October 04, 2023

Hanya Yang Ada ID Khas Dibenar Beli Minyak Masak Peket

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Tahun depan siapa yang tidak ada ID khas, tidak dibenarkan beli minyak subsidi, sekali dengar, ermm.. nampak macam betul saja cadangan ini, tapi kalau fikir balik macam tidak betul pulak.

Kenapa nak kena tunggu tahun depan baru bolih beli minyak masak? habis sekarang tak payah guna minyak masak? atau kena beli minyak mahal dalam botol?

Peniaga kecil tu macam mana.. keluarga miskin macam mana? kena beli minyak mahal dulu lah ye..? tiga bulan lagi kena beli minyak mahal..? lepas tiga bulan baru bolih beli minyak subsidi.. gitu ye? nasib makcik lah ye... tiga bulan macam-macam bolih berlaku! sempat ke tidak nak merasa minyak murah ye..!

Ini berita yang dinyatakan olih menteri sendiri, macam saja cakap saja.. nanti tiga bulan dah basi...timbul lain kes pulak..!

Lapuran berita;
Hanya mereka yang ada pengenalan diri khas sahaja ID dan disahkan layak boleh mendapatkan minyak masak peket melalui subsidi bersasar yang dijangka diperkenalkan tahun depan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh bagi memastikan ia disasarkan kepada yang memerlukan dan tidak berlaku penjualan kepada yang tidak layak.

~~~~~~~~~

Semalam pusing juga lima enam kedai nak beli minyak masak peket, semua kedai mengeluh cakap minyak tidak ada stok datang. Apa cerita ini..? mahu urus soal minyak masak pun susah .. tak pandai..?

Kalau macam ni.. menteri-menteri pun sama macam pakcik makcik politik kat kampung! sama lah tu... yang tak sama gaji saja, pakcik makcik tak ada gaji, harap duit anak-anak kerja kilang, tapi menteri-menteri gaji ribu-ribu..

Tengok pada cara cakap, macam sama saja nada atau temponya...!!

Yang heran tu nak kena tunggu tiga bulan lagi itu.. itu yang tak bolih pikir... macam saje saje nak cakap.. asal bunyi..!!

Apa pendapat tuan-tuan..?








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~