May 10, 2011

Wajah Kekasih Hatiku.

Kami makan bersama diatas lantai beralaskan tikar mengkuang dalam satu bulatan tapi dengan dua 'talam'. Aku juga turut menganguk sambil memandang kearah Ani, Ani macam selalu hanya membalas dengan senyuman yang memang manis! tapi tetiba hati ku menjadi cemburu bila terpandang rantai tangan yang dipakainya.
Rasa tidak selera nak meneruskan makan, gelisah memikirkan yang Ani sudah ada 'Boyfriend' "hai... kenapa lah lambat aku bertemu dengan mu Ani!" bisik hatiku.

Aku jadi perlahan menjamah makanan, sedikit lesu setelah melihat rantai itu, hilang selera nak merasa ikan haruan bakar tu. Rasa penasaran dalam memikirkan siapa pulak yang lebih awal memikat hati Ani! dan kenapa lah Nenek aku tidak bertanya Ani terlebih dahulu sebelum mereka perkenalkan Ani ini dengan Aku..! jiwa ku bergelora sendiri! jadi tak menentu, Ayah Ibunya sudah setuju kenapa pula dia bolih ada yang lain!

Tidak bolih jadi ni.. aku mesti beritahu Ani! Aku mesti khabarkan pada dia yang aku sudah suka padanya, aku harus segera memberitahu yang aku tidak suka dia memakai rantai itu lagi. Jenkel aku melihat bentuk daun keladi itu tergantung dilenganmu. Cemburu aku makin menjadi bila kulihat Ani sesekali memegang megang rantai tersebut, ee.. tak kuasa aku nak lihat lagi..!

Keadaan kereta Datsun 120Y masih dalam keadaan baik. Hadapannya sudah sedia menghala kejalan, enjinnya memang sengaja Pakcik ku hidupkan pada ketika itu juga Adik Din sibuk menolong Ayah nya mengelap dan membersihkan badan kereta dari habuk. Nampak seperti kereta itu jarang digunakan.

Aku memerhati dari kerusi panjang dibawah rumah. Nenek juga duduk menunggu disebelah ku.. Nenek sudah siap sedia hendak berangkat. Cuma menanti Makcik aku dengan Ani saja lagi yang masih kat dalam.

Tidak lama kemudian Ani dengan Ibunya keluar dan turut duduk dikerusi panjang sambil Ani sibuk membetulkan baju yang dipakai Ibunya. Kemudian membetulkan juga tudung yang Nenek pakai. Aku mencuri curi pandang pada Ani.

Cantik juga bila ku pandang dia, takala dia membetulkan tudung Nenek, jarak aku dengan Ani terlalu hampir sehingga aku tercium bauan yang dipakai Ani. Jari jemarinya halus membelai dan membaiki letak tudung Nenek. Tika itu juga aku terbayang raut wajah Faridah! oh..

Fidah, dimana saja aku berada, wajahmu aku terbayang juga. Apalah dosa ku sehingga aku dipisahkan dengan dia? Salahkah aku mencintai dia? Fidah.. aku sangat sayang padamu sayang! Biarpun kemarau merekah bumi ini! namun kasih sayangku tak akan berubah dan tak pernah kering..

Entahlah kenapa aku sukar untuk melupakan kamu, adakalanya aku rasakan seperti baru semalam kita berpisah.. aku sentiasa dibayangi kemesraan kita dahulu. Ku ingat lagi ketika kita pulang dari Padang Kota, kau memeluk aku erat ketika kita menaiki Fery, kau seram ketika Fery mula berlabuh.. hanya pada aku tempat kau berpaut!
Kau tidak peduli orang sekeliling lagi. "Abang.. pegang Fidah bang.. Fidah seram ni.." itulah pintamu dengan suara manja.

Aku sangat bangga memiliki kamu saat itu. Diwaktu itu akulah manusia yang paling terpana didunia ini dan orang yang paling bahagia didunia ini.

Takala diatas Fery kau selalu suka berada dibahagian hadapan, sepanjang perjalanan kau tak jemu-jemu memuji keindahan alam maya ciptaan tuhan. Tiupan angin meniup laju.. membelai belai rambutmu yang sedikit kerinting itu, sesekali kau membetulkan rambutmu dan aku tak jemu-jemu pula menatap wajahmu itu, wajah kekasih hatiku, aku memegang tanganmu erat seperti yang kau pinta.

"Hati-hati sayang..! nanti dilambung ombak!" kataku mengigatkan kamu. Kau menolih kepadaku serta menghadiahkan senyuman yang sangat indah. Seindah panorama pulau dan pantai yang kau sebut-sebut.

Senyuman mu itu Fidah.. selalu membuatkan hati begitu sayang padamu. Fidah.. itulah diri mu yang tabah menghadapi cabaran, walaupun kau seram.. kau tetap mahu menaiki Fery..! aku tahu kau gembira bila berada diatas Fery.

"Abang.. kita naik Fery saja lah kesana.. moto kita simpan kat warung kawan Abang tu ye.." kata mu setiap kali kita hendak ke Pulau Pinang, aku menurut saja permintaan mu. Belum sekali pun kita mengikut Jambatan Pulau Pinang kerana kau lebih suka naik Fery.. Padaku, asal kau gembira aku turut saja.. gembira mu Fidah, adalah kebahagiaan ku jua!

Pilu.. sepilunya.. bila ku terkenang itu semua! Namun apa daya kau tidak perduli..
Rindu.. serindunya tapi apakan daya kau sudah tiada disisi. Bagaikan pungguk rindukan bulan, begitulah ibaratnya diriku.

Teman tidurku hanyalah mimpi kamu.. teman jagaku hanyalah bayangan kamu. Hidupku hanya sekadar jodoh nyawa dibadan, disitu tiada bercahaya lagi dan tidak bersinarlagi..

"Abang ni.. tak habis-habis melamun.. apa yang Abang menungkan?" aku tersadar dari lamunan olih sapaan Ani. "Sampai Mak tanya pun Abang tak jawab.." tambah Ani dengan dahi sedikit berkerut.

Aku menolih kearah Makcik aku. "Ada Makcik.. lesen lori pun ada.." kataku selepas Ani beritahu Makcik aku bertanyakan pasal lesen memandu Aku.

Ani ketawa kecil.. Nenek hanya tersenyum, aku sedikit ketawa sambil memandang Ani.. Ani menghampiri Ayahnya di kereta, dan memasukan barang kedalam kereta.

"Makcik rasa nak pergi Teluk Cempedak, kelmarin.. Ani nak pergi ikut rombongan, tapi Makcik tak benarkan.." kata Makcikku atas keinginan Ani.

"Pakcik kau dah tidak larat lagi nak pandu jauh.. dekat dekat sini bolihla.." kata Makcik aku tentang suaminya.
"Baiklah.. nanti saya datang lagi, bolih kita pergi Teluk Cempedak tu ye.." kataku sambil melirik kearah Ani.

Ani yang datang semula kearah kami, hanya tersenyum manis. Semanis dan seindah bunga mawar kembang dipagi hari. Tapi sayang.. Ani sudah berpunya, rantai tangan sebagai tandanya! aku kembali resah dihati.

Aku melihat Pakcik aku menutup bonet hadapan mungkin sudah sedia untuk bertolak. Takkala itu Ani berkata "Mak.. nanti Ayah lalu ikut Pekan Merbuk kan? Mak singgah lah skejap betulkan rantai tangan Ani yang rosak ni" Makcik aku diam saja dengan permintaan Ani.

"Bolih lah Mak... sekejap saja kan.. dah lama Ani ikat dengan benang saja ni.." pinta Ani dengan gaya manja tapi bersungguh sungguh.
"Itulah.. dulu Mak hendak beli gelang biasa tu kau tak nak.. kau nak yang macam tu juga, yang macam itu kan mudah putus.." kata Makcik ku pada Ani.

"Tengok gelang Mak ni.. sudah berpuluh tahun tak bolih rosak" tambah Makcik aku sambil menyinsing legan baju menunjukan gelang emas yang tebal tebal dan berkilauan.
"Alaa.. Mak ni.. Gelang Mak tu fesyen lama.." kata Ani sambil memeluk leher Ibunya dengan manja sambil mencium pipi Makcik ku itu berkali-kali, Ani begitu mesra dan manja dengan Ibunya.

Aku terdiam seketika mendengar ungkapan Makcik ku kepada Ani. "Ahh.. Ani, maafkan Abang sayang! abang salah sangka terhadap mu!" kataku dalam hati.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~