April 24, 2023

Meriah Aidilfitri Disana Sini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Masih dalam mood raya lagi, ada lah tetamu sanak saudara sikit, sambutan cara kampung saja, petang hujan turun dengan lebatnya.

Selalu sangat dah beraya diperantauan dah biasa saja, cuma sedikit-sedikit teringat juga beraya dikampung halaman.

Sebelum bulan puasa sudah ada disini bermakna sebulan lebih dah berada disini, dalam perancangan hendak balik keutara pula selepas habis beraya disini.

Pada yang beraya ditempat sendiri saya ucapkan selamat bergembira bersama sanak saudara.

Lagi sekali Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.

Saya doakan semua kegembiraan milik anda sepenuhnya.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 23, 2023

Janda Yang Setia Menanti Dalam Kesedihan - part 4

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

sambungan dari part - 3

Pagi yang cerah dengan matahari telah memancar dan menerobos dicelah-celah dinding papan rumah makcik, dia baru saja lepas menyiapkan bekalan makanan suaminya yang akan memulakan kerja baru bersama rakan-rakannya.

Selepas selesai menghantar suaminya didepan rumah dia bergegas kedalam rumah untuk bersiap-siap kerana dia akan mengikuti rakannya ke resort bagi menemui pegawai yang bertugas disana untuk temuduga sebelum memulakan kerja.

Setelah bersiap lebih kurang, dia pun turun kebawah mencapai motosikal Kriss dan bergerak menuju kerumah jirannya yang berada agak jauh dari rumahnya, ketika keluar dari rumahnya disimpang tiga mini tar, sebuah Lori Hilux bergerak agak laju melintas disimpang tiga tersebut, sekilas pandang dia sempat juga melihat kearah pemandu Lori tersebut.

Makcik itu sedikit terperanjat juga kerana tidak berhati-hati hendak keluar dari persimpangan itu, sebenarnya makcik itu lebih fokos kepada pertemuan dengan penemuduga nanti, dia meneka-neka bagaimanakah sikap penemuduga yang akan dia temui nanti, dia sebenarnya jarang dan tidak ada pengalaman kerja sebegitu.

Adakah dia akan diterima kerja atau tidak, tapi bila memikirkan jirannya mengatakan yang resort itu memang memerlukan berapa orang pekerja cleaner, dia yakin memang dia akan dapt kerja tersebut. Entah kenapa pandangan dan senyuman pemandu lori Hilux yang mengangok sambil berlalu pergi tadi sedikit memberi kesan yang lain dari biasa.

Memang dia sering mendapatkan senyuman dari sesiapa sahaja ketika berselisih dijalanan ketika menaiki moto bersendirian, hanya yang tidak memberi senyuman adalah saudara mara terdekat dan jiran terdekat sahaja yang buat muka biasa walaupun ketika menegur atau bercakap, jiran jauh atau orang luar sering kali bila berselisih selalu tersenyum sambil mengagok kepala, sama seperti pemandu Lori Hilux tadi.

Bersambung besok part - 5

Baca lagi seterusnya dibawah-







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 22, 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2023

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Selamat Menyambut Hari Raya untuk tahun 2023 - 1444 H. Selama Kita Bersama Di Bulan Ramadhan, saya orang kampung sekeluarga mengucapkan terima kasih atas semua perhatian yang anda diberikan.

Semoga anda sekeluarga selalu sehat. dan saya doakan semoga anda semua berbahagia dihari lebaran.🥰







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Janda Yang Setia Menanti Dalam Kesedihan - part 3

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

sambungan dari part - 2

Sebelum terlelap suaminya memikirkan akan perkerjaan baru yang dia dapat bersama rakan-rakan sekerja. Jika sebelum ini kerja beliau bersama rakan-rakannya adalah membina sebuah dewan serbaguna yang diserah olih AJKK kepada mereka untuk disiapkan. Dewan yang sederhana besar itu telah siap dibina walaupun agak terlewat dari tarikh yang ditetapkan kerana cuaca sentiasa hujan dimasa pembinaan.

Dia memikirkan akan perkerjaan baru yang baru saja diberitahu rakan sekerja, perkerjaan mereka kali ini adalah menebang pokok bakau. Kawasan hutan bakau itu akan dijadikan tapak projek yang diuruskan olih sabuah syarikat besar. Sebenarnya mereka tidak bekerja dengan syarikat besar utama, mereka bekerja dibawah kontraktor kecil lain yang mendapat tender mengeluarkan hasil kayu bakau untuk dijual.

Mereka ini pula bekerja dibawah kontraktor kecil ini dengan menebang seberapa banyak yang mereka dapat dengan pengiraan Tan, berat timbangan Tan inilah yang menghasilan pendapatan kumpulan mereka seramai lapan orang. Kayu bakau ini dibeli olih syarikat pembuat kayu arang. Tidak hanya kumpulan mereka sahaja bekerja disitu, ada lagi dua kumpulan lain yang membuat kerja seperti mereka, tapi berbeza tempat.

Olih kerana hutan bakau yang hendak dibersihkan itu sangat luas pehak atasan mahu tiga kumpulan ini dibantu banyak Jentera jengkaut dan lori meyelesaikan pembersihan bakau itu seberapa cepat yang bolih. Pehak atasan memberi tarikh tertentu supaya segera dibereskan. Jadi mereka akan menebang sebanyak mungkin bagi mendapatkan upah yang banyak.

Pekara ini dia dan rakan-rakannya telah bincangkan pada petang tadi, masing-masing sanggup dan bersemanggat untuk bekerja kerana mengimpikan upah yang lumayan! Pada perbincangan itu juga kumpulan mereka menebang dan memotong batang bakau seukuran enam kaki dan tinggalkan saja, kumpulan lain yang akan memungut dengan jentera escavator dan isi kedalam lori.

Dia menolih kesebelah isterinya rupanya isterinya telah lena tidur, dia mencium dahi isterinya dengan penuh kasih sayang dan melanjutkan tidur, dengan perasaan berat hati membenarkan isterinya bekerja sendiri.!

bersambuang besok, part-4

Baca lagi seterusnya dibawah-







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 21, 2023

AIDILFITRI DIUMUMKAN PADA HARI SABTU 22.04.2023

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Sah Hari Raya Aidilfitri telah diumumkan jatuh pada hari sabtu 22.04.2023. Pengumuman dibuat olih Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam ini tadi.

Ramai dari kita balik kampung, jalan raya pun akan sesak untuk dua tiga hari ini. Kita ucapkan selamat pulang kekampung pada mereka, berhati-hati selalu dijalanraya, jangan memandu terlalu laju hingga diluar kawalan, kata orang biar kita bawak kereta, jangan pula kereta yang bawak kita!

Bila terasa letih atau mengantuk berhentilah dan tidur berehat jangan gagahi memandu bila mengantuk, kalau cepat pun hanya sejam setengah saja, tapi kita ambil banyak risiko. Maknanya beza sedikit saja kalau kita bawa dengan berhemah!

Sayanggilah ahli keluarga kita bawa, biar lambat sedikit asal selamat. Nasihat ini untuk diri sendiri juga! apapun tahun ini saya tidak bereya dikampung saya beraya dikampung isteri.

Tidak terlalu awal saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN, tentu dalam penulisan orang kampung sebelum ini ada yang tidak menyenangkan saya mohon maaf.

Semoga seluruh kebahagian milik anda dihari yang mulia ini.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen