May 21, 2013

Pelabuhan Tanjung Pelepas [PTP] Kerja Lancar.

Assalamualaikum...

Salam berbahagia semua, hari ini kerja-kerja berjalan lancar seperti biasa.

Cuaca disini sangat panas, sesiapa yang tidak tahan panas jangan datang berkerja disini.. jadi belajar rajin-rajin sampai pandai, buat kerja kat opis..

Kebanyakan pekerja kasar atau tenaga buruh adalah diimpot dari dari luar Negara! macam-macam orang pun ada...

Kami sedang melakukan kerja-kerja pembesaran dan pelebaran kawasan pelabuhan. Senang cerita membuat lagi dua fasa iaitu fasa 9 , 10 , 11
Atau lebih dikenali sebagai sepertinya kami sedang membangun menambah walf 10, 11, 12. untuk pelabuhan PTP, hihi...

Jawatan saya disini, sebagai orang kuat tokey, kerja yang berat-berat tu saya lah yang buat, kalau setakat mesin komperossor yang beasar tu pun saya bolih angkat selembe je...

Korek lobang, angkat batu besar itu pekara biasa bagi saya.. haha.. saya kerja sebagai operator excavator disini. Mahunya tak kuat... tapi lebih dikenali sebagai dereber kobe, ye... kobe, sebab ada excavator jenama KOBE .. jadi semua dipanggil mesin kobe

Sama dengan toyota HILUX, asal lori kecik je... semua hilux.. tak kira apa jenis keluaran... semua hilux...

erm... itu saja kali ini, jari sudah lenguh.. ha. ha. ha..


kerja-kerja menanam besi keping panjang


besi keping ini untuk penahan ombak dan pasir


ini batang pailing kongkerit,
ini besar ini dua pemeluk lebih kurang,
besi ini dipacak dan diketuk dengan mesin
hingga tidak bolih masuk lagi kedalam tanah.


yang ini import Bangala mari


tapak-tapak untuk meletak
kontena sedang dalam pembinaan.










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


May 19, 2013

Pelabuhan Tanjung Pelepas [PTP] Kerja Malam.

Assalamualaikum...

Alahai... penat le hari ni..

Kerja terus dari lapan pagi sehingga kepukul sepuluh malam.

Sampai dirumah sudah tidak tahu hendak buat apa lagi.. tidur saja, esok nak kerja lagi.. besok hari Ahad pun kena kerja jugak, apa nak buat...


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



May 14, 2013

Pelabuhan Tanjung Pelepas. [PTP]

Assalamualaikum...

Bab politik sudah habis, siapa yang dipilih untuk lima tahun akan datang, silalah buat terbaik untuk pengundi-pengundi yang telah memilih mereka!

Kepada yang tidak mendapat undi kemenangan, bolihlah melihat kebelakang dan meneliti dimana letaknya kekurangan yang selama ini dilakukan.

Bagi saya orang biasa ini, macam biasa juga kena teruskan kehidupan walau siapa pun yang menang atau kalah..

Ok kali ini saya telah bertukar tempat kerja, saya berkerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas, pada 2010 dahulu saya sudah berkerja disini juga iaitu semasa mula-mula saya berjinak dengan blog xaturen ini.

Sesiapa yang tidak pernah datang kesini bolihlah memantau selalu disini.. kerana saya akan memuat naik gambar-gambar terbaru Pelabuhan Tanjung Pelepas atau PTP.

ermmm.. sekian, jumpa lagi.
wassalam.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!