July 21, 2010
Wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun.
serta salam sejahtera, untuk anda yang sudi kemari!
Hari ni kita terjah London geng dengan mat saleh pi buat kaji selidik sikit pasal wanita, kita nak pi pereksa tengok bila masa diaorang betul-betul masak dan jadi cantik..!
Kebanyakan orang lelaki selalu sebut anak dara baru cantik, maksud anak dara di sini dalam lingkungan umur 17 ke 20 tahun serta belum nikah, belum kahwin dan belum seangkatan dengan nya lah...
Walhal anggapan kita itu selama ini salah belaka.. nampak nya kita tidak sama pendapat dengan pakar penyelidik kat sana!
Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.
Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya.
Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.
Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.
70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya.
Pada saya bagus sekali jika wanita yang mempunyai tiga huruf c,
pakeg tiga c .. cerdik, cergas, cekal.
betul ke ni..?
July 20, 2010
Penantian 7 tahun berbaloi
Kalu kurang ceria tu.. buat-buat ceria lah, kerana ia akan melindungi
diri kita dari kelihatan masam.. saja! so.. orang lain akan mempamerkan keceriaan juga. begitulah tindak balas semula jadi manusia,.. dengan sendirinya kita akan ceria untuk seharian ini.
Penantian 7 tahun berbaloi!
JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan apabila dikurniakan bayi perempuan kembar empat di Hospital Pulau Pinang (HPP), Mei lalu.
Tuuu diaaa..! sekali keluaq empat tu..! mana nak pi cari..
Memang berbaloi pun hidup kalau dapat Anugrah yang Hebat macam ini..!
Ingat woo.. orang lain hendak dapat satu pun susah, terkial-kial pagi petang siang malam, cari bomoh burubat sana sini, sampai ada terjumpa dan terkena bomoh musang berjangut pun ada!
Khas Buat
Mohd Rizal dan Norhayu
Putri Nur Adlina, Putri Nur Adriana, Putri Nur Afina dan Putri Nur Aina.
“Kami bersyukur semua kembar sihat dan tidak menang tangan melayan kerenah mereka,” katanya.Mohd Rizal, juruteknik di sebuah kilang plastik di Pulau Pinang berkata, keempat-empat anak kembar seiras itu diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (1kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).
“Penantian kami selama tujuh tahun untuk mendapat zuriat berbaloi apabila dikurniakan empat anak kembar perempuan yang comel,” katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan.
Saya ni bukan apa.. cuma tumpang gembira la.. sebab diaorang ni pun tinggal tak jauh dari eria Kampung Nenek saya ni.. Jitra.. ramai sedare den kat sana tu... apa habaq orang kampung.?
Dengan ini saya dengan sukacitanya ingin mengucapkan Tahniah dan Berbahagia selalu. Semoga kebahagian kalian akan berkekalan selamanya 'amin'..
July 18, 2010
Kawan Sepermainan.
Hari ni saya bangun lewat sikit,..
Tak pe lah,.. lagi pun hujan,.. nak buat aktiviti ape kan..
ni.. baru balik dari bandar makan...! dah tu..terus.. dok tip..tap.. tip.. tap..
dengan bende ni laa.. dari tadi lagi.. hee..
Malam tadi tidur lewat.. bab melayan sepupu sebelah Mak datang ziarah kat umah.
Jadi saya bawak le jalan-jalan keliling sambil nyinggah kat kedai kopi.
Sudah agak lama juga kami tidak jumpa, masa kami kat kampung dulu.. dia lah kawan sepermainan saya. Selepas kami masing-masing dewasa dan mempunyai haluan hidup sendiri kami jarang berjumpa. Dia sekarang kerja kat Melaka. Kami hanya bertemu atau berjumpa hanya jika ada kenduri-kendara dirumah yang sama kami hadiri.
Kali terahkir tak salah saya, tiga tahun yang lepas iaitu masa Pak Ngah sebelah Bapak saya buat kerja kawin anaknya.. kat Seremban.. belakang Pasar Raya..
Tapi saya bukan berasal dari situ, itu tempat Pak Ngah saya dapat jodoh orang situ, asal saya nun... kat utara sana.. sapa orang Baling sini? dan sekarang ni dah menetap kat selatan ujung benua Asia sini. siape orang Kukup sini?
Seperti keluarga lain, kami juga berselerak satu Semenanjung. Ah... sungguh cepat masa berlalu..! rasanya tak puas jadi budak kecik.. uwaaaaa...
Kenagan masa kecil dulu macam baru saja berlalu.. macam mana kami berkongsi menjual air batu bulan Ramaddan! perhh.. best gila kira untung.. idea jual air tu Mak yang bagi, siap modal lagi.. untung Mak tak nak, ko simpang saja bang, buat tambah besok lagi..
Emak memang hebat! walau pun Mak orang kampung. dah tu dah tak ingat dah bagi balik ke belum duit modal tu.. keh. keh..
Pas tu saya terpikir, bagaimana kah agak nya keturunan aku besok? boleh kah mereka mengenali sesama mereka bila aku tak ada nanti... sebab terlalu ramai sangat adik beradik..! macam mana cara supaya mereka mengenali bahawa mereka asal nya dari satu Datuk dan Nenek? ermm.. apa la saya boleh pi pikir semua ni ha.. buat pening kepala saja oi..
Tak apa lah, pening sikit.. saya nak bagi kekawan pun pikir juga, macam mana dengan keturunan kekawan tu.. ada kah mereka akan tahu dari mana asal mereka? tah macam mana boleh datang persoalan macam ni? aduii.!
Saya cadangkan kita tambah nama keturunan sebelum nama kita, sekurang-kurangnya dapat juga anak cucu kita kesan darimana asal usul mereka! Ini sesuai bagi mereka yang belum, baru nak kawin dan baru nak dapat anak.... macam Osama Bin Laden... Osama tu le nama keturunan kan.. so.. itu pendapat saya je.. ermm... cam mana ey..
Baca Lagi Kesah Fidah!
July 17, 2010
Tidak puas seks punca keretakan rumah tangga!
Saya harapkan hari sabtu ini lebih lebih ceria bagi anda semua,
Bagi yang berkerja berasa lapang sikit sebab kebanyakan nya kerja setengah hari saja hari ni kan..?
boleh balik umah cepat, sebab kat umah nanti boleh le lepak-lepak sikit sambil berbaring kat sofa yang soft tu ye tak? bab kalu kat tempat keje man leh wat cam tu ey..
dan bagi yang belajar.. tentunya berehat seketika,.. petang ni buleh le g riadah ke shopping ke.. paling tidak pun jalan-jalan kat Pasar Malam sana...
saya tak dapek le semua itu.. ni orang ni kena keje jugak sampai kul lima tegak! ape nak buat.. ni bukan salah Ibu mengandung.. tapi salah pilih subject ooo.. lain minat, lain target... len pulak keje nya... ermm...
aaaha,.. kalu pandang pada title kat atas tu you'll ada rasa len macam tak tulisan saya ni..! Itu sebenarnya petikan dari surat khabar tu.. bukan nya saya reka sendiri... dan ini juga bukan bermakna saya nak buat buat cerita merapu tu atau agak nakal kan..
Ni.. saya iklas nak bagi tau kat you'll.. samada yang dah kawin pun.. yang masih belajar tu belajar lah dulu, nanti dah pegang ijazah ke.. dah berkerja ke boleh le cari jodoh kawin ey.. saya nak bagi tahu tip sikit ni..
andai.. andai lah pasangan anda sama masaalah macam ini... jangan lah sampai bercerai berai.. saya ni sangat bersimpati dan sedih lihat anak-anak yang jadi mangsa.. terabai, sebab Ayah Ibu bepecah...
letakkan buku-buku tersebut didalam bilik supaya dapat dibaca oleh pasangan kita! mungkin bagi kebanyakan orang agak kelu lidah untuk membincangkan pekara ini suami isteri! jadi masing-masing belilah buku-buku untuk pasangan sendiri.. Suami belikan buku untuk isteri, Isteri belikan tajuk buku yang sesuai untuk suami, dengan usaha dan keiklasan yang kita lakukan, hanya perlu bulatkan hati yang kita tiada yang lain selain dia lah sahaja suami atau isteri kita! mohon perkenan Allah, semoga Allah jualah yang turut membantu.
- - -
KOTA BHARU 16 Julai
Kegagalan mencapai kepuasan seks menjadi antara punca utama keretakan rumahtangga di negara ini bagaimanapun kebanyakan pasangan yang sudah berkahwin memilih untuk tidak mendedahkan perkara tersebut.
Ketua Klinik Kesihatan Lelaki, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Profesor Madya Saiful Bahari berkata, masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi kebanyakan lelaki merupakan masalah utama namun kaum itu lebih suka berdiam diri daripada mencari jalan penyelesaian.
Katanya, hasil kaji selidik yang dijalankan mendapati kaum lelaki menganggap perkara tersebut adalah sesuatu yang bersifat taboo dan perlu dipendam.
Jelasnya, kaum wanita pula lebih rela menderita daripada membincangkannya secara terbuka untuk menjaga perasaan pasangan masing-masing.
July 16, 2010
mengawal penyakit lebih baik dari mengubati!
Sihat semua ye..? memang saya mengharapkan kesejahteraan sahabat semua.!
Nanti kalu tak berapa sihat,.. cepat-cepat g ambik ubat tau.. kut nanti tak de siape nak datang jengok sini lak.!
aaa.... lagi satu, sentiasa ingat, mengawal penyakit lebih baik dari mengubati!
Kawal makan dan minum, supaya kita sentiasa sihat waiafiat sentiasa! Bab ape, sekarang ni banyak sangat makanan dan minuman yang tidak berape baik untuk badan kita ni...
Kalau nak di ikutkan selera, memang sesetengah orang boleh makan apa saja makanan. Makan tu boleh la makan, tapi perhatikan juga sama ada benda tu sesuai untuk badan atau tidak! jika sekali sekala makan atau minum macam itu tidak mengapa lah... jangan diamalkan buat menu tetap setiap hari... nanti badan pulak yang merasai nya kan..?
Contoh makanan dan minuman yang kureng dia puya kebaikan, sebenar banyak! endak-endak zaman sekarang ni kan? saya rasa you'll semua pun tahu gak bende ni..
kalau tak salah saya... makanan yang kita rasa enak atau sedap tu lah yang banyak dia punya tak baik, seperti air minuman bergas, juga air minuman bercampur ais batu, peghh.... kalu kena segelas.. wahh.. rasa nak lagi.. tapi itu le.. minuman cam tu perlu di-control sikit..
Kalau boleh la cuba sedaya upaya untuk elak dari minun minuman dalam tin yang melambak-lambak dipasaran tu... samada you'll tahu ke, buat-buat tak tahu, yang sebenar-benar nya minuman begitu.. tersangat very very bad for your health, tapi kalu tengok dia punya iklan... ermm... nyaman, segar berseri.....
Dah memang dia orang nak jual, nak duit,.. memang le dia kata baguih..! nanti tak laku pulak kalu dia kata tak bagus kan... so.. dia orang jual.. kita yang pandai ni... pandai-pandai lah pulak menhadapi dugaan itu!
elak... elak... kan dari terpengaruh dengan iklan air minuman bergas..
dan air bercampur air batu... ookey..
Bab makanan pulak, banyak juge nakanan yang tidak berape sesuai untuk kesihatan jika diamalkan selalu... kalu sesekali nak lepas giat tu is okey le.... lagi-lagi makanan yang kat luar... semua ada dicampurkan dengan berbagai perasa makanan supaya sedap! serbuk perasa tu la yang cukup tak elok untuk kesihatan, kalau dia orang masak, dia orang campak bebanyak biar sedap!
ermm.... dah banyak lak saya dok pi bagitau ni... karang ada orang perli pulak! eee sudah le xaturen.. nak buat ceramah ke? edak le cam tu.... cuma nak ingatkan diri saya dan juga sahabat semua, agar berhati-hati bila makan kat luar sana....
wassalam.