November 18, 2023

TANAH AIR KITA YANG TERCINTA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

l TANAH AIR KITA YANG TELAH TERGADAI ATAU TERJUAL:

Perjanjian Bangkok 1909.

108 tahun dulu, banyak Tanah Melayu terlepas kepada Siam.


Kelantan - hilang Tak Bai.

Kedah - hilang Satun, Pulau Tarutao dan Wilayah Sadao,

Perlis - hilang Wilayah Pujo.

1965 - kita kehilangan Singapura ;

1984 - Kita serah Berek TLDM, Woodlands dan TLDM pindah ke Lumut, Perak.

2008 - kita kehilangan Pulau Batu Puteh.

2011 - kita kehilangan Stesen KTM, Tanjong Pagar.

Dan sekarang kita tidak hilang tanah, kerana politik ataupun kerana perang.

Tapi kita jual tanah...

... sendiri ibaratkan kita menjual maruah bangsa kita.

... TUDM Sg.Besi.

... atas alasan pembangunan di Forest City - hak kekal.

Kita jual syarikat dan aset strategik negara kepada negara asing.

Kali ini kita dipaksa, untuk menjual syarikat automotif nasional...

...yang kita bangunkan daripada keringat dan darah anak bangsa kita...

... jual kepada bangsa asing - mungkin China.

Katanya kepentingan Proton di Tanjung Malim.

Dan untuk makluman, Proton Tanjung Malim ada 1,500 ekar tanah di Proton City milik Proton.


Betullah kata orang...

... kita menumpang di tanah sendiri.

Teringat kisah saudara Palestin 🇵🇸

Walaupun ditawarkan cek kosong, untuk diisikan sendiri jumlah yang mereka mahu...

...tidak sesekali tanah sekangkang kera, mereka lepaskan kepada Israel.

Tapi kita...


Tahukah..?

Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol)

King Abdillah Muhammad Al-Ahmar, keluar dari istana kerajaan dengan hina.

Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Kristian Katolik...

...setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun.

Baginda lari tinggalkan istana untuk menyelamatkan diri dengan hati yang pilu.

Dadanya sesak.

Sebaik sampai di sebuah bukit yang cukup tinggi,

dari sana baginda memandang Istana Al-Hambra.

Dia menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dengan air mata.

Melihat perkara itu, ibunya berkata :

Menangislah! Menangislah seperti perempuan!

Kerana anakanda tidak mampu menjaga kerajaanmu...

seperti lelaki perkasa!


Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia (Sepanyol).

Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu.


Umat Islam di sana diberi pilihan :


- Masuk Kristian,
- dibunuh, atau
- diusir.



Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?


1. Cinta dunia.
2. Meninggalkan dakwah dan jihad.
3. Bergelumang dengan dosa.
4. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya.
5. Jahil agama.

Bayangkanlah, jika negara kita nanti telah jatuh secara total, ke tangan orang kafir yg kita lihat cuba nak memerentah negara.

ketika itu barulah pemuda² Islam akan menangis...

... dan ibunya akan berkata ;

Menangislah seperti perempuan!
kaliam tidak menjaga negara ini, sebagaimana seorang laki² perkasa!
Maka, bersiaplah wahai pemuda Islam.
Pelajari baik² 5 faktor di atas.


Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dan seronok :
- dunia;
- game,
- lepak,
- FB yang sia²,
- suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna,
- selesa dengan bantuan kerajaan dan orang lain dan sebagainya.

Faktor kejatuhan itu akan berulang & selalunya sama.

Wahai ibu & ayah,

bendunglah anak² muda kalian, bentuklah mereka, bantulah mereka...

... menjadi muslim mukmin yang berguna.

Wahai ibu, wahai ayah, wahai anak² muda.

Jika anda tidak dapat menjadi garam, yang dapat menjaga daging...

... jangan pula jadi ulat, yg merosakkannya.

Kalau kalian tidak dapat menjadi pejuang...

... jangan pula menjadi pengkhianat bangsa :


1. Penipu.
2. Pencuri.
3. Peragut.
4. Perasuah.
5. Pemecah amanah.
6. Pembuli.
7. Penagih dan sebagainya)

kongsi laa ya, saham akhirat...

walaupun kita dah meninggal tapi orang² lain share @ ambil pengajaran dari kisah ini...

... kita tetap mendapat pahala...

Wallahul musta'an...










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~