November 20, 2020

Jangan Percaya Pendapat Ini.

Jangan Percaya Pendapat Ini.
Masa masih awal, aku masih muda, enjoy dulu!

Masa muda remaja jangan sesekali kita abaikan atau biarkan berlalu begitu sahaja, jika anda dengan usia yang masih muda tidak melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri keluarga anda! anda berada dalam keadaan yang sangat rugi.

Semua orang tahu, termasuk orang-orang muda itu sendiri! kenapa pekara ini bolih terjadi?

Jika kita masih muda dan tidak berbuat sesuatu pekerjaan atau pekara baik sekarang, masa tua anda sangat malang! kerana apa yang anda lakukan sekarang ini dianya bakal membantu anda dikemudian hari.

Jadi buatlah sesuatu perkerjaan baik atau pekara baik untuk menolong hidup anda dimasa depan dengan lebih baik. Anda tahukah bahawa apa yang anda lakukan sekarang itu lah yang anda dapat dua puluh tahun lagi!

Jika anda ingin mengubah nasib anda dua puluh tahun besok, anda mesti memulakan perubahan itu dari sekarang! sebagai contohnya jika anda ingin membeli rumah misal nya, anda mesti memulakan mulai sekarang juga, jangan nanti dan nanti bila ada duit baru hendak simpan.

Ini untuk orang muda remaja, sekarang anda berusia 18, 20, 25, 30 tahun? ini usia dikira masih remaja lagi! okay, anda mesti punya rumah suatu hari lagi kan..? sudah tentu! simpan didalam fikiran, tidak selamnya anda hendak tinggal dangan Ibu Bapa anda!

Lihat ibu ayah anda sekarang! adakah mereka tinggal dengan ibu ayah mereka? sudah tentu tidak bukan? anda pun besoknya tidak mungkin masih duduk serumah dan mengharapkan semua pekara daripada kedua orang tua.

Jika hendak memiliki rumah sendiri anda remaja mesti berkerja dengan lebih rajin dan kuat, tambahkan atau tingkatkan kebolihan diri untuk meningkatkan punca keuwanga anda.

Jangan sesekali membuang uwang kepada benda-benda yang tidak berfaedah! misalnya zaman sekarang, anak muda sering berlumba menghabiskan uwang dengan sering menukar talipon bimbit, menukar motosikal atau kereta. Jika pekara ini anda lakukan, duit atau uwang anda tidak mungkin tersimpan.

Gunakan barangan tersebut sehingga ianya benar-benar perlu ditukar, dengan keuwangan yang lain, bukannya dari uwang simpanan untuk pekara yang lebih penting.

Anda mesti asingkan beberapa peratus pendapatan anda untuk simpanan bagi membeli rumah, misalnya gaji anda satu ribu sebulan, anda mesti simpan tetap sebanyak tiga ratus setiap bulan.

Untuk pebelanjaan atau pekara lain hanya gunakan yang tujuh ratus sahaja, yang tujuh ratus itu anda buat perangcangan kegunaan anda sebulan, tidak bolih sama sekali mengambil dari uwang tiga ratus tadi.

Jika anda pekerja biasa bergaji bulan seribu, tiada cara lain melainkan dengan mula menyimpan dari gaji bulan depan untuk membeli rumah atau membayar diposit rumah. Jangan tunggu duit tiga puluh ribu.! tidak akan ada sama sekali duit itu, jika anda tidak memaksa mengasingkan pendapatan bulanan anda setiap bulan!

Jika anda ingin memakan buah epal sendiri anda mesti menanam epal, jika tidak, anda sampai tua akan hanya membeli buah epal untuk dimakan, bukan makan buah dari hasil titik peluh anda yang menanam.

Jangan ikut orang luar menukar barang yang tidak perlu! dan jangan pulak anda sesuka hati membazir duit tanpa ada simpanan anda sendiri setiap bualan.

Dan jangan menunggu bila gaji sudah besar baru hendak mula simpan, gaji sikit pun mesti memulakan menyimpan dari sekarang!

Semua didalam tangan anda, didalam kuasa anda, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih, ada.!

Jangan ikut nafsu, jangan ikut rasa, jangan ikut hati, tapi ikutlah ilmu dan fikiran yang baik.

Jika kau fikir kau bolih, kau bolih melakukan, jika kau ragu-ragu, usahamu tak menentu! Okay, selamat berusaha dan selamat maju jaya. Semua kehidupan anda adalah ditangan anda sendiri.!
Jumpa lagi.


mylink





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 19, 2020

Superyacht. Tranquility.

Kapal Besar Jho Low.
Anda bakal mendapat memiliki Kapal Besar Ini.

Inilah kapal mewah besar dan hebat Superyacht asal yang dimiliki bekas penyamun yang bersekongkol menyamun duit pembiaya 1MDB malaysia.

Penyamun tersebut bernama yang Jho Low, Superyacth ini juga pernah menjadi tuan rumah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan rombongan dalam PH dahulu.

Kali ini mengikut berita, Kapal superyacth mewah ini hendak dijual lagi kepada siapa yang berminat.

"Megah dan hebat," sebuah kapal mewah sepanjang 300 kaki yang dahulunya dikenali sebagai "Equanimity," dan dilengkapi dengan segala kemudahan mewah, termasuk tempat Heli mendarat, lif, ruangan spa dan dapur yang serba lengkap, jualan tersebut diuruskan bersama dengan pembrokeran Camper & Nicholsons.

Pihak berkuasa Malaysia dan A.S. telah menuduh Encik Low skim pengubahan wang haram antarabangsa yang menyedut berbilion dolar daripada dana pelaburan kerajaan Malaysia, yang dikenali sebagai 1MDB. Dengan duit curi dari 1MDB Jho Low mengupul wang untuk membiayai gaya hidup mewah, termasuk rumah-rumah di New York City dan Los Angeles, jet peribadi dan superyacht yang memenangi anugerah ini.

Ini adalah kali kedua kapal layar itu dijual sejak pihak berkuasa Malaysia merampasnya daripada Encik Low. Pada bulan April lalu , kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa ia menjual kapal itu kepada Kumpulan Genting conglomerat hospitaliti dengan harga AS$126 juta, menurut kenyataan media pada masa itu.

Sejak itu, Genting, yang mengendalikan carta kapal layar mewah, telah menyewa "Tranquility" kepada pelanggan yang kaya untuk menjana € 1.1 juta (US$1.23 juta) seminggu — antara penyewa yang pernah menggunakan "Tranquility" ini termasuk model Kylie Jenner, yang memuat naik gambar di media sosial dirinya dan rombongannya melompat dari atas dek "Tranquility" ke laut. Kumpulan Genting tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Genting kini dilaporkan meletakan harga $200 juta untuk kapal itu, kata Business Insider. Mansion Global tidak dapat mengesahkan harga secara bebas, hantaran e-mel kepada pembrokeran tidak dibalas segera.

"Tranquility" sangat luas, kapal layar ini mempunyai bilik-bilik yang cukup untuk menampung 26 tetamu ditambah dengan 31 anak kapal. Boat-builder Oceanco pada asalnya mengirim superyacht "Tranquility" pada tahun 2014 dan mendapat pelbagai anugerah dan penghargaan, termasuk "Kapal Layar Baru Terbaik Pameran Kapal Layar Monaco 2014."

Bahagian dalamannya mempunyai lantai marmar yang digilap dan kemasan oak, mengikut penyenaraian dengan Camper & Nicholsons. Terdapat piano yang besar di saloon atas, ruang makan formal dan gimnasium yang serba lengkap.

Suite spa termasuk sauna, hammam, pancuran mandian bereksperiential — termasuk kolam renang mini — bilik urut dan salun kecantikan, kata sumber penyenaraian.

Suite induk seperti maze di dek atas mempunyai dua bilik persalinan dan pejabat bersebelahan dengan teres anjung sendiri dan kolam renang.

Tranquility ini lah kemegahan "Tranquility".


mylink





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 17, 2020

SIAPA TUN DR MAHATHIR

Selamat datang.! disini anda semua bolih relex dan bacalah cerpen Kesah Fidah saya. Kesah cinta remaja. Cerpen budak kampung pada masa itu. Okay hari ini saya hendak bercakap tentang politik pula, apa-apa yang tidak kena sila beritahu saya jangan segan.

Baiklah kita teruskan.

Tun Dr Mahathir Mohamad
Saya seperti terpanggil untuk menceritakan tentang siapakah itu Tun Dr Mahathir Mohamad. Memang semua rakyat Malaysia tahu siapa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, tapi mungkin tidak tahu jiwa dan perasaan sebenar beliu.

Saya rasa Tun Dr Mahathir Mohamad ini orang yang sangat setia kepada negara dan setia kepada rakyat Malaysia terutama untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

Cumanya, semua itu, kita tidak nampak, sebab tenggelam dengan era pemerentahan baru Datok Najib Razak diikuti era pemerentahan yang terkini sekarang ini, Muhyiddin Yassin. Dia sebagai saorang ahli politik, dia memang berpengalaman dalam hal berpolitik, tidak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Dato Seri Najib Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad awal mulanya bekerja sebagai saorang doktor, tetapi telah menukar kerjayanya dari saorang doktor kepada kerjaya sebagai saorang ahli politik.

Sebagai saorang yang bekerja sebagai orang politik beliu telah banyak sekali membaca buku-buku politik luar negara yang hebat, beliu sentiasa menimba ilmu atau menelaah naskah besar ilmu berpolitik.

Dr Mahadhir fasih berbahasa politik kepada umum. Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebagai orang yang berkerja sebagai ahli politik sangat bijak menggunakan orang lain yang berkelibar untuk memajukan diri sendiri dan kerjaya politik beliu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim contoh orang yang terlalu gelojoh atau terlebih yakin dan cepat hendak jadi orang nombor satu. Dato Seri Najib pula cara kepimpinan nya banyak dipengaruhi olih orang-orang disekeliling diri beliu.

Najib orang yang baik, sangat baik sehingga dia tidak nampak apa akan berlaku semasa pemerentahan nya. Najib tidak menyekat atau membuat rancangan pertahanan daripada serangan musuh politik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memang dari awal lagi, iaitu semasa era pemerentahan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliu sangat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sangat menyukai Datuk Seri Anwar Ibrahim menganti beliu sebagai Perdana Menteri dan kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan kuasa tersebut kepada Datuk Seri Mukhriz, dari awal memang itu perangcangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun pada satu perengkat Tun Dr Mahathir Mohamad telah dapat menduga tidak kesetiaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beliu.

Akhirnya peta perangcangan Tun Dr Mahathir Mohamad telah bertukar arah, beliu meletak jawatan dan menyerahkan kepada orang harapan yang baharu, individu harapan ini diharap bolih menjayakan legasi keluarga beliu sendiri.

Tidak seperti Dato Seri Haji Abdullah atau Dato Seri Najib, gelagat Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu celupar berkata-kata dikhalayak, seolah-olah memperbodohkan khalayak demi memancing simpati.

Tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, mungkin sudah memang sikap beliu, beliu cepat gelojoh dan tidak setia, sikap tidak setia ini nampak sejak dari Sekolah tinggi lagi. Beliu juga tidak setia kepada abang angkat beliu Tun Dr Mahathir Mohamad!

Semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, sekiranya anda pada masa itu anda mahir, anda akan nampak sangat ketara, gaya kerja dan sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa tersebut.

Satu ketika, tanpa segan silu beliu yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Keuwangan mengkeritik Tun Dr Mahathir Mohamad secara tidak sengaja atau beliu memang tidak sangka bahawa cakapnya didalam Parlimen bersidang itu, sedikit sebanyak telah dapat membayangkan siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, dan keritikan ini juga membawa kepada keruntuhan kepercayaan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap adik angkat kesayangan dan harapan beliu.

Bermulalah rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat strategi bagi kepentingan diri bagi mempercepatkan langkah untuk duduk dikerusi paling atas!

Akan tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad dapat juga menggagalkan atau membenteras konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, anda semua tahu akan hal ini dan sejak itu, Dato Seri Anwar Ibrahim terumbang ambing sampai sekarang.

Sekian untuk kali ini, saya bukan penulis politik tetap atau ada kemahiran dalam penulisan politik, saya cuma orang kampung biasa.

Jumpa lagi, dan saya akan menulis lagi tentang kenapa kita rakyat, mesti terus menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, dan memberi sokongan supaya beliu menjadi orang nombor satu semula.
Serkian. Terima kasih.


mylink





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!


November 16, 2020

Coronavirus: COVID-19. 15/11/2020

Tiga lagi kluster baharu. COVID-19 coronavirus. 15/11/2020.
Hari ini Kemeterian Kesihatan telah melaporkan bahawa tiga kluster baharu telah muncul, dalam pada itu, satu kluster sebelumnya telah diisytiharkan tamat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga kluster baharu itu dikesan di Sabah dan Johor.

Beliau berkata, Kluster Plaza dikesan di Kota Kinabalu dan kes indeks bagi kluster adalah kes ke-42,299, dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November lalu.

Katanya, kes indeks itu dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kota Kinabalu.

"Saringan hubungan rapat atau kontak rapat telah ditemukan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19 manakala sejumlah 19 individu sudah disaring.

"Kluster Jalan Kalabakan di Tawau membabitkan kes indeks iaitu kes ke-31,309 yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober lalu dan sudah dimasukkan ke Hospital Tawau.

"Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 21 lagi kes positif COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Jeri pula dikesan di Kota Tinggi, Mersing dan Muar di Johor.

Beliau berkata, kes indeks bagi kluster Jeri dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), Singapura pada 6 November lalu.

Katanya, hasil saringan hubungan rapat atau kontak rapat di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 26 kes positif COVID-19 dan kes itu ditempatkan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

"Sehingga jam 12 tengah hari tadi, sejumlah 1,170 individu sudah disaring dan 26 kes dikesan positif COVID-19 termasuk tiga kes baharu dan 535 individu dikesan negatif, manakala 609 individu masih menunggu keputusan," katanya.

Sementara itu, Kluster Bah Arnab diisytiharkan tamat hari ini.

Beliau berkata, kluster itu direkodkan di Kuching, Sarawak dan seramai 72 individu sudah disaring setakat hari ini.

Katanya, seramai 12 kes dikesan positif COVID-19, manakala 60 individu lagi adalah negatif.

"Tiada kematian dilaporkan bagi kluster Bah Arnab ini," katanya.

Kita mestilah tidak mengabaikan SOP, dengan cara kita mematuhi SOP kita bolih mengelak dari penularan virus covid ini.
Walau pun sering diingatkan.. namun masih ada segelintir rakyat tidak mengambil berat akan merbahaya jangkitan virus ini kerana mereka tidak mematuhi SOP yang di tetapkan olih Kerajaan.


mylink





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 15, 2020

Ceroboh Hutan Simpan Lesong.

Assalamualaikum...
Bab ceroboh tanah atau hutan simpan ini bukanlah satu pekara baru, pencerobohan ini sudah lama berlaku dan akan terus berlaku jika tindakan tegas tidak diambil.

gambar hiasan
Pejabat Tanah dan juga Pejabat Hutan Negeri mesti berkerja sama untuk membenteras penceroboh-penceroboh ini. Jangan dibiarkan walau siapa sahaja yang menceroboh Tanah Kerajaan.

Jangan hanya digempur dan ditangkap hanya kepada sesetengah kumpulan penceroboh sahaja, sedangkan ada penceroboh yang lain masih bebas meneroka tanah simpanan kerajaan.

Faham lah dunia ini hanya melihat kepada wang ringgit sahaja. Siapa ada wang ringgit banyak meraka bebas melakukan apa sahaja sesuka hati. Dan mereka yang miskin dan susah tidak punya banyak wang ringgit, terutamanya orang melayu! dengan cepat sangat diambil tindakan.

Orang miskin tanam durian dan padi huma dihalau konon Kerajaan hendak jadikan Ladang Felcra, bila penceroboh yang kaya raya wang ringgit, mereka bebas hingga berpuluh tahun memakan hasil dari Tanah Hutan Simpan yang mereka ceroboh.

Pehak Kerajaan, mana-mana yang berkenaan dengan Hutan Simpan atau Tanah Kerajaan sila update kembali batu-batu sempadan yang dimiliki olih Ladang-ladang swasta yang berhampiran Hutan Simpan, sebab ada banyak wang ada banyak kuasa, orang kampung bolih lihat sahaja, pekara yang menjenkelkan hati ini.

Jika lima kali nasihat diberikan, bermakna sudah berapa lama itu.? Ada yang sampai Hutan Simpan Kekal untuk Tadahan Air pun bolih diceroboh tu, heran aku lah... semua pasal sapa duit banyak.. kalau orang Asli memang kena ganyang la...

gambar hiasan
gambar hiasan
Ini Berita Terbaru.

Rompin: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin mengesan aktiviti penerokaan secara haram kawasan Hutan Simpan Lesong seluas 18 hektar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengusahakan tanaman durian Musang King, di sini.

Pegawainya, Shairani Mamat berkata, kegiatan berskala besar itu dilakukan di Kompartmen 74 dan 75 membabitkan penggunaan pelbagai jentera berat untuk membersih dan meratakan kawasan selain aktiviti menanam pokok.

Katanya, tindakan tegas diambil berikutan kedegilan pihak terbabit terutama selepas lima kali sesi nasihat dan amaran diberikan supaya mereka memberhentikan kerja penerokaan seterusnya meninggalkan Hutan Simpan Lesong.

Menurutnya, serbuan semalam diketuai Pegawai Pemelihara Hutan Daerah (PPDH) Rompin Yusof Othman bersama lebih 10 anggota penguat kuasa yang sebelum ini beberapa kali melakukan intipan.

"Bagaimanapun amaran yang diberikan tidak dipedulikan pihak terbabit, justeru kita terpaksa bertindak tegas melakukan serbuan bagi memastikan pihak berkenaan dikenakan tindakan undang-undang.

"Kita menahan empat lelaki berumur antara 29 hingga 63 tahun, turut disita sebuah jentolak, masing-masing dua traktor dan jengkaut serta tiga kenderaan empat roda," katanya dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka yang ditahan akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana kesalahan menceroboh dan berada dalam hutan simpan tanpa permit.

"Jentera yang disita ditempatkan di pusat simpanan barangan rampasan Pejabat Ladang Hutan Kemasul, Temerloh," katanya.

Shairani berkata, selain Musang King, pihak terbabit turut menanam pokok durian belanda, nangka dan kelapa, mereka juga turut membina stor simpanan barangan dan pejabat dalam kawasan berkenaan.

"Pihak terbabit dipercayai akan membuka lebih luas kawasan tanaman durian Musang King kerana terdapat jentolak sedang melakukan kerja membersihkan hutan selain benih durian yang belum ditanam juga masih lagi banyak disimpan di tapak semaian.

"Kita memandang serius kegiatan menceroboh hutan simpan untuk aktiviti pertanian dan kegiatan lain tanpa lesen atau kebenaran, tindakan tegas menanti pihak yang bersalah," katanya.

Jentera Berat Yang Dirampas


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!