November 27, 2023

Berhati-Hati Di Jalan Raya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Berhati-hati di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat. Itu slogan keselamatan jalan raya, namun jika sudah ditakdirkan kita patah tangan kaki disebabkan kemalangan kita tidak bolih buat apa, tetapi jika kita berhati-hati ketika memandu atau menunggang kenderaan, bila terjadi kemalangan, sekurang kurangnya kita tidak bolih salahkan diri kita lagi, sebab benda sudah nak jadi, sabar saja lah, pergi hospital semoga cepat sembuh.


Dari pengalaman berada dijalan raya, semua kita memang ada pengalaman dijalan raya, kita tahu bagaimana pamandu dan penunggang bila mereka menggunakan jalan raya, tentunya waktu pagi hendak pergi kerja dan petang ketika pulang dari kerja, mereka memandu atau menunggang dengan tidak berhati-hati, mahu cepat ketempat kerja dan mahu secepatnya pulang kerumah, hinggakan kurang memberi perhatian kepada keselamatan diri sendiri.

Ayah, isteri, anak, abang, kakak mereka ini, sangat disayanggi olih keluarga yang dirumah, ahli keluarga mereka lah, serta mereka ini juga tempat untuk bergantung hidup, tetapi ada segelintir dari pemandu dan penunggang ini tidak dapat menjaga diri mereka sendiri ketika pergi dan pulang dari kerja.

Yang menunggang motosikal pergi balik kerja sudah nampak macam ahli lumba propasional menyelit dan memotong terus tanpa rasa takut, sudah banyak sangat kes Ayah, isteri, akhirnya sedikit kesilapan kemalangan lah jawabnya. Anak, abang, kakak menerima berita sedih ketika sedang menunggu kepulangan orang yang mereka sayang.

Ramai pemandu dan penunggang yang keluar dari simpang secara melulu dan ramai yang masuk kesimpang pun secara melulu semua itu peratus untuk terjadinya kemalangan adalah sangat tinggi. Silap hari, semua hilang dari pendangan.


Ini ada contoh kemalangan, mujur tidak melibatkan kehilangan nyawa, entah silap siapa tidak tahu, hanya diri sendiri pemandu yang tahu.

BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU - INGAT ORANG TERSAYANG










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~