November 26, 2023

AIR PANAS ULU LENGGONG - Malam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Malam tadi, kebetulan malam Ahad, kita pergi ke 'Air Panas Lenggong' Tuan Wahab pergi kesana waktu malam. Kita bertolak dari Kulim dalam pukul lapan malam, sampai disana lebih kurang pukul sembilan malam.


Sesampai disana orang sudah ramai disana, cuaca elok, walaupun seminggu dua ini selalu hujan memanjang, tidak turun pagi, hujan turun petang bawak kemalam. Namun malam tadi cuaca elok dan tidak hujan.


Orang memang ramai disitu pada masa malam tadi ini, walaupun tidak seramai pada hari-hari cuti umum. Melihat pada kenderaan yang diletak pada pakir kereta memang agak banyak keretanya.


Kami dan tuan Wahab beli tiket dan masuk lah kedalam kawasan Kolam Rekriasi Air Panas Lenggong. Olih kerana sekarang musim hujan jadinya kolam air panas sudah tidak panas lagi, suam kuku pun lebih suam dari suam kuku. Kalau berendam lama jadi sejuk lah pulak. Elok sangat siapa hendak datang kesini, tangguh dulu, sebab air kolam tidak panas, kolam satu dan dua pun suam saja. Entah kulit Tuan Wahab keras agaknya. Tapi memang bawah dari tarif suam. Kalau hendak mandi kolam tanpa mengharap airnya panas, bolih lah datang. okay.
Gambar-gambar semasa dalam kawasan kolam kami tidak ambil dari jarak dekat, dan tidak fokos kepada orang ramai mandi manda.. tak kan hendak ambil gambar orang mandi kan...! memang ramai orang mandi anak-anak, mak bapak anak, abang kakak anak -anak pun ramai dan orang mandi tak kan nak pakai tudung pulak..! tentulah mcm mandi pantai nu..


Dah sejuk mandi kami pun balik lah, bukan tak tahan panas, tak tahan sejuk.!
Masa kami keluar sudah dekat pukul satu pagi, tapi masih ada lagi orang yang baru sampai, pusat rekriasi ini dibuka dua puluh empat jam.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~