جزاكم الله خيراالجزاء
Salam Ramadhan salam berbahagia selamat berpuasa tuan puan semua, semoga kita sama-sama istiqomah dengan amalan yang kita sedang lakukan. Yang kita harapkan hanyalah keredhoan Allah dan bukanya pujian dan kemegahan dimata manusia.
Seperti biasa bila tiba bulan Ramadhan ramai orang mengambil kesempatan berjualan juadah untuk berbuka puasa. Ada diantara mereka adalah peniaga setahun sekali, ini kerana permintaan juadah kuih muih sangat laris dibulan Ramadhan.
Namun kebanyakanya mereka adalan peniaga-peniaga gerai makan yang tidak beroperasi dibulan Ramadhan. Mereka setiap tahun mengadu nasib menagih janji rezeki dibazar-bazar Ramadhan pilihan mereka. Saya doakan agar rezeki mereka lancar dan bagus tahun ini.
Bagaimana pun kemeriahan berjual beli sedikit suram dan berhati-hati, pembeli tidak lagi membeli sesuka hati, penjual juga tidak menyediakan barang jualan yang banyak. Kita sekarang sedang bergelut dengan harga barang yang semakin mahal.
Memang sedikit hambar walaupun mereka gembira berpuasa, gembira ke kebazar Ramadhan untuk berbelanja, namun hal kenaikan kos harga barang menyebabkan kegembiraan ini melemah dikedua-dua belah pehak penjual dan pembeli.
Apapun seperti kita semua inginkan hanyalah keredhoan Allah, insyaallah amalan kita tidak dipengaruhi olih gerakan duniawi.
Baiklah, jom kita tinjau lokasi baru tahun ini, lokasi bazar ramadhan pertama kali diadakan disini. Lokasinya adalah dihadapan bekas kilang Wearns Parit Masjid, Pontian.
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
6 comments:
Kadang-kadang takut beli yang tidak sedap.
kalau saya, beli sedikit sahaja di kedai yang tak biasa. bazaar ni, kalau masakannya sedap, mahal pun orang beli
Ya saya pun beli sedikit juga, tak ramai dah, yg kt rumah mcm dulu, yg nk mkn juadah..
..haha.. memang time nampak semua nk beli, bila berbuka mkn dua tiga biji kuih pun dh kenyang..
Dulu bawak RM20 boleh beli macam2 lauk tapi skrg beli 4-5 jenis pun dah habis RM50. Apapun, saya tak kisah tentang harga sebab niat nak tolong peniaga asalkan makanan sedap, kuantiti berpatutan dgn harga dan paling penting tak keracunan lepas makan.
Biasa suami yang ke pasar ramadan. Kadang beli kuih saja . Lebih suka masak sendiri di rumah tapi kadang-kadang hilang idea juga nak masak apa.
Post a Comment