December 02, 2023

Beras Murah Beras Subsidi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Petang semalam saya dengan saorang sahabat telah pergi keliling tempat untuk mencari beras murah, setelah lama berkeliling bertanyakan dikedai kedai runcit kampung, tetapi nasib kami agak malang kerana satu kedai pun tiada beras murah, iaitu beras yang berharga rm26 untuk sepuluh kilo.


Ada juga dua tiga kedai runcit kampung yang menjual beras rm26 dengan harga rm27 dan ada juga yang menjual dengan harga rm28. Wah.. payah lah sekarang ini.. sudahlah gula murah tidak ada yang ada hanya gula mahal, apa sudah jadi sekarang, beras kalau nak makan nasi kena beli beras mahal rm38 keatas harganya, gula , kalau nak beli gula kena beli yang mahal rm4 ringgit lebih untuk satu kilo, bagi yang punya duit banyak tidak ada apa masaalah pun, tetapi bagi nenek nenek orang tua dikampung memang lah terasa berat beban kebaikan harga barang!


Bukan barang tidak ada, tapi harganya yang mahal, kalau warga tua yang atau ibu-ibu tunggal yang masih menyara empat atau lima orang anak memang sangat berat tanggunganya. Duit sekolah pun terpaksa berjimat cermat, lagi jika ada anak yang bersekolah asrama, banyak duit nak kena sediakan setiap bulan.
Memang sedih lah dengan harga barang yang semakin naik, hidup dikampung dengan usia paruh baya, peluang untuk pekerjaan pun sudah semakin sempit, ada yang hanya bekerja sebagai pebantu gerai makan, berapalah sangat pendapatanya.!


Puas kami cari kedai runcit dibeberapa Pekan berhampiran masih belum berjumpa beras murah sepuluh kilo yang berharga rm26, Ada satu kedai menjual beras murah rm26 pada harga RM27 dengan syarat perlu membeli sebarang jenama beras mahal yang berharga rm38 keatas, mesti beli dua jenis beras jadi 20 kilo, 10 kilo murah rm27 campur dengan 10 kilo beras mahal rm38++ jadi jumlah semua rm62++ , kalau tak mahu beli dua jenis, Beli saja satu jenis beras Mahal dengan harga rm38++ seberapa banyak pun bolih.!


Macam itu pun ada syarat , tak tahu lah nak kata apa lagi..!!










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~