جزاكم الله خيراالجزاء
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Selamat Menyambut Ramadhan Dan Puasa Yang Pertama Tahun Ini.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita menjadi orang yang beruntung kerana masih diberi peluang untuk menjalankan ibadah puasa, yang paling ditunggu tunggu olih kita semua.
Selamat menjalankan ibadah puasa, semoga Allah Subhanahuwataala senantiasa memberikan rahmat dan keberkatan kepada kita bagi memgerjakanya.
Puasa bukanlah sekadar menahan lapar
dan dahaga tetapi juga menahan diri dari segala godaan pekara-pekara yang berdosa. Godaan pekara berdosa ini memang banyak ada sehari-harian yang kita lalui.Ramadhan adalah waktu yang tepat bagi melatih diri kita tentang kesabaran keiklasan dan kebenaran, dengan latihan ini kita akan menjadi seorang insan anggun dengan keperibadian islam.
Kita bolih menjaga mulut untuk tidak makan agar berpuasa, akan tetapi untuk menjaga hati dan mulut supaya tidak membuat dosa itu yang payah. Begitu mudahnya hati menghasut mulut untuk bercakap dusta bercakap buruk tentang orang lain.
Semoga kita tidak digolangan orang-orang yang rugi
dibulan Ramadhan tahun ini kerana kita tidak dapat menahan diri dari godaan kejahatan mulut kita sendiri.
Dibulan yang suci ini marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dengan memupuk rasa syukur atas semua nikmat yang Allah subhanahuwataala berikan kepada kita selama ini.
Bersyukur kerana kita tidak susah hidupnya seperti kesusahan hidup insan lain yang lebih susah. Misalnya kita mengeluh hidup kais pagi makan pagi, sebenarnya kita seribu kali lebih beruntung, kalau kita kais pagi makan pagi tapi, kita punyai dua mata untuk melihat.
Berbanding ada ramai lagi insan lain
yang hidup melarat kais pagi makan pagi dengan tidak mempunyai mata untuk melihat. Bersyukur lah selalu dengan diri kita dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat.Dibulan yang suci ini marilah kita renungkan diri marilah kita bersemanggat ketika menjalankan ibadah puasa ini dengan tekun dan tabah agar Allah Subhanahuwataala sentiasa meredhoi setiap usaha baik kita.
Baiklah, Selamat menyambut bulan puasa dan selamat berpuasa kepada anda semua yang selalu menyokong saya, saya ucapkan terima kasih, semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan ibadah puasa tahun ini dengan sempurna.
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
4 comments:
👍
Terima kasih. Alhamdulillah selesai sudah sehari berpuasa.🥰
Selamat menjalani ibadah puasa
Terima kasih, sama-sama berpuasa dibulan Ramadhan. Insyaallah.
Post a Comment