December 16, 2011

Kota Budaya.

Assalamualaikum...
Salam penuh kemesraan! harap sesiapa yang kurang mesra tu, mulai hari ini.. mesra-mesralah dengan orang yang kat kiri kanan anda tu..

Jangan diikutkan sangat perasaan yang cemburu sesama sendiri ke.. atau apa apa sikap yang kurang sesuai tu.. erm... kita ni hidup dikelilingi olih berbagai jenis manusia,
jadi tak mustahil ada diantara mereka sangat-sangat tidak menyenangkan kita.. masa terlalu pantas berlalu, jangan buang masa dengan membebankan diri dengan pekara seumpama itu.
okey... saya baik jangan membebel lebih nanti hujan makin lebat..! ha.ha..

Sudah lama juga saya singgah kat Kota Bahru ini..
Kota Budaya, legenda Puteri Saadong. Kepada sesiapa yang belum pernah datang kemari, silalah bercuti ke Negeri Kelantan ini..

Banyak tempat-tempat yang menarik jika anda bercuti kesini Kota Bahru. Anda bolih jale-jale kat Pasar Besar.. ada macam-macam barang yang menarik minat anda. Hati terpikat dengan Cik Siti Wan Kembang sini.

Datang le jengah kat Bank Pitis, Istana Balai Besar, Bank Kerapu lepas tu sudah lapar cuba test Nasi Kerabu yang popular tu.. Nak berehat kat pantai.? erm.. datang le ke Pantai Cahaya Bulan disebut PCB olih orang sini.

Harap Cik Siti Wan Kembang disini tetap menjaga diri jangan buat seperti suasana berada di Bandar KL.. okey..? faham apa yang saya cakap? nak tahu datang lihat sendiri le.. Kat mana? kat Menara Jam Besar yang baru siap tu..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




December 10, 2011

Nak Dapat Duit RM500 ?

Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua... ermm.. maaf lah sebab dah lama tak kemari... bukan apa.. cuma masa tak mengizinkan saya merayau-rayau waktu kebelakangan ini..,

Walau bagaimanapun saya harap anda semua sihat sejahtera setiap hari ye... harap bersabarlah jika ada berlaku apa-apa kesulitan dalam hidup kita, sebenarnya semua itu akan membuat lebih berhati-hati lagi dilain hari.

Saya semenjak ini agak pening sikit.. hal-hal orang bujang..! ermm..!??

Banyak yang saya hendak fikirkan he.. he.. he..

okeh... jumpa lagi. terimakasih yang sudi datang kesini.
wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




September 25, 2011

Hari-Hari Mendatang Yang Penuh Cabaran.

Assalamualaikum...

Haa.. ape khabar anda semua..? Semoga anda sihat sejahtera disamping orang-orang tersayang, pejam celik.. pejam celik.. tetiba je usia sudah meninggkat! woi... sudah meninggkat sangat oi..

Tu la.. kekadang orang sebut dengan bahasa kasarnya.. tak sadar diri kut.. he.. he.. tapi itu untuk orang yang berperangai muda walaupun sudah tua kan.. kan.. tapi yang ini untuk saya maksudkan kita tak perasan yang usia kita semakin hari semakin meningkat tua!

Bila sudah berumur ni banyaklah yang perlu saya fikirkan untuk memenuhi minda yang semakin sensitif dengan keadaan sekeliling kita. Tentang politik la.. tentang alam sekitar la.. tentang PERKASA la.. dan bermacam-macam yang terpaksa kena fikirkan..!

eemm... ehem.! macam ni semua orang rasa cuma tak nak cakap je kan? kan?..
ok.. kalau orang tak nak cakap biar saya cakapkan.. tapi jangan sangka yang bukan-bukan pulak dengan saya yang lemah ni.. saya ni kan peramah terlampaukan.. akeh..keh.. jangan aksi terlampau dah le..

Ok.. suka tak suka, usia semakin meningkat.. apa nak kata lagi.. cubalah berusaha kearah yang lebih terbaik, terbaik untuk diri sendiri, juga buat yang terbaik untuk orang-orang tersayang.
eemm.. cukup dulu bual kosong untuk kali ini, sudi-sudi lah kemari, jangan malu jangan segan.. letak lah komen barang sekati dua.. he.. he..

Kat sini ada saya kepilkan satu alamat web yang bolih kita download video dari youtube, khas untuk kekawan yang belum tahu lagi web ni.. saya pun baru jumpe web ni.. he..he.. ketinggalan ke saya ne..?
Walaupun gitu anda kena melintasi iklan dahulu.. cuba lah..

Jumpa lagi, wassalam.

Download Youtube Videos



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




August 22, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...

Haa.. ape khabar anda semua..? Semoga anda sihat sejahtera disamping tugas tugas seharian, penat dan letih lah pada bulan puasa nih kan..?

Tak mengapalah kerana puasa itu mesti kena buat jugak.., jangan lengah bertangguh nanti dah uzur tentu tak terlarat betul nak mengerjakanya pulak.

erm.. okeh lah,Raya pun dah tak lama lagi akan muncul.. bagaimana persiapan untuk anda? atau sekurang-kurangnya persiapan untuk orang yang tersayang? aaa.. macam biasa saja ke..

Kita sepatutnya bershukur diatas apa yang kita ada hari ini.. setelah kita berusaha kuat dan sekadar ini saja yang mampu kita adakan, terima sajalah.. mudah-mudahan tahun depan rezki kita akan bertambah-tambah! Lagi pun toleh-tolehlah kepada anak-anak yatim yang berraya tanpa kedua-dua orang yang tersayang, lagi sedih kan?

Saya tahun nih.. cuma buat baju melayu sepasang saja.. bab yang tahun tahun lalu masih elok lagi.. mungkin dalam perancangan nak pegi Singapore pada raya keempat nanti.. percaya tak kita nak pegi zoo! heran.. tak de cuma kebetulan kat sana singgah juga lah kat situ.. ini bukan kali pertama ke zoo situ.. tak silap sudah tiga kali, cuma jarak tahunnya saja, kali terakhir enam tahun yang lalu..

Kanak kanak memang suka kat situ.. termasuk saya nih juga.. hehe..

Okey... mari kita lihat apakah yang paling membuka selera anda dihari lebaran nanti, sudah kah membuat persiapan untuk menyediakan makanan ini, atau hanya membeli saja digerai-gerai nanti..?

Siapa yang tidak suka makan makanan tradisional ini kan..? setahun hanya sekali kita merasakanya, jika bukan dihari raya rasanya tidak sesedap dihari raya.

Antara makanan yang disediakan untuk menjamu tetamu di hari yang mulia, hari raya.

Ok. Tak terlalu awal untuk saya mengucapkan Selamat.... Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Semoga hari raya pada kali ini memberi seribu kebahgiaan kepada anda dan keluarga.
Maaf Zahir & Batin.
Jumpa lagi, wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




August 09, 2011

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum...

Apa khabar semua.. moga anda sihat sejahtera disamping menjalankan ibadah dibulan Ramadhan ini.
Maaf lah, sekarang ni tak dapat lah nak update xaturen ni selalu.. bab banyak benda lain yang memerlukan perhatian yang lebih.

Banyak itu tidak semestinya banyak sangat... ade le.. sikit-sikit.. terutamanya tentang pekara yang kita tidak ingin mengangu difikiran tapi dia datang juga.. kes imosi le ni..
Bila imosi melanda.. erm..

Terima kasih pada semua yang sudi menjengah kesini..
Saya ucapkan selamat berpuasa semua ye.. jangan pulak puasa macam zaman bebudak dulu.. he.. he..

erm... ok, bye.. jumpa lagi.
wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




June 23, 2011

Balas Jasa Orang Tua.

Assalamualaikum...
Selamat sejahtera semua...!
erm... tengah sibuk nak buat projek mega ni!
ok,
"Berusaha Untuk Yang Terbaik Bagi Diri Dan Keluarga Anda!"

Bilamana sudah berjaya dalam hidup, pastikan kedua Ibu Bapa dahulu yang dibela kehidupannya, jangan utamakan pakwe atau awek..!
ngeeee....! Orang tua lebih awal kita kenali sebelum balak kita atau awek kita,

Dari apa yang saya lihat, anak-anak yang memperhatikan Ibu Bapa dengan penuh tanggungjawab, kehidupan mereka lebih berjaya.

Tidak anda akan menjadi bangrap jika anda memberikan beberapapersen dari pendapatan anda kepada Ayah Bonda dikampung! Lebih-lebih lagi memang diketahui kehidupan mereka susah!

Doa mereka ketika mereka gembira dengan peranan anda akan menambah kebahagiaan hidup kita.

Apa yang pernah lihat pekara ini berlaku terhadap sesaorang yang saya kenal sedikit masa dahulu, dia masa senangnya sangat murah rezeki, banyak cabang perniagaan yang dia perolihi.. rata-rata perojek memberi banyak keuntungan kepadanya.

Samaada secara kebutulan atau tidak, keadaan keuwangan-nya semakin hari semakin surut... semuanya angkara dia tidak memperdulikan ibu kandungnya sendiri..

Sikap ini berlaku kerana dia berkecil hati terhadap ibunya kerana terlalu melebihkan adiknya sendiri, jadi dia tidak mahu membantu ibu serta adiknya yang hidup masih didalam kesusahan.

Hal ini telah diketahui olih semua orang kampung, kerana selalu bercakap biadap terhadap ibunya sendiri apabila ibunya meminta bantuan.

Perbuatan bercakap biadap ini dihebuhkan apabila orang kampung berurusan dengan dia, dia mengata-gata ibunya bahawa dia tidak ingin menolong ibunya selagi adiknya masih bersama ibunya.

Perbuatan ini telah memakan dirinya sendiri, hari demi hari dia semakin merosot dalam perniagaan. Akhirnya dia jatuh sakit, dan kembali kerumah ibunya yang tinggal berdekatan.

Ibunya yang pernah dicela itulah yang menjaganya sehingga hayat terakhir....

Jadi berhati-hatilah selalu apabila kita berada didalam kehidupan yang selesa.. bantulah kedua orang tua walaupun tidak diminta, supaya keselesaan kita dapat kekal selama mungkin....

Kesah ini kesah benar! walau apapun sikap orang tua... kita tidak berhak untuk menghukum dia! Belalah kehidupanya selagi dia masih hidup.

sekian jumpa lagi, terima kasih.



Kasih Ibu sehingga ke surga, kasihnya saudara semasa berada. Kasih kawan selagi bolih makan-makan!!


Singapura, semasa saya melalui jalan berhampiran.. masih terlihat Mat Bangla masih membuat kerja-kerja hiasan taman, rumput pun belum sepenuhnya tumbuh.
Saya dalam perjalanan ke Cangi Airport.

Bot untuk disewakan kalu nak kol aku, jangan malu-malu ee..





Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




June 22, 2011

xaturen: I Cant Live Without You

I Cant Live Without You testing! hee...
..ha ni nak sambung testing yang semalam neh.. semalam tak de apa nak buat kan.. saya dok pi test tu test ni... last last hujan turun .. lebat la juge.. beterabur.. semua lari.. mana mana yang duduk kat meja tepi yang cabut dulu..

Termasuk le.. saya ni... tu la sebab dok main ternet free le paunya pasal la..
..sebelum terlambat apa apa hal selamatkan laptop ni le.. yang utama... hehe...
terus tutup laptop dengan cepat-cepat belah, tak yah tunggu kat res tu lagi.. buang masa ja no.. so hari ni bukak xaturen... fuh... jadi cam ni gaya..?
eee.. den pun tak tau la...

Ok apa-apa hal... terima kasih le pada yang sudi dok pi follow saya ye... jap lagi saya pi balas follow... jadi le follow molow... hehe...
okey... ni saya nak buat rempit sikit... tau! jangan la dok marah pulak ye... nanti kalu marah cepat le sesangat jadi tua kerepot..... tak laku le karang kalu lum kawin..! tapi kalu yang dah kawin nanti kerepot bertambah kerepot le jadi nya .. hehe...

Mungkin ada blogger yang tak berapa perasan dengan hal yang cam gini kan.. tak pe ni saya bagi tau le... ermm.. apa tu..? cam ni... erm.. anda tentu biasa terbaca cam ni!

"Ini blog aku.. aku punya suka lah nak buat apa pun..! kalau tak suka bolih belah..!"

ha cam tu lah lebih kurang dia punya tulis.. dan ayat-ayat yang seangkatan dengannya...
memang le tidak salah ape-ape...
haa..? apa dia..?
cukup..!
cukup apa..?
aaaa...?
ooo.... okey..
okey.. saya stop saja, bab ada kawan dan sound, tok sah dok jaga tepi kain orang..! hehe....

eee.... tak salahkan, kalau tolong turunkan kain ketat awek yang seksi kan.. kan..?
dengan niat yang iklas... lagi pun baik hati lagi...!

errr..ada sesiapa nak tolong turunkan kain nenek yang tersingkap ditiup angin..??

Ada sesiape nak...?

Okeh.. sekian, hati-hati lah beblog, memang tiada larangan nak tulis apa pun... tetapi 'sendiri pi fikir le..' bye.. i love u very much... eee..!??
wassalam.




Waaahhh... kah.. kah.. kah..! lawak.. lawak.. kalau orang tu sudah nak tahan sangat, terkencing kat muka.. ha.. baru tau.. ha..ha..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




June 15, 2011

Gadis Pilihan Keduaku.

Jam dinding sudah menunjukan kepukul lapan malam, namun Nenekku masih belum pulang lagi dari rumah Ustad Hassan. Aku berehat diruang tengah rumah ditemani Ani dan Intan. Sambil aku minum air dan makan pisang goreng yang disediakan Ani, aku membelek-belek album keluarga yang ada disitu.
Lepas satu, satu lagi aku buka untuk menatapi gambar-gambar didalamnya. Gambar lama Ani sekeluarga dan masa zaman persekolahan, memang Ani sejak dari kecil lagi memiliki rambut yang sedikit kerinting cantik beralun. Gambar gambar Ani berdua dengan Intan juga ada dan menarik perhatianku.

Rupanya mereka ini sahabat rapat sejak dari kecil lagi, maklumlah mereka tinggal berdekatan. Aku cuba membandingkan gambar tersebut dengan Ani dan Intan yang ada berhampiranku sekarang ini. Jauh beza meraka sekarang, mereka sekarang adalah dua remaja yang sedang meningkat naik usianya.

Keduanya sudah menjadi dara pujaan jejaka, umpama bunga yang sedang mekar mengharum ditaman. Tentu sudah banyak sang kumbang yang telah jatuh hati. Apalagi dengan keramahan mereka, seperti Intan.. awal perkenalan memang seperti gadis pendiam namun apabila sudah lama sedikit bukan main ramah lagi.. tidak sangka pada awalnya.
Begitu juga dengan Ani, sentiasa ceria cuma adakalanya seperti ada sesuatu yang merubahnya menjadi seakan pendiam. Atau mungkin juga Ani sedang risau memikirkan rencangan keluarganya.

Aku meletakan kembali album album ketempatnya, set kerusi kayu beralas kusen begitu selesa aku duduk. Sambil menjamah makanan aku memerhati kemesraan mereka berdua yang sedang membaca majalah. Ada-ada saja gurauan mereka yang membuatkan aku tumpang tersenyum sendiri. Ada saja yang mereka berdua pertikaikan dengan kandungan majalah yang dibaca, kemudian mereka ketawa mesra.

Petang tadi kami pergi ke tapak sejarah disitu. Ani membonceng moto dengan Intan, aku naik moto Ayah Ani sendirian. Aku mengekuri agak jauh dibelakang mereka, sambil memerhati keadan kampung disitu. Banyak pohon-pohon kelapa didalam kampung, kukira agak menarik juga panoramanya.

Kami menyusuri jalan jalan kampung kemudian melintasi jalan besar dipekan Lembah Bujang sebelum tiba di Candi tersebut. Keadaan Candi itu berdekatan sangat dengan rumah penduduk kampung. Aku sempat juga mengambil gambar disitu buat kenangan. Maklumlah ini kali pertama aku berada dan melihat Candi tersebut.

Intan bersahaja bila aku dan dia bergambar, hanya Ani nampak kekok bila bergambar dengan aku. Sampaikan Intan pun perasan akan keadaan tersebut.
"Ani.. rapat la sikit.. " kata Intan semasa aku dan Ani bergambar.
"Ini dah rapat la ni.. nak macam lagi.." balas Ani sambil menjeling kearah Intan.

Aku hanya tersenyum melihat gelagat dua sahabat tersebut. Tapi padaku sendiripun terasa kelainan sangat bila Ani berada disebelahku. Rasa macam meremang bulu romaku.. dak dik duk bunyi jantung di dada.. bila Ani sedikit bergerak menghampiri aku ketika itu. Namun bagi Intan, kami masih belum cukup rapat lagi kedudukan nya.

"Kalau macam ni.. rugi lah filem aku ni.." kata Intan lagi bergurau. Mungkin intan tidak megerti keadaan kami berdua atau memang dia sengaja hendak menyakat Ani. Tentunya Ani telah memberitahu pada Intan sebab kedatangan aku kemari. Kerana itu juga mungkin Intan telah mengangap aku bakal pasangan Ani sahabat baiknya. Nampaknya dia gembira dengan berita itu dan merestui hubungan Ani dengan aku.

"Abang, kalau Ani tak nak rapat.. Abang saja yang rapat kat Ani tu.." kata Intan lagi dengan gaya memerentah tapi lucu.. aku bergerak sedikit juga, sekadar memenuhi kemahuan Intan.

"Intan.. jangan banyak cakap, ketik saja kamera kau tu..!" kata Ani pula sambil melirik tajam kearah Intan. Intan ketawa mendengar kata kata dari Ani. Aku juga sengaja ketawa bersama Intan sambil aku memandang kearah Ani. Ani tertunduk malu bila aku dengan Intan ketawa begitu.

Dalam pada kami sedang bergilir-gilir mengambil gambar di situ, kami dikejutkan dengan panggilan nama Intan berulang kali.

"Intan.. Intan.. " kami bertiga berpaling kearah suara tersebut. Aku sendiri tidak pasti dari arah mana kah datangnya suara memabggil Intan tadi. Kami berpandangan kerana kurang pasti siapakah yang menyebut nama Intan.
"Intan.. Intan.. sini lah.. " terdengar lagi suara orang memanggil nama Intan. Kali ini barulah kami pasti siapa yang memanggil nama Intan. Rupanya panggilan dari seorang wanita. Serentak dengan itu Intan pun bersuara seakan terperanjat.

"laa.. Makcik Leha.... " kata Intan kearah wanita dengan tiga anak dan seorang lelaki. Agak aku lelaki tersebut suami kepada Makcik Leha yang disebut Intan. Kedudukan mereka agak jauh dari kami ketika itu. Aku tidak pasti sangat, jika ia, mungkin mereka membawa anak anak melihat lihat kawasan Candi itu juga.

"Itu Makcik aku dengan keluarganya.." kata Intan memberitahu aku dengan Ani. Lalu Intan meminta izin dari kami untuk bertemu dengan Makciknya di hujung sana. Intan nampak gembira bila mengatahui Makcik nya berada disitu juga.

Kami menganguk tanda setuju dia berjumpa dengan Makciknya. Dari jauh kami lihat Intan bersalaman serta bepelukan dengan Makciknya dalam suasana ceria. Kami berdua terdiam seketika selepas ditinggalkan Intan, sebenarnya Intanlah yang banyak meredakan keadaan kami.

Suasana nyaman dipersekitaran Candi tambah segar dengan angin petang bertiupan lembut membelai-belai pohon kelapa disekelilingnya. Aku menghayati keindahan suasana alam dikampung itu tanpa berbicara apa apa. Aku diam.. Ani membisu..!
Kami masih tidak bergerak kemana mana, masing-masing diam melayan bisikan hati sendiri. Sekilas jelingan keresahan pada wajah Ani agak ketara kupandang. Ani masih diam, cuma sesekali dia membetulkan rambutnya yang ditiup angin.
Aku memikirkan untuk memulakan bicara namun aku tidak pasti bagaimana harus ku mulai.

"Kan Cantik Intan tu bang..!" tiba tiba Ani memecah keheningan kami sejak tadi.
"Siapa cantik.?" soalku seperti tidak mendengar kata Ani atau hanya sekadar melanjutkan bicara.
"Intan.. " kata Ani lagi sambil menolih kearah Intan dikejauhan sana.

Aku turut memandang kearah Intan yang sedang rancak berbual dengan Makciknya. Memang Intan cantik molek ditambah tahi lalat penyeri wajah. Intan gadis remaja yang sedang berkembang mekar! pasti setiap jejaka akan tertarik dengan keindahan dan keayuan Intan.

"Memang cantik Intan tu.." kataku dalam hati, supaya tidak menyinggung perasaan Ani, gadis pilihan keduaku selepas Fidah. Aku terharu dapat mengenali Intan gadis Lembah Bujang ini. Sama juga dengan Ani, hanya Ani yang lebih awal mencuri hatiku, lalu aku lebih tertarik dengan Ani.
"Cuba abang perhatikan Intan tu betul-betul.. tak rugi abang pilih Intan tau..!" Ani menambah lagi dangan suara yang agak perlahan. Padaku kata katanya seakan ingin mencari kepastian dariku. Atau memang sebenarnya dia bermaksud begitu. Ini yang membuat aku sangsi untuk meluahkan apa yang tersimpan dalam hati ketika itu.

"Keluarganya pun orang Alim juga bang.. senang memdidik anak-anak abang nanti.."
Aku terdiam bila Ani bebicara sampai ketahap itu, aku kurang pasti samada Ani benar benar bermaksud begitu atau sekadar masih ingin menduga aku lagi. Makin dibiarkan makin jauh pula Ani berkiasan, atau agaknya Ani juga kurang pasti samada aku suka padanya.
Lalu aku memberanikan diri dan sanggup menangung apa juga penerimaan dari dia. Namun pada itu, aku berharap sangat dia juga menyukai aku ini.

"Ani.. pandang abang, abang nak cakap sikit dengan Ani" aku bersuara lancar, sedangkan aku mulanya tidak yakin dapat memulakan bicara seperti itu.
"Ermm.. cakaplah.. abang nak cakap apa?" keyakinan aku mula menapak apabila mendapat sahutan bicara dari Ani. Ani merenung kearahku sambil menanti ungkapan dari aku seterusnya. Aku memerhati wajah Ani.. senang dipandang, mata dia cantik! hidung mancung.. bibirnya.. cukup menawan.

"Ani.. yang sesuai dengan abang, seperti yang abang cakap dulu.. sudah ada didepan abang!" aku memberanikan diri berterus terang padanya.
"Abang ni.. orang cakap betul-betul dia main-main pulak!" kata Ani dengan suara sedikit bergetar.
"Tidak Ani, Abang tak main-main.. Ani lah pilihan abang, bukan Intan!" kataku hampir saja aku memeluk Ani untuk memujuknya, kerana ketika itu dia sudah mula mengalirkan titisan jernih dikelopak matanya. Cepat-cepat dia menunduk dan mengesat air matanya.

"Ani.. kenapa Ani menangis ha..?" Ani tidak menjawab pertanyaan ku. Aku bertanya lagi jika dia tidak suka pada aku. Lebih baik aku tahu hal sebenar dari mulutnya sendiri sekarang ini daripada aku terus bermain dengan perasaan aku sendiri.

"Apa.. Ani tak sudi dengan abang ni..?" dia masih tunduk menahan air matanya.
Aku mula resah memikirkan Ani.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆