جزاكم الله خيراالجزاء
Salam sejahtera dan salam ceria, moga-moga kesihatan dan kebahagian tetap menyebelahi anda semua.
Saya macam biasa sahaja tidak ada lebih tidak ada kurang, yang makim lebih mungkin usia saya sahaja.
Hari ini saya hendak bercakap benda yang ramai sudah tahu. Memang semula jadi akan terjadi benda ini. Cuma ambil masa dan dorongan sesuatu akan mempercepatkan kejadianya.
Sebelum saya nak memulakan cerita.. saya menyusun jari sepuluh memohon ribuan pun dan maaf dari hunung rambut sampai hujung kaki. Kenapa saya nak mintak maaf ialah kerana apa yang saya hendak cakap ini memang benar bemar berlaku didalam kehidupan kita semua.
Baik cuba baca tulisan yang saya tulis diatas gambar diatas tu.!
PERISTIWA HARI INI ADALAH HASIL PERBUATAN DIMASA LALU, BAIK HARI INI BAIK PULA DIMASA AKAN DATAMG
Artinya suka tidak suka apa yang terjadi pada diri kita hari ini adalah diatas kemahuan kita dimasa lalu juga.
Beberapa peringkat saja dalam hidup ini yang bukan dari kehendak kita sendiri.
Apa yang bukan dari kehendak kita sendiri adalah sesuatu tentang rupa paras dan bentuk fizikal kita. termasuk lah kecacatan atau kelebihan fizikal yang dimiliki.
Kalau dari fizikal tak perlu memberatkan fikiran memikirkanya.. itu memang sudah suratan takdir.. jangan peduli macam mana pun kita dilahirkan, yang kita fikirkan adalah jenerasi yang cukup lengkap anggota badan tetapi tidak memikirkan masa depan mereka..
Mereka ini terlibat dengan berbagai masaalah dalam masyarakat yang mana semuanya hanya merugikan hidup masa depan mereka sahaja.
Begitu juga orang-orang dewasa yang tidak mahu memikirkan masa depan jenerasi dibawah mereka. Tidak mahu memikirkan kemana arah tujuan bagi anak-anak bagi masa depan mereka, ada yang meninggalkan saja anak-anak mereka dan berpisah suami isteri.
Mereka tidak peduli akan masa depan jenerasi mereka, anak-anak yang ditinggalkan siang malam dahagakan kasih sayang saorang ayah atau ibu mereka yang telah meninggalkan mereka begitu saja.
Bagaimana kita membuat sekarang begitu juga yang akan mereka dapat suatu hari nanti. Kalau mereka sudah terabai sekarang, bagaimana mereka akan menjadi orang yang bagus nanti.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
4 comments:
Semoga masa depan kita datangnya yang baik2 aje
Insyaallah... Mudah mudahan Kita semua dapat yang baik baik saja.
terima kasih atas perkongsian. moga kita dapat membina generasi akan datang yang terpelihara dari kejahatan dunia
Terima kasih tuan! ..anggaplah ianya sekadar satu coretan biasa hanya dri org kampungan.
Post a Comment