جزاكم الله خيراالجزاء
Salam sejahtera semua sahabat,
apa khabar? saya harap tuan puan para sahabat semua senantiasa berada dibawah lindungan Allah jua. Saya macam biasa lah, orang kampung, alhamdulillah sihat, saya buat la kerja-kerja kampung setakat mana yang bolih.Untuk hari ini jom kita pergi lihat Jambatan Sungai Pulai, tapi banyak orang sebut second link Gelang Patah, second link Tanjung Piai. Baiklah kita mulakan gambar dari arah Pontian menuju ke Pelabuhan Tanjung Pelepas atau PTP.
Jika anda baru pertama ke Pontian bolih ambil panduan mula dari simpang empat trafic light Tambak, ambil jalan arah menuju ke Kukup, sampai dipersimpangan Peradin ambil kiri menuju ke Belokok, dari Belokok itu lah jalan yang akan membawa kita keatas Jambatan Sungai Pulai.
Jambatan Sungai Pulai ini memudahkan serta mempercepatkan masa perjalanan pengguna daerah Pontian untuk pergi berurusan atau bekerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan ke Forest City atau ke Iskandar Puteri.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
No comments:
Post a Comment