جزاكم الله خيراالجزاء
Beberapa hari yang lalu tepatnya pada hari Jumaat 12hb 1 2024 telah terjadi peristiwa yang sangat sedih dan mengerikan telah berlaku di Madura, satu wilayah di Indonesia. Kejadian sedih tersebut adalah kesah perkelahian yang telah menyebabkan terbunuhnya empat orang dari mereka.
Kematian keempat mereka ini pun tetunya dalam keadaan yang sangat megerikan ini kerana dalam perkelahian mereka, mereka menggunakan sejenis alat senjata berupa sabit yang melengkung dan sangat tajam. Sudah tentu mereka yang terbunuh telah terburai isi perut mereka, kerana bentuk bilah Sabit itu mensasarkan bahagian perut musuh apabila berlaku pertarongan.
Kematian empat orang ini sangat merugikan kepada keluarga masing-masing kerana dalam keadaan era kehidupan yang sulit ini akan menambah lagi kesulitan terhadap keluarga berkenaan. Apa yang lebih sedih lagi adalah yang membunuh dan terbunuh adalah sesama Islam. Dan bukan pula terjadi kerana sesuatu kemalangan.
Jika kita tidak sentiasa banyak bersabar dalam hidup ini kita sentiasa didalam kerugian, Andai kedua dua belah pehak yang bersengketa dapat bersabar, tentu kejadian biruk ini tidak akan terjadi. Apabila sudah terjadi kejadian seperti ini masing masing terpaksa menghadapi kerugian terhadap diri sendiri mahupun keluarga.
Kejadian Carok ini terjadi hanya disebabkan kesemua mereka yang terlibat hagal mengawal emosi masing masing, kejadian ini bukan teradisi Carok yang sebenar, ini adalah satu perkelahian yang menggunakan senjata Sabit melengkong yang tajam. Kriteria untuk digelar tradisi Carok tidak terdapat didalam perkelahian mereka ini.
Perkelahian mereka melibatkan dua orang melawan lima orang dan ada yang mengatakan dua melawan sepuluh orang dan ini bukan tradisi Carok, tradisi Carok Madura adalah satu lawan satu dan diikuti tiga kriteria tertentu. Hanya saja senjata yang digunakan adalah sama dalam tradisi Carok iaitu sejenis Sabit yang tajam.
Perkelahian maut ini terjadi diantara dua bersaudara HASAN BUSRI dan adiknya WARDI melawan MATTERDAM, MATTANJAR, NAJEHRI dan HAFID dan dikatakan juga ada lima ke enam orang lagi tetapi tidak masuk bertarung dan akhirnya HASAN BUSRI dan WARDI bertarung melawan MATTERDAM, MATTANJAR, NAJEHRI dan HAFID mengakibatkan terbunuhnya MATTERDAM, MATTANJAR, NAJEHRI, HAFID seorang lagi disuruh lari saja kalau tidak mahu ikut terbunuh bermakna HASAN BUSRI serta adiknya WARDI berlawan dengan lima orang.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic
Fakhirah Khairuddin
Takdir Tragedi Elmina
Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.
Keras Tangan Orang Kampung
Bercuti Di Royal Belum Gerik
Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram
Kembara Mencari Janda
Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu
YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever
Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir
Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang
Bercinta Dengan Awang Hitam
RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS
Janda Janda GRO
McLaren Artura
Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas
Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023
Pantau Keadaan Ternakan Kerang
Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit
Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar
No comments:
Post a Comment
errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~