ada kekawan bagi tahu kat bawah sana, malam tadi dia nampak hantu tiang..! aii... hantu tiang pun ada ka? kita yang mingong ni pi tanya kat mana? alaa.. yang duk berdiri kat public phone tu..! ada dua ekor hantu tiang tunggu manggsa..! aii... tak faham lah aku. Tak berani lah nak gi public phone malam malam, ada hantu...

Ada juga hantu naik moto laju sangat.. bunyi exzos kuat dan nyaring mengalahkan suara hantu menjerit ekor tersepit kat pintu. Dengar bunyi suara moto.. bingit.. laju.. lampu moto pun tak ada.. malam pulak tu! sedangkan siang hari orang pun pasang lampu, inikan pulak malam.. eee... seram betul la kat hantu ni! maunya tengah melintas, dia datang, cam mana? tak ke dua-dua jadi hantu! hantu ni nama dia 'hantu rempit'..

Lagi satu hantu nescafe 3in1..! keh.. keh.. nescafe 3in1 aku cepat sangat susut la.. baru je 'godok' sepeket dua dah nak habis..! muhaha...

Ghost In The Mirror, alaa.. emak kawin kan aku..!

sekian cerita hantu, wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




March 28, 2011

Hebatnya Manusia Bila Berusaha!

Assalamualaikum...
Harap semua yang teredah kat sini, sentiasa berada didalam suasana yang indah dan hebat dalam mengharunggi kehidupan ini.
Hidup ini terlalu singkat buat kita berdolak dalik untuk memulakan sesuatu perkara yang baik, buat diri dan keluarga! contohnya bila ada rangcangan nak berniaga, kita tempohkan setahun kesetahun.. tak jadi jadi juga meniaga! memang payah sikit nak memulakan perniagaan apabila sudah ada commitment rumah tangga, jadi pospon lah dahulu.. pospon sampai bila pun tak tahu! apa pun, hendak seribu daya lah kan.. tapi eloknya, dimulakan ketika masih bujang, otak masih geliga buat bisnnes! kalau dah tua nanti otak lembab.. tak ligat, susah mau untung! he. he.

Bagi yang merokok bila nak mula berhenti? minggu depan..? bulan depan..? nak pospon sampai bila tu..? susah lah sikit kalau dah jadi sebati dalam sana..! umur 16 dah ngisap rokok habis cam na..? tapi ada orang senang nak berhenti merokok, zass... sekali berhenti berhenti terus, tak mahu merokok lagi.. tak usahlah dok pi pelawa dia rokok, dia tak hisap punya!

Jadi semua pekara bermula dari hati, apabila hati dah bulat nak buat sesuatu, dia terus berusaha sampai jadi! sampai jaya ke matlamat dan tujuan. Tapi kalau hati saya macam lalang, sekejap kekiri, sekejap kekanan sekejap hati besar, skejap hati kecik.... ermm... tok sah le dok berangan, pi mai pi mai tang tu juge lah.. he.he.. ni bukan nak mengata kepada sesiapa.. seperti kata iklan kopi janda tu.. " Bukan Nak Mengoda, Tapi Nak Meniaga!"

Pendek cerita.. meh kita lihat orang yang cekal bersemangat membuat sesuatu, tak kira bertapa susah pun diaorang bolih buat! Batang balak yang besar dibuat rumah, tak heran! Batu pejal pun bolih dipahat buat banggunan!


gambar asal diatas hilang, update 29jun2023.
How they made it
Bolih kah anda berusaha seperti itu ? ermm..







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen