جزاكم الله خيراالجزاء
Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan.
Ya Allah.. Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
Malam pertama bulan Rejab jangan biar terlepas. Malam ini. Jumaat malam Sabtu.
Baginda ingatkan kita ada 5 malam doa kita tidak ditolak oleh Allah.
Malam pertama bulan Rejab. Usah terlalu meminta dunia, tapi minta yang nilainya mahal disisi Allah, minta yang kekal selamanya, yang abadi.
Bukan yang sementara.
Bismillah,
📝. Minta mudahkan sakaratul maut.
📝. Minta dijemput Allah dalam keadaan Iman.
📝. Minta peluang pulang dalam keadaan Husnol Khotimah.
📝. Minta ketika dimandikan, kita dimandikan dengan kasih sayang Allah.
📝. Minta Ketika di alam kubur kita mendapat Rahmat.
📝. Minta dimudahkan untuk menjawab pertanyaan malaikat Munkar & Nakir.
📝. Minta kita terhindar dari siksa kubur.
📝. Minta dikurniakan kubur kita menjadi kebun daripada kebun Syurga Allah.
📝. Minta Allah perkenankan kita menerima buku amal catatan dengan tangan kanan
📝. Minta kepada Allah s.w.t Ketika melintasi sirat kita mendapat kemuliaan tidak terjatuh ke dalam Neraka.
📝. Minta kita dikurniakan peluang nanti berdampingan dengan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
📝. Minta supaya kita tidak dipisahkan dengan keluarga kita sebagaimana kita dikumpulkan di dunia, sebumbung dengan keluarga kita di dalam syurga.
Untuk dunia, minta yang terbaik dari Allah dan selamatkan kita dunia akhirat. Doa Saidina Ali pun boleh, tadah tangan dan minta.
Hidupkan malam pertama bulan Rejab sebagaimana Saidina Ali, sekurang-kurangnya paling minima Maghrib, Isyak dan Subuh bersama sama dengan jemaah lain.
Insyaa Allah, nahh.
اَللَّهُمَّ إِنْ كَانَ أَجَلِيْ قَدْ حَضَرَ فَأَرِحْنِيْ، وَإِنْ كَانَ مُتَأَخِّرًا فَارْفَعْهُ عَنِّيْ، وَإِنْ كَانَ بَلَاءً فَصَبِّرْنِيْ
Allohumma in kaana ajalii qod hadhoro fa-arikh nii, wa in kaana mutaakhkhiron farfa’hu ‘annii, wa in kaana balaa-an fa shobbirnii.
Ya Allah, jika ajalku telah dekat maka istirahatkanlah aku. Jika ajalku masih jauh, sembuhkanlah sakit ini dariku. Dan jika ini musibah, berikanlah aku kesabaran.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic
Fakhirah Khairuddin
Takdir Tragedi Elmina
Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.
Keras Tangan Orang Kampung
Bercuti Di Royal Belum Gerik
Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram
Kembara Mencari Janda
Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu
YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever
Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir
Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang
Bercinta Dengan Awang Hitam
RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS
Janda Janda GRO
McLaren Artura
Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas
Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023
Pantau Keadaan Ternakan Kerang
Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit
Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar
No comments:
Post a Comment
errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~