April 04, 2025

Aidilfitri Kampung Air Kepar 2025

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Sambutan Sederhana Aidilfitri di Kampung Air Kepar. 2025

Kampung Air Kepar, sebuah perkampungan sederhana kecil yang terletak di kawasan pendalaman daerah Baling, terkenal dengan keindahan alamnya dan kehidupan masyarakatnya yang erat. Dan dikelilingi kebun kelapa sawit dan sedikit kebun getah.

Setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, penduduk kampung ini menyambut dengan penuh kesederhanaan, namun tidak kurang meriahnya. Bagi mereka, Aidilfitri bukanlah tentang kemewahan atau persaingan, melainkan tentang keikhlasan, rasa syukur, dan memperkukuh silaturahim.


Pada pagi Syawal, penduduk Kampung Air Kepar bangun awal untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Mereka mengenakan pakaian tradisional seperti baju Melayu dan baju kurung yang sederhana, namun tetap kemas.

Takbir Raya berkumandang sayup-sayup menusuk hati, begitu shahdu takbir memuji allah yang maha kuasa. Takbir ini dipimpin olih Imam Haji Din, Imam Masjid juga imam Surau Kampung.

Takbir Raya yang syahdu begitu sayu mengalun perlahan, mengusik kenangan manis bersama tersayang yang telah pergi... Di balik senyum salam, tetesan air mata menyatu dengan doa tulus.

Selepas solat, semua berkumpul di surau untuk mendengar khutbah yang menekankan pentingnya memaafkan dan bersyukur. Ucapan "Maaf Zahir dan Batin" bergema di antara jemaah, diikuti pelukan erat yang menghangatkan hati.



Aidilfitri di Kampung Air Kepar tidak lengkap tanpa kunjungan ke rumah sanak saudara. Anak-anak kecil riang mengikut orang tua mereka, mengutip duit raya dalam sampul warna-warni sambil tersenyum malu-malu. Yang lebih istimewa, penduduk kampung turut mengunjungi rumah warga emas dan keluarga kurang mampu untuk memastikan tiada yang terasa terpinggir. Walaupun ketika ini warga emas yang lebih lama meneroka kampung sudah tidak ramai lagi.


Selepas selesai solat sunat Aidilfitri dan sesi bermaaf-maafan, satu lagi tradisi yang dinanti-nantikan oleh kanak-kanak di Kampung Air Kepar ialah pemberian duit Raya. Dengan wajah ceria dan hati berdebar-debar, anak-anak kecil berbaris rapi di hadapan orang tua dan saudara mara untuk menerima sampul duit berwarna-warni yang diselitkan penuh makna. Bagi masyarakat kampung, pemberian ini bukan sekadar pemberian material, tetapi simbol kasih sayang, doa, dan harapan agar anak-anak membesar dalam keberkatan.


Memang pada setiap tahun acara agihan duit raya dilakukan. Melalui tradisi ini, Kampung Air Kepar mengajarkan generasi muda tentang erti berkongsi rezeki, menghormati yang lebih tua, dan mensyukuri setiap pemberian Tuhan. Duit Raya yang sederhana itu akhirnya menjadi kenangan manis yang terus melekat dihati anak-anak, jauh lebih berharga daripada nilai materialnya.



Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin

kepada seluruh warga Kampung Air Kepar yang dikasihi.

Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menyambut kemenangan dengan hati yang tulus dan jiwa yang bersih.

Semoga silaturahim kita yang erat, bak aliran sungai yang mengalir tanpa henti di kampung kita, terus mengalir membasuh segala salah dan khilaf.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

hendak karam ditimba jua
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


1 ulasan:

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~