June 10, 2010

PERNIAGAAN

Salam.
Serta Salam Sejahtera untuk semua masih kemari, Saya ucapkan syabas dan terima kasih.
Setelah saya renung-renungkan, dan setelah saya banyak meneroka segala macam punya Blog-blog yang ada dan tercapai olih saya, sebelum ini saya kurang melayari Blog! Maka dapatlah saya simpulkan bahawa saya sendiri tidak tahu nak mengkelaskan apa jenis kah Belog saya ini. ermm... Yang saya tahu saya menulis mengikut apa yang saya terasa hendak tulis. Sehingga saya menemui tulisan yang mengatakan Adik-adik saja yang menulis blog!
Habistu tempat Abah-abah seperti saya ini, hendak menulis kat mana? Takkanlah hendak menempah website sendiri! Semua itu kena bayar kan, Jadi tak kesahlah.. blog juga lah saya nak guna sebab dia free..!
Kali ini saya hendak bercakap pasal gula dan dua tiga jenis barangan dapur yang hendak naik harga lagi.. Ada tertulis kat dalam Surat Khabar yang mengatakan satu kelompok manusia yang nak mogok tidak mahu jual barangan keperluan dapur tersebut, atas alasan 'Perniagaan'. Sangat bagus sekali semangat kelompok manusia ini! Mereka sanggup melihat rakan-rakan, saudara-mara serta rakyat Malaysia keseluruhan bersusah hati, gundah gulana disebabkan susahnya nanti untuk mrndapatkan 'Gula'. Dan sekarang ini pun sesetengah tempat agak payah untuk mendapatkan 'Gula'.
Ini semua gara-gara titik permulaan perancagan mereka untuk untuk menaikan harga gula! Inikah semangat '1MALAYSIA' yang hendak ditunjukan olih sekelompok manusia ini, yang mengaku rakyat '1MALAYSIA? Apakah mereka ini sangat tamak? Asal hanya mendapat keuntungan banyak, mereka sanggup hendak membuang semangat '1MALAYSIA' yang kita hendak amalkan! Kelompok manusia ini hanya menhitung keuntungan yang sedikit serta menyalahkan pehak-pehak lain tanpa ada sedikitpun rasa malu menjadi rakyat Malaysia! Dimana mereka letak 'RUKUN NEGARA' yang diajar sejak mereka dibangku Sekolah Rendah lagi? Apakah selama ini mereka belum cukup untung?
Siapakah sebenarnya yang hendak menaikan 'Harga' barangan tersebut? Penjual runcit kah? Pemborong kah? Pengilang kah? daripada pengamatan saya yang tidak sepandai mana ini, saya nampak seperti permainan Wayang Kulit saja! Jika benarlah mereka tetap mogok tidak mahu menjual barangan dapur tersebut hanya semata-mata untuk mendapat keuntungan yang banyak, memang sudah 'sah' kelompok manusia ini bukan Rakyat Malaysia yang tulin!
Saya rasa Kerajaan wajib mengambil jalan lain untuk mengelak daripada kekurangan gula yang bolih menyebabkan banyak pehak yang akan menangung kerugian, terutama sekali kepada rakyat miskin samaada dibandar atau dikampung, pengusaha-pengusaha kecil termasuk juga peniaga pasar malam dan sebagainya yang berjumlah berjuta orang. Kerajaan mempunyai bukan satu, bukan dua tetapi beratus cara untuk mengatasinya. Contoh nya: Kerajaan wajib membenarkan sesiapa sahaja yang mampu, untuk membawa masuk 'Gula' dari luar negara. Tidak hanya terhad, hanya kepada orang-orang tertentu sahaja! Seperti mana yang berlaku kepada rakyat Malaysia yang kekurangan kerja yang berbaloi dengan gaji, disebabkan peluang pekerjaan tersebut telah  diambil, direbut, dicuri olih lambakan pekerja asing yang jumlah berjuta orang.! Jika kerajaan bolih bebaskan Rakyat asing merebut kekayaan Negara daripada Rakyat sendiri, apasalah nya Kerajaan membenarkan rakyat Melaysia sendiri berkongsi kekayaan dengan berdagang 'Gula'? Jangan lah pula hanya membenarkan sesaorang sahaja membolot kekayaan daripada bedagang 'gula.! Bukankah sudah jelas mereka ini menindas majority Rakyat Malaysia yang lain?
Jangan hendak jadi jaguh dinegara Palestine, sedangkan dalam Negara terkontang kanting! Tahukah anda dari awal misi sehingga ada yang maut dilautan, semuanya adalah rancagan Yahudi semata-mata.! Tidak lebih dari itu! Cuba anda lihat peta di sini, dimanakah Negara Israel? Jika dicampur semua Negara Arab ianya 1 Israel, 600 Negara Arab! Jadi.. Berikanlah Orang Arab, Nagara Arab yang lebih dekat, lebih kaya, lebih dekat pertalian darah mereka tanggungjawab membela Umat Palestine! Kita jika berasa insaf hendak membantu, hulurkan bantuan melalui Negara-Negara Arab tersebut! Tumpukan 99.9% dalam hal pentakbiran Negara. Hal-hal kemakmuran rakyat, bukan kemakmuran segelintir individu.
Sekian, Salam Hormat.
Wassalam.

No comments: