Baiklah kita teruskan.
Saya seperti terpanggil untuk menceritakan tentang siapakah itu Tun Dr Mahathir Mohamad. Memang semua rakyat Malaysia tahu siapa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, tapi mungkin tidak tahu jiwa dan perasaan sebenar beliu.Saya rasa Tun Dr Mahathir Mohamad ini orang yang sangat setia kepada negara dan setia kepada rakyat Malaysia terutama untuk menjaga kepentingan orang Melayu.
Cumanya, semua itu, kita tidak nampak, sebab tenggelam dengan era pemerentahan baru Datok Najib Razak diikuti era pemerentahan yang terkini sekarang ini, Muhyiddin Yassin. Dia sebagai saorang ahli politik, dia memang berpengalaman dalam hal berpolitik, tidak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Dato Seri Najib Razak.
Tun Dr Mahathir Mohamad awal mulanya bekerja sebagai saorang doktor, tetapi telah menukar kerjayanya dari saorang doktor kepada kerjaya sebagai saorang ahli politik.
Sebagai saorang yang bekerja sebagai orang politik beliu telah banyak sekali membaca buku-buku politik luar negara yang hebat, beliu sentiasa menimba ilmu atau menelaah naskah besar ilmu berpolitik.
Dr Mahadhir fasih berbahasa politik kepada umum. Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebagai orang yang berkerja sebagai ahli politik sangat bijak menggunakan orang lain yang berkelibar untuk memajukan diri sendiri dan kerjaya politik beliu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim contoh orang yang terlalu gelojoh atau terlebih yakin dan cepat hendak jadi orang nombor satu. Dato Seri Najib pula cara kepimpinan nya banyak dipengaruhi olih orang-orang disekeliling diri beliu.
Najib orang yang baik, sangat baik sehingga dia tidak nampak apa akan berlaku semasa pemerentahan nya. Najib tidak menyekat atau membuat rancangan pertahanan daripada serangan musuh politik.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memang dari awal lagi, iaitu semasa era pemerentahan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliu sangat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sangat menyukai Datuk Seri Anwar Ibrahim menganti beliu sebagai Perdana Menteri dan kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan kuasa tersebut kepada Datuk Seri Mukhriz, dari awal memang itu perangcangan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun pada satu perengkat Tun Dr Mahathir Mohamad telah dapat menduga tidak kesetiaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beliu.
Akhirnya peta perangcangan Tun Dr Mahathir Mohamad telah bertukar arah, beliu meletak jawatan dan menyerahkan kepada orang harapan yang baharu, individu harapan ini diharap bolih menjayakan legasi keluarga beliu sendiri.
Tidak seperti Dato Seri Haji Abdullah atau Dato Seri Najib, gelagat Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu celupar berkata-kata dikhalayak, seolah-olah memperbodohkan khalayak demi memancing simpati.
Tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, mungkin sudah memang sikap beliu, beliu cepat gelojoh dan tidak setia, sikap tidak setia ini nampak sejak dari Sekolah tinggi lagi. Beliu juga tidak setia kepada abang angkat beliu Tun Dr Mahathir Mohamad!
Semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, sekiranya anda pada masa itu anda mahir, anda akan nampak sangat ketara, gaya kerja dan sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa tersebut.
Satu ketika, tanpa segan silu beliu yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Keuwangan mengkeritik Tun Dr Mahathir Mohamad secara tidak sengaja atau beliu memang tidak sangka bahawa cakapnya didalam Parlimen bersidang itu, sedikit sebanyak telah dapat membayangkan siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, dan keritikan ini juga membawa kepada keruntuhan kepercayaan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap adik angkat kesayangan dan harapan beliu.
Bermulalah rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat strategi bagi kepentingan diri bagi mempercepatkan langkah untuk duduk dikerusi paling atas!
Akan tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad dapat juga menggagalkan atau membenteras konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, anda semua tahu akan hal ini dan sejak itu, Dato Seri Anwar Ibrahim terumbang ambing sampai sekarang.
Sekian untuk kali ini, saya bukan penulis politik tetap atau ada kemahiran dalam penulisan politik, saya cuma orang kampung biasa.
Jumpa lagi, dan saya akan menulis lagi tentang kenapa kita rakyat, mesti terus menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, dan memberi sokongan supaya beliu menjadi orang nombor satu semula.
Serkian. Terima kasih.
Terima kasih!
Baca Lagi Kesah Fidah!
No comments:
Post a Comment