November 30, 2020

Kambin Yang Menjadi Mangsa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak merebaknya virus corona ini, semakin ramai para penternak juga pekebun yang mengerjakan kebun atau penternakan secara kecil kecilan mengalami kerugian.

Kes terbaru yang disiarkan diberita tempatan adalah kes yang berlaku dijerantut kelmarin. Dua sahabat yang baru berjinak-jinak dengan penternakan kambin telah kecurian semua kambin-kambin mereka.

Masaalah kecurian ternakan ini semakin berleluasa sekarang ini, walaupun sebelum tularnya virus corona, memang sudah ada kes-kes kecurian ternakan dan hasil kebun para peladang.

Namun para penternak dan peladang harus lebih berhati-hati dalam mengawasi hasil ladang atau ternakan mereka. Dikala virus corona ini, ramai orang nakal atau pencuri semakin kekeringan wang dan mereka kerjanya mencuri, pencuri ini tidak memikirkan susah payah petani atau susah payah pekebun malahan keselamatan diri mereka sendiri pun mereka tidak fikir.

Ada sesetengah kejadian pencuri ini sempat diberkas olih orang kampung dan tentulah kena bantai dan sebagainya, mereka tidak pun fikir hal keselamatan diri mereka, jadi sudah tentu mereka tidak memikirkan kesusahan para petani!

Mereka akan mencuri ternakan apabila ada kesempatan dan para petani lalai, menjaga ternakan mereka, mereka tergamak bersekongkol dengan orang luar untuk mencuri ternakan didalam kampung sendiri, malahan untuk mencuri dari jiran yang mereka kenali.

Merka ini berpura-pura baik dalam kampung sendiri, tetapi mereka ini sebenarnya bersubahat dalam kes kehilangan harta benda didalam kampung.

Jadi kita mestilah harus lebih berhati-hati dimasa hadapan. Dan kes kelmarin ini lebih menyedihkan dikala mereka tengah kesusahan dan berusaha untuk mengimbagi keuwangan ketika hasil dari pekerjaan semakin merosot akibat daripada merebaknya corona virus.

Semoga mereka berdua tabah menghadapi dugaan dan cabaran! dan berwaspada dilain masa.

Jerantut:
Dua penternak kambing di Kuala Tahan di sini berputih mata apabila 25 ekor kambing yang dipelihara mereka lesap dari kandang pagi semalam.

Zamri Mat Amin, 53, berkata dia bersama Salehuddin Selat, 54, mempunyai kandang kambing yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka di perumahan Felcra, Kuala Tahan.

Menurutnya, mereka berdua pergi ke kandang itu pada jam 12 tengah malam kelmarin untuk melihat keadaan kambing dan mengunci pintu serta pagar kawasan itu sebelum pulang ke rumah.

"Pada sebelah pagi ketika Salehuddin hendak membuka pintu pagar kandang dia terkejut apabila melihat keadaan pintu sudah terbuka akibat dikopak dan mangga kunci pintu kandang dipotong.

"Apabila melihat ke dalam kandang kami terkejut kerana semua kambing hilang kecuali lapan ekor anak kambing," katanya.

Zamri berkata mereka mempunyai 33 ekor kambing kampung dan kambing Boer yang dipelihara sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, kegiatan mencuri itu mungkin berlaku antara 2 hingga 5 pagi ketika waktu hujan dan dia dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM 23,000.

"Kami anggap kejadian ini adalah sebagai ujian daripada Allah. Kami berharap pencuri itu dapat terbuka hati memulangkan semula kambing itu.

"Kami bekerja sebagai pemandu pelancong dan ketika ini begitu terkesan kerana tidak ramai pelancong yang datang ke Taman Negara. Inilah sumber pendapatan kami kini," katanya.


follow me





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



No comments: