Peribahasa ini sudah lama kita tahu dan faham, kerana sejak dari sekolah rendah lagi kita telah biasa baca dan dengar.
Tapi kali ini kita dapat melihat sendiri atau mengalami sendiri pekara tersebut telah berlaku dalam lingkongan ahli masyarakat kita sekarang ini.
Walaupun sebelum ini telah banyak terdapat kes orang tamak selalu rugi, tapi kita selalu lupa bahawa ada ramai lagi orang tamak didalam Negara kita ini. Dan mereka ini tidak mahu mengambil iktibar atau contoh dari kes-kes yang berlaku sebelum ini.
Pada akhirnya mereka tertangkap dan kemungkinan besar akan menghuni penjara, menangis siang dan malam sudah tidak berguna lagi. Harta benda semua sudah dirampas, sanak saudara dikampung yang mendapat malu, sudah lah selama ini harta tersebut tidak pernah mendapat bahagian.!Inilah kalau orang sudah lupa diri dan tamak! bukan mereka tidak tahu bahawa pelakuan mereka itu salah, salah dari segi undang-undang negara! bila sudah terbiasa membuat salah dan sering terlepas atau memang terlepas sahaja, mereka ingat pekerjaan mereka itu benar dan tidak salah!
Mereka sudah lupa sebab sudah berpuluh kali melakukan pekara salah tapi masih terlepas, dan mereka ingat selama-lamanya akan terlepas. Jadi mereka tanpa segan silu melaram dengan kereta mewah hingga empat buah rumah-rumah besar dan harta tanah.
Mengikut lapuran semua harta tersebut sudah dirampas, sudah tidak ada apa lagi yang tertinggal, akhirnya nanti jika sabit kesalahan dan dipenjara sesudah tamat penjara balik kampung jadi orang yang mungkin papa kedana!Itulah bila sudah kaya banyak duit walaupun datangnya duit dengan cara salah, tapi tidak mahu berkongsi dengan adik beradik atau saudara mara, bah kan mungkin berlaku sombong semasa masih belum tertangkap menerima rahsuah. Pandai mencari duit dengan merahsuah.. tetapi bodoh menjaga tuah!
Bukan kita hendak membenarkan merahsuah, tetapi mereka ini tamak! walaupun sudah mengaut untung berjuta ringgit setiap saorang! masih lagi meneruskan kegiatan mereka seolah mereka akan selamat selamanya! elok sangat gelaran Bodoh sebelum nama mereka, Bodoh Piang Bin Tamak.
Untuk pengajaran kepada saya sendiri dan anda semua, ingatlah kata-kata ini "Orang Tamak Selalu Rugi"
Teruskan Membaca Berita Dibawah Ini.
Gelap mata dengan tawaran puluhan ribu ringgit sebulan menyebabkan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berpangkat Timbalan Pengarah didakwa bersekongkol dengan sindiket urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara.
Menurut sumber, pegawai kanan dengan gred KP48 itu bertugas di Ibu Pejabat JIM itu adalah tiga lagi individu terbaharu ditahan semalam termasuk dua lagi anggota gred KP19 dan KP22 bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2."Mereka berusia 38 hingga 54 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.
"Setakat ini siasatan awal mendapati Timbalan Pengarah terbabit menerima wang rasuah puluhan ribu ringgit sebulan dan mampu hidup mewah," katanya. Sumber berkata, setakat ini seramai 53 individu sudah ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat.
"Penahanan itu membabitkan 31 anggota dan pegawai JIM, 17 ejen pekerja asing serta lima orang awam. "Kita tidak menolak akan ada lagi penahanan lain jika siasatan mendapati terdapat individu lain yang bersekongkol dengan sindiket terbabit," katanya.
Katanya, ketiga-tiga mereka yang ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah semalam.
"Selain itu, SPRM turut mengemukakan permohonan untuk menyambung perintah reman 10 suspek lain dan membebaskan dengan jaminan dua orang awam yang terbabit membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.
"Sindiket ini membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh," katanya. SPRM sebelum ini mendedahkan, lebih 30,000 warga asing bolos dan RM14.5 juta wang sogokan diagihkan dalam kalangan kakitangan JIM sepanjang tempoh empat tahun.Angka itu diperoleh hasil penahanan 27 anggota dan pegawai JIM yang mendedahkan aktiviti rasuah menerusi proses penyediaan kaunter khas sejak 2017. Wang tunai RM800,000, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi turut dirampas yang mana jumlah berkenaan tidak termasuk rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya yang turut dirampas.
Secara purata, setiap tahun sejak empat tahun lalu, RM3.6 juta diagih sesama anggota dan pegawai JIM yang terbabit dengan sindiket ini. Kemewahan kakitangan JIM yang terbabit dengan sindiket juga amat ketara berikutan mereka menggunakan wang rasuah diterima untuk membeli rumah, kereta, beg tangan berjenama, barangan kemas dan tanah.
Sekarang mereka-mereka ini semua tidur berselimut duka bertilamkan air mata!
Terima kasih!
Baca Lagi Kesah Fidah!
Tahniah SPRM
ReplyDeleteYa memang terbaik SPRM, terus gempur!
ReplyDeleteTerima kasih Warisan Petani.