February 06, 2023

Raja Permaisuri Berkelah Berkumpul Dan Makan Bersama Anak Menantu

Assalamualaikum..

Raja Permaisuri

kami pergi berkelah didusun durian ditepi Sungai Sidim.

Sayangnya durian tak ada, selalunya kami makan durian disini. Makan sampai puas.

Salam Sejahtera dan salam perkenalan buat anda semua, yang hadir kesini hari ini.

Dengan diawalli kalimah Bismillah dan diakhiri dengan kalimah Alhamdulillah.
Semoga apa yang kita lakukan sehari-hari mendapat limpahan kebaikan dan keuntungan serta mendapat keredhoan illahi. aaminn.

Baik, hari ini saya tidak mahu tazkirah panjang..πŸ˜‚. tapi hanya sekadar mukhadimah bagi memulakan cerita saya kali ini.

Bagi sesiapa yang masih mempunyai ayah ibu, hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada. Bila mereka sudah tiada, kita sudah tidak bolih berbuat kebajikan apa lagi kepada mereka.

Sementara mereka masih ada, berilah kebaktian kita, kasih sayang kita tanpa ada apa alasan yang bolih mengurangkan kebaktian kepada keduanya.

Janganlah kita rasa malu membawa mereka kemana-mana hanya kerana mereka orang kampung, bawalah kemana mereka mahu selagi kita mampu, letakan mereka ditempat yang tinggi kerana mereka adalah Raja Permaisuri kita.

Bila sudah tiada, kita hanya bolih berdoa dan sedekahkan bacaan Al-Quran bagi kesejahteraan mereka disana.

Sekian, cukuplah mukhadimah saya kali ini, jika ada kesilapan menaip saya mohon maaf dan terima kasih semua. 🀝

Isi cerita saya, sayanggilah ayah dan ibu kita sedaya upaya kita, sebagaimana mereka menyangi kita tak kala kita masih kecil.



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 05, 2023

Ular Kobra Besar Tertangkap Kumpulan Penangkap Ular Yang Sangat Mahir

Assalamualaikum...
Semoga rezeki anda lebih mudah hari ini.

Salam ceria dan salam sukses.
Dan moga hari ini, hari anda yang lebih indah dari semalam, bagi saya setiap hari hari yang indah, sebab kita yang menciptakan keindahan hidup kita dengan izin Allah.

Kuatkan semanggat teruskan usaha.

Setiap cita-cita mesti ada usaha, setiap usaha mesti ada kesungguhan, setiap kesungguhan tentu sekali harapan untuk menrangkul cita-cita dapat diraih dengan jayanya.

Apa yang kita fikikan, itu lah yang akan terjadi. Fikirlah yang positif atau fikir yang kita bolih melakukan. Semua pekara kita bolih buat untuk kebaikan diri kita.

Baik, kali ini kita lihat pula satu wideo orang tangkap ular. Entah macam mana ular kobra bolih tersesat sampai situ.

Suasana tempat dimana King Kobra Besar ditanggkap. Kawasan itu adalah kebun kelapa sawit, kebun sawit tu milik saudara saya sebenarnya, nampak sedikit kebun nenas itu kan..? itu kebun saudara saya juga mereka buat tanaman nenas kilang. Nanti saya buat cerita tentang mereka pula dilain kali.πŸ‘‡πŸ‘‡

Lokasi ular kobra ditangkap, πŸ‘† tempat yang terang dan tidak ada semak yang besar. Kawasan yang kita tidak jangkakan.

big praise toAbdullah Mat Zain



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 04, 2023

Hitam Putih Kehidupan

Assalamualaikum.
Salam berbahagia dan selamat semuanya. Saya doakan dan berharap yang terbaik untuk anda dan keluarga anda. Jangan lupa doakan kebaikan buat orang lain supaya kebaikan itu berbalik kepada kita..aaminn.

Bagaimana pun kekadang semua perancangan kita tidak menjadi atau buntu, seolah yang baik tidak memehak pada kita. Harus diingat hendak dapat susah itu senang, hendak dapat senang itu susah. Jadi kesulitan itu biasa, kesenangan itu luarbiasa.

Jika kita memikirkan kesulitan kita, kita rasa kitalah yang mungkin sangat malang atau tidak bernasib baik. Tapi yang sebenarnya masih ramai lagi insan yang lebih malang dan tidak bernasib dari kita.

Bagi kita yang cukup sifat anggota badan tidak usahlah mengeluh dan bersedih diatas apa yang telah berlaku, kita yang masih punya cukup sifat, kata orang tulang empat kerat ini, masih punya banyak sangat peluang untuk membetulkan semua keadaan agar segera merobah kearah kebaikan kemakmuran dan kebahagiaan.

Bukan hendak cakap untuk merobah itu senang, tapi lebih baik kita cuba untuk berubah kearah kebaikan daripada sentiasa berkeluh kesah meratapi masa-masa kesulitan.

Okay.. sudah, cukuplah.. cakap banyak pulak, nanti terberesin lubang hidung orang..!

Suasana dan cuaca lembab serta hujan, kita terperangkap disatu kawasan private residence.! Ya... depan pagar ada papan tanda no entry.🀣

Jangan ingat terlalu banyak.. bawak betenang saja. Jaga hati dengan mendoakan hal yang baik buat orang lain, balasan doa yang berkah akan kembali kepada kita juga.

Senyum-senyum lah selalu. πŸ˜‚



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 03, 2023

Sabun Susu Kambin - Pasar Pagi Jumaat

Assalamualaikum...

Salam Sejahtera Salam Jumaat dan selamat pagi. Saya alhamdulillah sihat, begitu jugalah hendaknya harapan saya kepada anda semua agar anda dan keluarga sihat.

Pagi ini cuaca cerah namun gerimis sejak dari subuh tadi. Sekejap reda sekejap gerimis lagi. Cuaca ini kita tidak bolih kawal pun.. jadi kita kena ambil langkah yang bolih mengelak dari kena gerimis atau hujan.. pakai baju hujan.. haha..πŸ˜…

Pandagan dihadapan teratak kecil saya.

Hari ini hari Jumaat, dikawasan sini ada pasar pagi pada hari jumaat, jadi saya fikir hendak pergi kepasar pagi, pada hari ini. Kebetulan sudah lama juga tidak datang ke pasar Jumaat ini.

Kebetulan ada kawan saya talipon untuk berjumpa disana. Jadi jom kita pergi.. nanti saya update gambar pasar pagi jumaat. okay.

Jalan pintas.

Walau kita sebut Jalan pintas, dahulunya adalah jalan utama. Sekarang jalan utama adalah jalan berturap, tetapi jarak untuk ke pasar pagi ni, lebih jauh jika menggunakan jalan utama.

Kelihatan dua orang pekerja ladang, disimpang kanan perjalanan kita.

Jalan terus sampai akhirnya nampaklah - Balai Polis Pekan Malau. Berada diatas bukit.

Atas Balai PolisπŸ‘† bawah adalah Pasar pagiπŸ‘‡

Jualan sayuran dan kelihatan sayur πŸ‘†Cendawan tahun, Kulat ton atau kulat tahun.

Sabun susu kambin

lato lato πŸ˜…

roti canai malau

js bundle



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 02, 2023

America USA Kami Antar Wakil

Assalamualaikum.
Syukur kepada Allah subhanahuwataala kerana dengan izinya dapat lah kita bernafas dan bertemu lagi dihari ini.
Semoga Allah memberi kesmpurnaan dan kebaikan kepada anda semua takala menjalani kehidupan dimuka bumi Allah ini.

Bagi saya sendiri, saya sangat bersyukur kerana Allah masih memelihara kehidupan saya kesihatan saya, semoga terus berkekallan.

Baik.
Hari ini saya hendak berkongsi sedikit pengalaman wakil kita yang berpergian ke America . Amarika . USA atau The United States of America.
Bila sebut America tu mau kena telo orang putih sikit.. baru sedap dengaq...hihi..🀣 ..

Okay..
Tanpa berlengah lagi jom kita lihat atau tonton bersama video dibawah ini.
Perhatikan siapa yang ganjil dalam video ini. πŸ˜…

big praise to Abdullah Mat Zain



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!