Harapan saya segala kebaikan hanya untuk anda yang masih sudi hadir kesini!
Semalam hujan beterusan dan berhenti hanya pada sebelah petangnya sahaja, namun hujan semula pada awal pagi tadi.
Baiklah saya teruskan dengan cerita saya semalam, cerita Jangan Mungkir Janji.
Setelah berangkat sanga pemuda keluar negara bagi melanjutkan pengajian, tinggallah sang dara kesaorangan dikampung.
Tahun demi tahun berlalu, sudah berpuluh pucuk surat diterima dan dikirim sebagai penganti diri. Luahan rasa kasih sayang semakin tidak terduga lagi, segala gurindam madah pujangga mungkin sudah menjadi kata-kata biasa didalam setiap warkah yang dikirimkan.
Tinggallah sidara menunggu dengan penuh sabar, begitu teguh cintanya terhadap sijejaka. Hanya air mata menemani dimalam yang sepi. Makan tidak kenyang mandi pun tidak terasa basahnya.
Begitulah juga dengan sijejaka yang berada diperantauan, tekun belajar bagi mendapat ijazah dan ingin segera pulang kepangkuan sang kekasih.
Walaupun kesunyian sidara masih punya adik perempuan yang sangat akrab hubungan mereka bersaudara, kemana adik pergi disitulah kakaknya ada. Dan mereka juga tetap meneruskan pengajian dibandar behampiran kampung.
Hari berganti hari, bulan berganti tahun begitu lamanya masa yang mereka terpaksa tempuhi, hanya lebaran wakah kasih sahaja sebagai menambat kasih.
Sang dara sudah berusia remaja, nampak cantik dan menawan apalagi sudah memang warna kulitnya putih berseri. Ramai juga jejaka yang menaruh hati dan ramai juga yang ingin jadikan sidara sebagai menantu.
Sebagaimana kebiasaan orang kampung pada masa itu, mana-mana jejaka bolih masuk meminang mana-mana sang dara yang telah mencuri hati mereka, walau pun belum mengenali antara satu sama lain. Beginilah jugalah yang terjadi dengan sidara yang sedang muda belia lagi cantik. Sudah tentulah terpaksa ditolak semua peminangan dengan baik kerana sidara tidak setuju.
Kedua orang tua sidara pun seakan menyebelahi sidara, kerana mereka juga mengatahui yang sidara mereka sedang menunggu kepulangan sang kesasih hati yang mereka kedua juga turut mengenali sang jejaka kekasih anaknda mereka.
Bukan sebarang jejaka adanya yang masuk meminang, sebab keluarga yang mengenali tidak akan berani meminang anak dara yang satu ini, selain memiliki keluarga besar dan kaya. Kebun sawah luas terbentang kerbau lembu dijagai orang kampung, sudah tidak tahu sekian banyak.
Kerbau lembu sengaja dijual murah kerana ingin turut berkenduri atau bersedekah bila ada penduduk kampung mengadakan majlis perkahwinan.
Hari berlalu silih berganti, kini tibalah kepenghujung kembara sang jejaka diluar negara, sang jejaka akan kembali ketanah air tidak berapa bulan lagi.
Sudah tentu kepulangan sijejaka juga akan menglangsungkan hari bahagia antara mereka berdua. Penantian yang begitu lama ditemani kesabaran yang menguji kesetiaan. Penantian yang akan membuahkan hasil yang indah dan bahagia.
Riang gembira sidara dalam meniti hari yang cuma tinggal sedikit lagi untuk bertemu sang kekasih yang lama pergi. Persiapan rumah disusun atur dengan kemas, kebersihan halaman rumah dihias pokok-pokok bungaan berbagai jenis.
Semua dilakukan dengan hati yang riang gembira, senyuman senantisa terukir dibibir yang mengambarkan kebahagian yang amat sangat. Sang buah hati tidak lama lagi akan kembali kepangkuannya.
Ayah bonda kedua pun turut gembira, turut ceria seiring kegembiraan anakda. Namun siapa yang menyangka! panas rupanya tidak sampai ke petang!
bersambung, nantikan sambungannya.. follow dan komen ye!
Cerita Jangan Mungkir Janji
Terima kasih!
Baca Lagi Kesah Fidah!
1 comment:
Menanti sambungan.. Bila nk sambung lagi..?
Post a Comment