October 12, 2023

Pekebun Kecil Sawit Kampung Air Kepar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Petang tadi semasa dalam perjalanan hendak kekedai pomen motosikal untuk menukar baru brek hadapan yang sudah habis, kebetulan hari lepas hujan jadi saya bawak moto perlahan sahaja disebabkan jalan basah.
Olih kerana bawak moto perlahan jadi ada masalah saya melihat-kiri kanan jalan yang saya lalui.

Tiba-tiba saya terlihat kelibat ayam hutan lima ekor, jantan sekor ibu ayam serta tiga ekor anak ayam huta.

Saya pun berhentikan moto melihat kumpulan ayam tadi bergerak meninggalkan kawasan berhampiran. Konon ingin mengammbil gambar ayam-ayam itu untuk dikongsikan diruagan ini, tapi ayam-ayamnya cepat menyelinap dan lari entah kemana, yang dapat dirakam hanya pokok sawit yang sedang dipetik buahnya.

Dan saorang pekebun kecil sawit yang dikenali berada disitu tetapi kebunya berada bersebelahan dengan kebun yang sudah dipetik buahnya.

Jadi, ini sahaja untuk hari ini, semoga anda bahagia selalu.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~