November 08, 2023

Kenapa Negara Arab Tidak Ikut Berperang Membantu Palestin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Ramai orang kebanyakan diseluruh dunia merasa heran kenapa Negara negara Arab tidak terang terangan ikut berperang melawan Israel?

Kenapa negara Arab islam berdiam diri ketika orang islam Palestin berlawan mati matian menentang israel? Kenapa?



Jawapanya..,
Negara Arab takut dengan Israel!
Ya.. mereka memang takut dengan Israel, Sebab apa takut, sebab masing-masing mahu menjaga kepentingan Negara mereka sendiri! kerana kalau mereka berani berperang dengan israel bermakna mereka turut berperang dengan negara-negara barat yang berada dibelakang israel.

Mereka tahu setakat mana kemampuan ketenteraan mereka sendiri, berbanding dengan negara Israel juga negara barat. Kalau setakat berperang dengan kereta kebal dan tentera semuanya tidak masaalah. Semua negara arab ada kereta kebal ada kapal terbang ada peluru berpandu.

Walaupun peralatan tentera itu pun hanya dibeli dari negara barat. Bolihlah berperang tidak masaalah, sebab tentera mereka pun memang berkobar-kobar mahu melawan israel.

Sakit hati tentera mereka melihat kekejaman rejim yahudi israel membantai Gaza dan rakyat Palestin selama ini. Tentera mereka sanggup berjuang bagi membebaskan seluruh Palestin dan mati syahid.

Tetapi pimpinan negara Arab ada perkiraan lain yang tidak dapat difikirkan olih rakyat biasa! para pemimpin Arab tidak bolih lari dari memikirkan hal ini! Mereka tahu berperang habis-habisan macam mana sekalipun ujung-ujung mereka sendiri yang akan hancur lebur! dan akan gagal dan mungkin negara mereka turut tergadai.

Jangan fikir pimpinan negara Arab takut satu lawan satu, tapi fikirkan sejarah Hiroshima dan Nagasaki, itu dahulu berpuluh tahun dahulu, sekarang satu kepala bom atom, kita selalu sebut bom atom, sekarang satu kepala bom itu sudah berkali-kali ganda lebih kuat dari yang dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki, itu baru sebiji kepala peluru.

Israel sendiri ada sembilan puluh peluru berpandu nuclear, jumlah sebenar mungkin beberapa ratus peluru nuclear yang mereka rahsiakan, Sedang Amarika ada dua ribu lebih peluru nuclear.
Bagaimana dengan negara Arab, Negara Arab ada peluru nuclear? kalau kira biji pun cukup, campur semua negara Arab ada berapa biji bom nuclear? tidak ada pun! Turkey dan Pakistan kalau adapun tidak setanding dengan Negara Barat.

Negara Arab semuanya tahu sangat, jangan kata kena peluru bom nuclear moden, kalau kena dua tiga biji yang sama seperti bom atom yang meletup di Hiroshima dan Nagasaki pun, semua akan hancur lebur, mereka hendak membalas dengan tembakan apa?

Jadinya masih perlukan puluhan tahun lagi bagi Negara Arab mempunyai ratusan bom nuclear baru mereka berani melawan Israel tapi nampaknya berpeluang kah negara arab berbuat begitu?








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~