Semoga anda semua berada didalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja untuk hari ini dan selamanya.
Sekarang ini masih lagi musim PKP mulai beberapa hari lepas seluruh Semenanjung diistiharkan PKP. Saya pun duduk rumah sahaja lah, ada la sesekali keluar kekedai untuk mencari barangan dapur.
Pada masa ini juga PKP P.Pinang, WP, Selanggor dan Johor dilanjutkan sehingga kebulan hadapan!!
Jadinya tawakal sahaja lah.. dan senantiasa mematuhi SOP .!
Kali ini saya hendak berkongsi video kanak-kanak pintar menghafal al-Quran.
Apa pun , adalah sangat elok jika kita belajar menghafal surah pendek.. yang biasa kita gunakan ketika mengerjakan solat, dan lebih bagus lagi jika kita cuba membaca serta menghafal Juzuk-juzuk al-quran yang yang selalu disyhorkan olih guru-guru quran kita.
Pada awalnya memang terasa sangat susah, tetapi jika kita ada kesungguhan, nercaya kita akan berjaya juga.
Samalah dengan kita bersekolah dahulu semasa kecil.. pada masa itu.. bagi saya lah..memang bosan sangat kalau bersekolah.. sebab kita tidak ada kemahuan! jadi.. jadilah macam sekarang.. huhu...!
Okay usahalah belajar membaca al-quran dan cuba menghafalkan nya, nanti bolih diajarkan kepada anak cucu kita. Isyaallah.
Yang paling penting mesti punya niat dan kemahuan!
Niat dan Kemahuan
Setiap amalan itu dengan niat. Harus ada niat dan kemahuan yang bersungguh-sungguh untuk menghafal al-Quran.
Dengan niat baru akan ada tindakan untuk menghafal al-Quran.
Kita juga harus tahu mengapa kita mahu menghafal al- Quran dan mestilah mempunyai sebab yang kukuh untuk menghafalnya.
Menghafal al-Quran adalah ibadah yang dipuji dalam Islam, maka tidak seharusnya ia dilakukan kerana selain SWT.
Tanamkan niat yang ikhlas dalam diri kita.
Dalam hadis disebutkan, antara orang yang terawal masuk Neraka adalah orang yang melazimi al-Quran dengan niat yang tidak ikhlas dan dia melakukannya dengan riyak dan mahukan pujian manusia.
Jadinya marilah kita belajar membaca Al-Quran dan menghafal seberapa dapat yang bolih!
Dan dari situ dapatlah kita menghiasi masa-masa emas kita dengan membaca Al-Quran, dengan iklas hati hanya untuk mendapat keredhoan Ilahi dan bukan untuk membangga diri.
Ingat tu sahabat semua. Jika anda dialam maya sini, anda yang ingin berkongsi kaedah belajar membaca al-quran.. bolih lah memberi pandangan.. ingat jika pandangan anda bermanafaat! insyaallah anda mendapat Berkah dari Allah Subaha Nahu Wataala.
Aaminn.
Ayuh kita menonton bersama!
Betapa hebatnya anak-anak ini. Lihat mereka bolih menghafal banyak surah dalam Al-quran. Mereka seharusnya disediakan semua atau ditanggung semua keprluan hidup mereka olih pehak yang berwajib.
Terima kasih!
Baca Lagi Kesah Fidah!
No comments:
Post a Comment