Salam,
dan salam sejahtera!
Tengah hari tadi iaitu sebelum Jumaat saya pergi ke beberapa kedai disekitar kawasan kediaman saya untuk mencari Gula. Sebenarnya sudah dua tiga hari saya mendengar runggutan dari Puan Seri saya, yang dia susah untuk membeli gula. Dengan sebab itulah saya cuba membantunya mencari.. mana tahu rezki saya lebih senang dapat.! Tapi nampaknya dugaan saya meleset sama sekali.. Bila saya tanya penjual dia kata gula tak ada! Tetapi jika anda mendengar berita di TV gula ada.. banyak..! Habis tu kemana pergi gula-gula!.. mana gula tersebut? Hilang kemana?
Dan jika anda semua perasan, ini semua taktik lama penjual, pengedar, pembekal, dan toke-toke gula di Malaysia! Mereka mereka ini sebenarnya lebih berkuasa dari semua orang yang ada di Malaysia ini! Percaya atau tidak, itu hakikatnya yang berlaku di dalam Bumi Bertuah ini! Bumi Malaysia..! 1 Malaysia..! Maknanya satu Malaysia tak dapat gula jika gula disorok..! Jika gula tidak disorok Satu Malaysia akan dapat Gula pagi besok..!
Saya nak tanya sikit kat anda semua! Mana kita punya kementerian? Apa yang Menteri serta konco-konco nya buat ha? buat kerja ke! atau cuma tunggu gaji tiap-tiap bulan? Kalau anda semua nak tahu.. Mana-mana Menteri sekalipun.. tidak kira apa Kementerian waimah Kementerian yang bersanggkut paut dengan Ugama Islam! Agama resmi negara Malaysia sekali pun.! peratusan yang betul-betul buat kerja sangat rendah sekali, seperti rendahnya nilai seorang bayi yang di buang dimana-mana tu!
Tidak setara dengan peruntukkan yang disalurkan keKementerian tersebut.
erm.. Berbalik pada gula tak ada, ini adalah tragedi menyayat hati yang sengaja diulang-ulang olih sesetengah manusia didalam 1MALAYSIA ini!
Yang saya peliktu.. kita ni selalu saja membuat tndakan yang salah sebagai pengguna.. walaupun sesuatu pekara itu sangat mudah difikirkan! Contoh.. nya, Contoohh.. nya.. Simen! tak da habis! apa yang kementerian berkenaan buat??? Tak buat apa...punnnn. sampai sekarang..! Kita pulak dengan mudah menyalahkan peniaga simen, sebenarnya salahtu.. yang salah Kementerian yang berkenaan! kementerian simen, kementerian gula, hu.. hu.. hu.. Kementerian Simen dah kena simen.. keras! Kementerian gula.. dah kena gula-gula! habis tu macam mana? kementerian gula..?
Ada kapatut Kekurangan Gula Adalah Disebabkan Pembelian Panik! orang Kampung pun tahu la.. ini semua sebab harga gula nak naik..! Tidak usahlah dok dolak dalik cakap buat bagi orang Menyampah mendengarnya! Kalau perut dah kenyang! cakappun ikut suka hati ja... macam la rakyat ni buta, pekak, tuli! yang sebenarnya diaorang tak buat kerja..! dia orangpun 2x5 dengan kita jugak..! sekadar tunggu dan lihat je..! dia orang yang bercakap tu tidak mengapa lah, 15 ringgit sekilo pun diaorang bolih beli, gaji besar.. yang kita ni, sapa suruh jadi orang susahkan? hu.. hu.. hu..! Yang aku paling, paling, paling bengkak tu sampaikan sebuah Pulau.. beb!
Pulau! pun bolih kena curi tu....! Kalau bagi kat aku pun kira ok lah jugakan! aku kan Rakyat Melaysia? Kalau aku buat apatu.. Genting kedua pun, (faham-faham le kan..) hasilnya tidak pegimana, kat kerajaan jugak kan? Dah terlepas, disuruh relek la.. berader. relek.. kita terima ja apa yang telah diputuskan.
Singapore is very careful in what they do. PLus they do their homework on the case very well (unlike some people in our country) so that is why during the case we kena taruh betul-betul.
Cuba kita selami hati rakyat kita yang tinggal hidup dikawasan tersebut! kecewa hati mereka, mereka mengharapkan kita orang yang bertanggungjawap memberi hak, kepada yang berhak! Siapa yang salah sekarang? Jawabnya sama seperti yang saya tulis kat atas sama serperti kes simen, kes gula jugak, makan gaji buta tak buat kerja betul-betul.. kalau nak tahu, kalau sekadar aku ni saja yang marah tak mengapa, siapalah aku ni kan.. Tetapi cucu cicit kita, masih menyumpah seranah walaupun tulang belulang kita sudah reput dimakan cacing tanah!
Hisss... takkan lah sampai macamtu sekali, mestila.. kita mesti bertanggungjawab diatas segala apasaja yang telah kita lakukan! Pekerjaaan diamanahkan kepada kita kat dunia ni.
Buat kalau ditanya itu Pulau siapa? Kenapa jadi macam tu punya Indah, Kaya, dan gah.. Nak bangun jawab apa? Takan nak kata awak rabun ni.. kan Pulau Batu saja tu..! Kalau bab Islam, seksa kubur menanti kalau buat kerja tak sebenarnya, bab Ugama aku tak pandai sangat la..
Jadi aku tak nak cakap! takut dapat dosa kering! Kalau bab yang aku cakap diatas semua orang tahu!
Salam Hormat.
No comments:
Post a Comment