June 26, 2010

Kes Allahyarham Adik Mohamad Naim Mustaqim. 1 Digantung Sekolah, 4 Kena Tindakan.

Hi.. salam sejahtera!
Bagaimana dengan hari anda pada hari ini?
Diharapkan anda senantiasa berada didalam suasana yaang mengembirakan, apatah lagi ditemani anak-anak yang sihat comel, muda belia dan aktif dengan aktiviti remaja mereka. dan anda yang masih single atau masih bujang lagi, pandai-pandai lah cari pasangan, walaupun jodoh pertemuan bukan kita yang tentukan, kita dikurniakan akal fikiran yang boleh kita gunakan, so... berusahalah.. tidak semesti nya kita pandang pada rupaa paras semata-mata.. pilihan seharusnya berada tahap sederhana... yang logiknya kita tidak akan mendapat pasangan yang betul-betul dengan sesuai, memang tidak akan dapat, tok sah mimpi la... asal siping-siping pun kira ok la... kalu ada kekurangan sesama lah me_ repair  nya,.. sebab itu lah Manusia ini di kurniakan akal yang untuk digunakan.. jangan lah bila anak dah berderet... sanggup lagi becah belah.. yang jadi mangsa adalah anak-anak kesian mereka, gunakan akal untuk mengatasi masaalah.. bukan ikut napsu dunia belaka.. sampaikan ada orang tua-tua berkata.. 'bila dah ada anak-anak, hidup kita adalah untuk mereka' erm.. bagi yang masih bersekolah tu... jangan dok pikir yang lain-lain.. tumpukan 88% untuk target hendak score yang cemerlang dalam semua subject, dah pegang Ijazah.. diploma ke.. pastu pikirla... nak cari jodoh.. ye tak..? erm.. ok, ini nak sambung bab semalam... bab allahyarham adik Mohamad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, nak perbetulkan ni, perbuatan mereka bukan tahap membuli.. mereka sebenarnya 'membunuh' jadi hukuman yang keras wajib kenakan keatas mereka-mereka tersebut!
kalau iye pun nak membuli.... ala-ala kadar lah sikit.. jangan lah 'buli bunuh',
Tindakan iaitu 1 digantung sekolah, 4 kena tindakan, tak paham la.. macam cakap lepas je.. nak bagi orang awam senang hati ke? sedangkan mereka ditahan reman..? mana satu yang betul ni?.. lagi satu.. angaran kejadian pukul 10 setengah lebih... bagi rawatan pukul 1 lebih.. ke? bagi tahu keluarga pukul 2 lebih.. kata dah bagi tindakan segera untuk menyelamat? dari pukul 10 sampai pukul 1.. berapa jam tak sedar diri kesaorangan? Jika kumpulan 'pembunuh' tu cepat bagi bantuan dimasa itu juga...iaitu masa katanya jatuh, kepala kena kelantai.., munkin satu nyawa dapat diselamat kan, Cuba duduk disebelah Ibu Bapa Allahyarham, apa perasaan anda? lagi satu.., kalau hendak buat apa-apa kenyataan akhbar.. buat lah yang betul-betul.. ok.
Ini saya yang bercakap macam ni.. apa lagi kaum kerabat Allahyarham!
Cuba katakan begini: "kelima-lima pelajar yang disyaki, kini ditahan reman selama tujuh hari, untuk siasatan. Siasatan masih dilakukan dengan cermat dan teliti supaya yang bersalah tetap akan menerima hukumam yang setimpal dengan kesalahan mereka" harap semua pehak bersabar.  .... tak usah lah dok itu la..ini la.. belum dapat lapuran dari keluarga mangsa la.. berbunga-bunga yang makin membuat lengit telinga dengar.!
erm ok lah...jumpa lagi. 

1 Digantung Sekolah, 4 Kena Tindakan,

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar senior Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi di sini, digantung sekolah serta-merta manakala empat rakannya disyaki terbabit membuli seorang pelajar junior sehingga mati Rabu lalu dikenakan tindakan tegas.
Malah, semua mereka kini sudah direman beberapa hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mereka juga bakal dikenakan tindakan di Mahkamah Tentera kerana semua mereka adalah pelajar kolej ketenteraan.

Kelima-lima pelajar berusia 17 tahun itu ditahan sepasukan anggota Provost Marshal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan tindakan membuli hingga menyebabkan kematian, Mohamad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sebagai perbuatan jahiliah.

“Kami mengambil tindakan serta-merta dengan menggantung seorang pelajar MTD dipercayai dilihat menendang mangsa, manakala empat lagi akan dikenakan tindakan keras.

“Selain itu, mereka juga akan dikenakan tindakan di mahkamah ketenteraan kerana mereka adalah putera (pelajar kolej ketenteraan),” katanya ketika menghadiri mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat berkata, penahanan semua pelajar terbabit dilakukan bagi menyiasat sama ada mereka terbabit dalam kes membuli mangsa hingga menyebabkan kematian.

“Polis tidak menolak kemungkinan punca kematian mangsa disebabkan kejadian buli atau dera.

“Kalau dilihat luaran anggota badan mangsa tidak terdapat sebarang luka, bagaimanapun kami akan tunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tindakan susulan,” katanya selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Abdul Samah berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada keluarga pelajar berkenaan berhubung kejadian itu.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan kejadian ini yang pertama berlaku dalam tahun ini, namun tidak dinafikan terdapat laporan mengenai pergaduhan membabitkan penuntut institut pengajian tinggi di ibu negara sebelum ini,” katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan seorang pelajar MTD Sungai Besi, meninggal dunia dipercayai dibuli sekumpulan pelajar senior selepas kepalanya terhantuk pada lantai sejurus ditendang pelajar senior sehingga tidak sedarkan diri.
[sumber berita, akhbar tempatan]

No comments: