May 07, 2023

Kampung Bandar, Baling

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Masih diberi kesihatan dan kesempatan olih Allah untuk menziarahi ibu dan adik.

Beraya di Kampung Bandar, Baling, Kedah.

Dipertengahan perjalanan menuju ke Kg Bandar, Baling. Pekena roti canai disini.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 30, 2023

Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Surau Kampung Air Kepar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Assalamualaikum.. dijemput semua warga penduduk kg air kepar dan semua keluarga warga group ini, datang kemajlis sambutan Hari Raya di Surau Kg Air Kepar esok, majlis bermula jam 12 tengahari pakat mai buat pakat makan. terima kasih.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 28, 2023

Salam Jumaat Yang Berkat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam ceria semua sahabat, masih beraya lagi ka atau sudah memulakan kerja? bagi yang mula bekerja, saya ucapkan selamat bekerja, bekerjalah dengan bersemanggat dan dengan selamat.

Tengah hari tadi balik dari Masjid hujan sangat lebat, elok-elok sampai depan rumah saja hujan mulai turun kalau saya lambat sedikit mesti dah basah kena hujan.

Biasa saya pergi Jumaat dengan motosikal sahaja kerana parking senang dapat, sebab banyak sangat kereta, diaorang parking pun dah jauh-jauh.

Mungkin ditempat saudara ada warga Bangladesh, kalau macam tu samalah disini, ramai juga orang bangladesh solat Jumaat disini ada juga Pakistan.

Ada antaranya sudah berusia, rajin diaorang kerja disini mungkin kerana ditempat mereka kurang pekerjaan.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 27, 2023

Semoga Anda Bahagia Selalu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam bahagia semua, semoga hari ini lebih baik dari hari anda semalam.

Maafkan saya kerana tidak buat apa-apa pos sejak dua tiga hari ini. Saya macam biasa okay saja, hanya mod raya masih lagi menguasai, lebih2 lagi tidak berada dikampung halaman sendiri bila hari raya.

Jika saya kata tidak rasa apa-apa perbezaan berhari raya biarpun dimana, itu semua bohong sajalah.. sebab saya ini, saya la.. orang lain tidak tahu pulak, walaupun usia saya sudah tua tetapi kampung tetap menjadi ingatan.. hihi..😅

Jadi mood nak buat tulisan apa-apa sudah terganggu.. jadi tulisan yang macam ini sajalah yang bolih saya buat.

Saya mendoakan akan kesihatan dan kebahagian akan tetap milik anda sepenuhnya. aaminn.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Janda Yang Setia Menanti Dalam Kesedihan - part 5

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

sambungan dari part - 4

Pada kebiasaannya makcik tidak akan memberi sebarang reaksi dengan hanya buat muka selemba seolah-olah dia tidak tahu apa-apa.

Akhirnya sampai juga makcik kerumah jirannya, pada ketika itu disana sudah ada tiga orang sedang menunggu, ketiga orang tersebut memang dia kenali termasuk sorang makcik yang kelihatan lebih berusia, makcik yang kelihatan berusia itu sebenarnya sudah lama bekerja diresot sana. Manakala yang dua lagi mungkin cuba nasib seperti dia juga.

Kesemua mereka kelihatan ceria ketika melihat dia datang, dia memberhentikan moto dan bersalaman mesra dengan mereka semua, memang mereka semua rakan lama walaupun tidak tinggal sekampung, sambil berpelukan bertegur sapa, maklumlah sejak dia mendirikan rumahtangga, sama seperti wanita lain, hidup mereka sepenuhnya bersama keluarga dan untuk keluarga. Ketika itu muncul saorang makcik lagi dari dalam rumah, seraya memohon maaf kerana membuatkan yang lain menunggu diluar rumah.

Akhirnya mereka berlima menaiki empat biji motosikal satu persatu meninggalkan pekarangan rumah menuju ke resort seperti yang dirancangkan, tuan rumah itu sebenarnya yang memberitahu yang resort tersebut memerlukan pekerja. Namanya Zabedah rakannya memanggil Kak bedah, nak jadi cerita suami Kak bedah ini juga rakan kepada suaminya dan mereka bekerja satu kumpulan yang akan memulakan kerja menebang bakau hari ini. Ketika dalam perjalanan memang ada kedengaran suara gergaji berantai bebunyi sayup-sayup hampir tidak kedengaran dan jauh dihujung kampung.

Resort tersebut berada diseberang jalanraya besar, jalan yang menghubungkan dua Bandar besar, mereka mesti melintas jalanraya ini sebelum memasuki jalan menuju kekawasan resort, resort ini besebelahan dengan jalanraya besar ini. Pagar serta pokok rendang yang padat menghalang pendangan terus kedalam resort, dari jalanraya memang tidak akan nampak apa-apa aktiviti didalamnya.

Ketika sampai dihadapan pintu gate utama sekali lagi makcik rasa agak terperanjat kerana sebuah lori Hilux muncul untuk keluar dari resort tersebut. Lori yang sama dengan pemandu yang sama masih dengan senyuman ceria sambil sedikit mengangok lalu keluar meneruskan perjalanan. Dia tertanya-tanya apa urusan pemandu lori tadi?

Bersambung besok part - 6

Baca lagi seterusnya dibawah-







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen