March 24, 2023

Ramadhan Datang Lagi Amalan Puasa Yang Ditaati Redho Ilahi Dengan Shurga Yang Dijanji

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam ramadhan dan selamat berpuasa.

Semoga hari anda ceria dan gembira walaupum terpaksa bekerja dibulan puasa ini.

Sebagai orang lama, berpuasa itu sudah tidak menjadi masaalah besarlah bagi saya kerana selain puasa ini diwajibkan, ibadah puasa ini hanya dilakukan sebulan sahaja dalam setahun.

Sekiranya saya tidak melakukan dengan penuh dan sebaik mungkin, belum tentu lagi ditahun hadapan saya masih berpeluang melakukan ibadah puasa, kerana jangka waktu yang panjang untuk kebulan Ramadhan tahun depan macam-macam pekara bolih berlaku.

Bak kata orang Ramadhan datang hanya setahu sekali,

tidak semua akan dapat melalui lagi, ada diantara kita akan pergi mengadap ilahi jika masih ada ini silalah patuhi, sebab ditahun hadapan kita belum tahu lagi.

Ramadhan yang sedang dilalui ini kita patut mensyukuri, berpuasa kerana mentaati perentah ilahi lakukan perentah jangan berbasa basi.

Ini lah makanan rohani yang Allah beri hanya setahun diberi sekali, terimalah dengan senang hati, berbuka puasa juga dengan rezeki yang Allah bagi.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

2 comments:

Afzan said...

selamat berpuasa...

♥xaturen♥ said...

Terima kasih, selamat berbuka Puasa.