Semalam telah diumumkan bahawa penamatam perentah PKPB ditamatkan dibanyak Negeri
kecuali hanya dibeberapa daerah sahaja yang masih kekal didalam perentah PKPB.Walau pun perentah PKPB telah ditamatkan, tidak semestinya anda terlalu gembira dan bolih terlalu bebas berkunjung ketempat tumpuan orang ramai.
PKPB adalah usaha kerajaan untuk menangani penularan virus covid-19, jika kerajaan umumkan penamatannya, bukanlah bermakna virus covid-19 imi telah hapus sepenuhnya.
Mungkin ada penilaian dari pehak kerajaan yang telah dibuat, dan keputusannya penamatan PKPB sudah bolih diumumkan, walau bagaimanapun untuk kebaikan diri sendiri, adalah perlu anda semua berhati-hati dan jangan terlalu gembira dan terlalu bebas melakukan apa saja aktiviti yang disertai olih ramai orang.
Virus covid-19 ini masih ada, dan masih tertinggal bersembunyi dimana-mana. Masih ada saki baki virus corona ini didalam komoniti anda, masih ada disamping rakan-rakan anda samada rakan jauh atau yang dekat, jadi untuk kebaikan diri anda dan keluarga anda terutama anak-anak kecil dan warga tua, sebaik-baiknya sila elak dari menghadiri perkumpulan ramai orang.
Jangan menghadiri jemaah kenduri kendara bersalam atau berpelukan dengan rakan-rakan saudara mara kononnya melepas rindu sebab lama sudah tidak bertemu disebabkan PKPB yang lepas. Anda mungkin kecewa bila sesuatu jangkitan akan berlaku dan disebarkan kepada isi rumah anda sendiri.
Jangan terlalu bebas kepasaraya yang ramai orang
dan besesak membeli barang hingga bersentuhan dengan orang yang selama ini anda tidak pernah bersentuhan, jangan terlalu bebas bahu membahu dipasar malam, pasar pagi, pasar ikan semua tempat ini anda sendiri mesti curigai keselamatnya jika anda turut sertai mereka. Setiap kebaikan atau keburukan ada keuntungan terhadap diri anda, ini memang benar terjadi dan nyata, walau bagaimanapun anda bolih mengelak keburukkan jika anda bijak menilai, memikirkan sesuatu pekara sebelum anda melakukan. Sentiasa membiar kebaikan sahaja yang memehak kepada anda.Saya sangat bimbang dan sangat risau mengalahkan ahli politik yang sedang dalam pilihanraya! saya bimbang penularan corona ini makin bertambah teruk jika kita tidak bijak menggunakan peluang penamatan PKPB ini.
Yang saya bimbang adalah kepada rakyat yang tergolong dibawah ketogeri D, E, F
dari segi kesihatan, mereka sangat mudah dijangkiti apa-apa saja virus. Anda perlu perihatin jika ada ahli keluarga yang berada didalam golongan D, E, F.Apa yang diketahui gejala atau sintom terjangkitnya virus covid akan mengambil masa lima atau enam hari baru kelihatan, ada sesetengah kes memerlukan waktu hingga empat belas hari. Jadi kita harus sentiasa berwaspada dan tidak mendedahkan diri ditempat ramai. Dan mengambil masa empat belas hari juga untuk musnah dibadan individu yang sihat, sekiranya kita terjangkit, virus ini ada masa yang lama untuk menyebar kepada individu lain.
Saya sarankan sangat-sangat, untuk sementara ini atau sebulan dua ini SOP mesti diteruskan demi kebaikan bersama, apa salahnya terus menjaga kesihata sendiri dan keluarga? Paling kurang pun pemakaian penutup hidung mesti diteruskan bila berada ditempat awam atau ditempat keramaian.
Dan bila tiba semula dirumah, segeralah bersihkan diri salin pakaian dan basuh gunakan pakaian lain bila tiba dirumah, jangan terus menggunakan pakaian yang sama.
Siapa yang hendak menjaga anda serta keluarga tersayang, jika bukan anda sendiri yang menjaganya.
Kerajaan adalah satu kelompok pemerentahan, bekerja untuk kepentingan semua rakyat tapi diri kita dan keluarga kita, kita yang menjaganya.
Kekal Sihat Elak Virus!
Terima kasih!
Baca Lagi Kesah Fidah!