June 25, 2010

Maut Selepas Diarah Tekan Tubi

Assalamualaikum.
Salam hormat dan salam sejahtera,
Minta maaf, kali ini tak dapat nak selitkan gambar-gambar tengtang Bola..! Sebab ternet saya memang dah tak larat nak angkut gambar pun! Maklum le modem mahal.. jadi dia ada limited, tak boleh kerja berat. nak buat macam mana kan..! erm... nanti kalau dapat.. saya akan selitkan ok..
erm... Ini ada satu kesah yang membuat hati saya sangat sedih!
Utusan Malaysia. 25 Jun 2010.
Maut Selepas Diarah Tekan Tubi
Kesah sedih dan menyayat hati!..  24 Jun - Seorang pelajar tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi disini, mati setelah tidak sedarkan diri selepas dikenaka hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakan-rakannya di dalam sebuah bilik disekolah itu.
Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16 tahun, sempat diberi rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi tetapi disahkan meeninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.
Walaupun ajal maut itu ditangan Tuhan, tetapi perbuatan mendera atau membuli macam tu memang tak masuk akal langsung! Tidak dinyatakan pula kesalahan apakah yang sampai dikenakan hukuman sampai sebegitu berat! (Hukum Mati). Kalau sudah satu Maktab atau Sekolah rakan-rakan yang ada, sebenar nya akan menjadi pelingdung apabila kita menghadapi sesuatu masaalah, bukan nya menjadi musuh ketat sehingga sanggup membunuh rakan sendiri! Saya percaya pelakuan ini dilakukan secara berkumpulan bukan nya seorang! Saya cop sesiapa yang bersekongkol sehingga Adik Mohammad Naim mati, mereka adalah 'pembunuh'. walau apa pun alasan, mereka tidak sepatutnya mendera atau membuli macam orang hilang akal! kalau terkena atas kaum keluarga sendiri macam mana? Saya harap pehak Polis bertanggung jawab menyelesaikan dengan adil dan saksama, saya juga percaya kumpulan ini (yang membelasah Adik Muhammad Naim) telah lama berkelakuan tidak baik! orang yang tidak biasa, tak akan dapat melakukan, dan takan mungkin sampai hati melihat kawan meraung-raung kesakitan! jadi pehak 'Polis' tak usah pilih bulu dalam mengambil tindakan! Kesian...! Harap pehak Maktab (MTD) mengeluarkan kenyataan jelas tentang pekara ini termasuk fakta-fakta kesalahan yang telah dilakukan sehingga dibiarkan Hukuman ini bebas dilakukan, [sila bertanyakan sesiapa yang pernah ke Maktab atau Sekolah Berasrama]. Selain orang ramai tahu duduk pekara sebenar serta pihak Maktab (MTD) tidak dipersalahkan.
erm...ok..lah.. Jumpa lagi.

No comments: