Jun 15, 2010
BOLA SEBESAR BAS
Yah...
Selamat pagi semua,
Serta dengan ucapan Assalamualaikun.. Salam 1Malaysia!
Hari ini saya nak cerita pasal yang sangat mengerikan! [takuutt..] Kesah nya, malam tadi tidur lewat... sebab dok berpikir sambil blog-walking.. Macam mana nak buat entry yang best-best kan.
Sekali tu.. bab dah ngantuk sangat... tapi dok paksa juga celik.... saya rasa lah kan kesemua-semua2... bloger pun agaknya macam saya gak kan..? tak ngaku pun tak pe, kita tahu......
Sambil ter anguk-anguk depan bende ni.. terlelap, BUK..! terbaraing atas katil.. he.. macam tak terkawal gitu.. terjaga! tekejut! pas tu terdengar satu suara.. laaa.... ish... ish... dah pukui dua lebih ni Bang oi...
Saya jawap... Nyamuk banyak ni... masa terlelap tadi tu saya tengah baca entry kat satu blog pasal nak upkan trafik.. blog tu nama 'LaNuN(*-^)' fuh... kat tempat bro.. tu banyak tip2 menarik... Pasal buat entry BOLA.... sebab sekarang musim bola..!
Pas tekejut tu... aku macam pening-pening ... saya tutup semua barang-barang, termasuk barang tu... hu.. hu.. hu.. tarik selimut tidor...z z z' z.. sekali ada orang sepak bola kat padang naik... tinggi.. tinggi.. tinggi...semua orang mendogak kelangit mencari dimana bola hilang diawan...? kemudian bola itu mula nampak jatuh.. kebawah.. jatuh ..!. makin kebawah semakin besar pulak bola tu... makin besar... makin besar.. MAKIN BESARR.... semua orang lari...... tapi saya sendiri tak kuasa nak lari, sebab masih tertidur kat katil.... cuba nak bangun tak terdaya... ya Allah selamatkan lah selamatkan lah saya...... BOLA makin laju kebawah... serta semakin membesar... sebesar bas....! sebasar bas..! lari...! Tetiba kedebung! kedekung kedekang! Bola jauh menghentam dingding bilik..! fuh... selamat, nasib baik tak kena saya..! .. dah Bang oi... dah siang..! rerupe nya baldi plastik buat taruk baju siap basuh, terjatuh... begitulah cerita nya, seram lagi menguris hati... [ok.. ok..sory..] erm....
Untuk you'll yang tidak pernah ter pergi kat belog Lanun 'LaNuN(*-^)' sila lah klik kat link tu.. kirim salam sekali kat Lanun tu ye.. bagitahu saya promote blog dye, ey... tp banyak tip-tip baik kat sana.
LaNuN(*-^)
Ok. Salam bahgia selalu.
Wassalam.
Jun 14, 2010
BOLA
Bola.. Bola.. Bola..
Habih... cerita tak ada cerita lain..., cerita bolaaa, masa sekarang ni..
Sampaikan orang yang dah lama sangat [tua dah..] pun masih kuat cerita bola lagi.. Kat rumah ada tv.., pun sanggup pegi kat warung berkumpul reramai tengok bola... pegh.. punya riuh.., saya pun tompang sekaki la...
tapi saya cool je la , tak lah sampai ketuk meja dan jadi pemberita sukan... pulak!
Ada sorang tu kita tiak diye.. Pak Su.., Pak Su Saari.... pergh... diye punya suara... tengelam geng lain... badan besar.. suara pun besar garau.... wakaka.. bersemagat betul kita dengar.... ulasan dia..!
haaa... pasal bola ni .. saya hendak cerita sikit... kenangan masa kecik-kecik dulu... kita orang ada team sendiri tau... oleh kerana saya ni agak cergas sikit... dan ala... ala... tarzan gitu... posisi saya penjaga gawang le apa lagi...! masa itu.. kalu dia orang nak score gol... pergh... gol keeper la yang kena.... apa tidak nya ditujunya tegak kat peut kita... memang la susah nak gol... tapi sakit la perut tahan bola tu.... tapi goal keeper mestilah kuat semangat... walau pun mata dah keluar bintang dengan beburung berkicauwan....tetap tunjukan kegagahan pada pasukan lawan.. kalu tembak sudut.... tentu goal... sebab saya selalu takut setan.., [bukan setan yang tu...] setan...? tak kan tak ingat kut..? takut kepala kena tiang gol... keh..ke.. ke.. sebab dah pernah kena... benjul.... kedekung...! aduhh... hampir pitam sekejap.! Nasib baik le masa tu tiang gol cuma batang buluh keras saja.. kalu besi..? naya tu.. dah tu tiang goal buluh dua batang.. palang atas tak ada..! akhir nya kesudahan main selalu nya selalu kecuh... bertumbukla... kekadang tu orang veteran pun masuk campur tu.. tiang tak de palang... habis tu.. masuk tak masuk gol.. macam mana..? masaalah negara...tu.
ermmm itu cerita lama... kat kampung aku pun dah ada padang.walaupong tidak seberapa.. cukup la budak-budak lepas gian... bila sesekali balik ke kampung.. kenangan lama mengusik kalbu.. disana lah saya berkubang dengan kekawan.. dan pingiran padang sana jugalah bahgianya senyuman buah hatiku walaupong masa itu dikau masih comot... lagi. ...erm... walaupun dimana kau berada sekarang ini.., kutetap mendoakan kebahagian diri mu...,
Wassalam.
Jun 12, 2010
KAMPUNG
Hari ni Hari Sabtu, dah banyak hari saya tidak buat entry.!
Bukan tak nak buat.. tapi saya rasa entry saya berat-berat kut.. atau you all tak
minat baca entry saya yang terlalu kekampungan.. hu.. hu. dah tentu orang Kampung nak tulis apa lagi.! Ok.. kali ini saya tak mahu buat entry berat yang terlalu tegak bendul.. Kan saya ni baru berapa ari saja berblog ni kan. kan.. Dan.. andai
nya kau pergi dulu sebelum ku.. tunggu lah aku kat guard room sana..! Bukan macam itu.. seandainya ada yang berminat dengan entry yang berat sikit, saya dah terpikir nak buat blog yang lebih sesuai nanti! Yang akan mengutarakan isu semasa dari penilaiyan orang kerdil atau persepsi luahan hati orang biasa seperti saya ini. ada sahabat saya menegah saya menulis menentang kerajaan takut kena tangkap, saya mana menentang gomen..! I want to write something that happened around me, other writers are many reasons not to write like me. I just leave comments and I have never lied to anyone else. so many people out there who like me, but they can not speak to the public for their own reasons. buat saya, saya tulis tu atas sebab nak meluahkan pendapat saya saja, dan tidak dipengaruhi olih mana-mana pehak pu. Jika orang Kampung baca pun. tentu mereka setuju dengan apa yang saya tulis tu. Hanya mereka tidak ada masa nak mengomel pekara itu semua, kata mereka apa tu.. 'buat buang karen.. saja.' tak apa lah saya lungkan masa buat komen macam tu. Tunggu lah blog baru saya itu.. kat blog xaturen ni saya hanya hendak berkawan dengan semua orang, i love you'll.. so jangan ambik ati kalu selama ni tulisan saya mengancam jiwa raga you! penutup kata .. ini ada pantun siket, buah pala, buah tomato, ambil galah bawak lari.. kalau mengaji rajin-rajin, kalau kerja kuat-kuat, kalau tido jangan la lewat.. keh.. keh..
ada lagi... putri santubung, putri sedendang, kalu begaduh sampai ke pagi, selalu dok tenung, selalu dok pandang, blog you'll semua menarik hati..
wassalam.
Jun 10, 2010
PERNIAGAAN
Serta Salam Sejahtera untuk semua masih kemari, Saya ucapkan syabas dan terima kasih.
Setelah saya renung-renungkan, dan setelah saya banyak meneroka segala macam punya Blog-blog yang ada dan tercapai olih saya, sebelum ini saya kurang melayari Blog! Maka dapatlah saya simpulkan bahawa saya sendiri tidak tahu nak mengkelaskan apa jenis kah Belog saya ini. ermm... Yang saya tahu saya menulis mengikut apa yang saya terasa hendak tulis. Sehingga saya menemui tulisan yang mengatakan Adik-adik saja yang menulis blog!
Habistu tempat Abah-abah seperti saya ini, hendak menulis kat mana? Takkanlah hendak menempah website sendiri! Semua itu kena bayar kan, Jadi tak kesahlah.. blog juga lah saya nak guna sebab dia free..!
Kali ini saya hendak bercakap pasal gula dan dua tiga jenis barangan dapur yang hendak naik harga lagi.. Ada tertulis kat dalam Surat Khabar yang mengatakan satu kelompok manusia yang nak mogok tidak mahu jual barangan keperluan dapur tersebut, atas alasan 'Perniagaan'. Sangat bagus sekali semangat kelompok manusia ini! Mereka sanggup melihat rakan-rakan, saudara-mara serta rakyat Malaysia keseluruhan bersusah hati, gundah gulana disebabkan susahnya nanti untuk mrndapatkan 'Gula'. Dan sekarang ini pun sesetengah tempat agak payah untuk mendapatkan 'Gula'.
Ini semua gara-gara titik permulaan perancagan mereka untuk untuk menaikan harga gula! Inikah semangat '1MALAYSIA' yang hendak ditunjukan olih sekelompok manusia ini, yang mengaku rakyat '1MALAYSIA? Apakah mereka ini sangat tamak? Asal hanya mendapat keuntungan banyak, mereka sanggup hendak membuang semangat '1MALAYSIA' yang kita hendak amalkan! Kelompok manusia ini hanya menhitung keuntungan yang sedikit serta menyalahkan pehak-pehak lain tanpa ada sedikitpun rasa malu menjadi rakyat Malaysia! Dimana mereka letak 'RUKUN NEGARA' yang diajar sejak mereka dibangku Sekolah Rendah lagi? Apakah selama ini mereka belum cukup untung?
Siapakah sebenarnya yang hendak menaikan 'Harga' barangan tersebut? Penjual runcit kah? Pemborong kah? Pengilang kah? daripada pengamatan saya yang tidak sepandai mana ini, saya nampak seperti permainan Wayang Kulit saja! Jika benarlah mereka tetap mogok tidak mahu menjual barangan dapur tersebut hanya semata-mata untuk mendapat keuntungan yang banyak, memang sudah 'sah' kelompok manusia ini bukan Rakyat Malaysia yang tulin!
Saya rasa Kerajaan wajib mengambil jalan lain untuk mengelak daripada kekurangan gula yang bolih menyebabkan banyak pehak yang akan menangung kerugian, terutama sekali kepada rakyat miskin samaada dibandar atau dikampung, pengusaha-pengusaha kecil termasuk juga peniaga pasar malam dan sebagainya yang berjumlah berjuta orang. Kerajaan mempunyai bukan satu, bukan dua tetapi beratus cara untuk mengatasinya. Contoh nya: Kerajaan wajib membenarkan sesiapa sahaja yang mampu, untuk membawa masuk 'Gula' dari luar negara. Tidak hanya terhad, hanya kepada orang-orang tertentu sahaja! Seperti mana yang berlaku kepada rakyat Malaysia yang kekurangan kerja yang berbaloi dengan gaji, disebabkan peluang pekerjaan tersebut telah diambil, direbut, dicuri olih lambakan pekerja asing yang jumlah berjuta orang.! Jika kerajaan bolih bebaskan Rakyat asing merebut kekayaan Negara daripada Rakyat sendiri, apasalah nya Kerajaan membenarkan rakyat Melaysia sendiri berkongsi kekayaan dengan berdagang 'Gula'? Jangan lah pula hanya membenarkan sesaorang sahaja membolot kekayaan daripada bedagang 'gula.! Bukankah sudah jelas mereka ini menindas majority Rakyat Malaysia yang lain?
Jangan hendak jadi jaguh dinegara Palestine, sedangkan dalam Negara terkontang kanting! Tahukah anda dari awal misi sehingga ada yang maut dilautan, semuanya adalah rancagan Yahudi semata-mata.! Tidak lebih dari itu! Cuba anda lihat peta di sini, dimanakah Negara Israel? Jika dicampur semua Negara Arab ianya 1 Israel, 600 Negara Arab! Jadi.. Berikanlah Orang Arab, Nagara Arab yang lebih dekat, lebih kaya, lebih dekat pertalian darah mereka tanggungjawab membela Umat Palestine! Kita jika berasa insaf hendak membantu, hulurkan bantuan melalui Negara-Negara Arab tersebut! Tumpukan 99.9% dalam hal pentakbiran Negara. Hal-hal kemakmuran rakyat, bukan kemakmuran segelintir individu.
Sekian, Salam Hormat.
Wassalam.
Ali Rabak Sudah Kaya.
Salah cakap sikit dia akan cakap, rabakk la kau ni.. sebab selalu sangat dia cakap macam gitu lama-kelamaan orang gelar dia Ali Rabak!
Dia sekarang kerja dan menetap di Shah Alam, siap beli rumah lagi kat situ.. rumah kat sini semua mahal-mahal belaka, namun dia mampu beli la...
Ini bermakna Ali rabak sudah kaya sekarang ni oi..
Rabak.. la ko ni.. tidak pelawa aku turut kaya macam ko.. rabakk..

Baca Lagi Kesah Fidah!
Jun 07, 2010
SEMANGATKU
Dan selamat malam!
Pejam celik-pejam-celik dah cuti Sekolah lagi. Tak terasa masa begitu pantas beredar.. Ketika cuti-cuti lah yang membuatkan semangatku semakin lemah.. Lemah bukan kerana tak makan tetapi lemah kerana telinga ini selalu banyak makan cakap anak-anak, Asal balik je.. Dady .. dady.. kawan kita pergi Pulau Pinang la dady... best le die.. Kite bila nak pegi jalan-jalan dady..? ha.. macam tu la lebih kurang.! cuma Dady tu tukarkan jadi Pak.. oo Pak! Kita ni dah la tengah kureng OT,.. habis tu cam mane?
Pagi tadi saya ada terbaca dalam Metro, ada cerita tentang penarik kereta dah macam samseng tu, Pasal Penarik kereta ni memang menyakitkan kalau terjadi pada sesiapa pun, Ye.. la.. kan ada dengar main tarik kat tengah jalan, pecah masuk rumah, cabut kunci masa tengah parking la.. macam-macam lagi la.. seolah-olah mereka-mereka ini memang macam samseng! Nak diikutkan memang lah Tuan punya kereta buat salah pasal tidak melunaskan bayaran! Tetapi hendak tarik tu agak-agak la..sikit, jangan la sampai menjatuhkan maruah sesaorang kan?
Biasanya mereka ini berkerja bekumpulan, paling kurang pun tiga orang diketuai sesaorang yang berbadan sedikit besar.. kerana badan besar bolih menakutkan orang. Mungkin sesetengah orang kecut bila lihat manusia yang berbadan 'Besar', walau bagaimana pun kalu dengan saya jangan cari pasal... sebab aku tidak takut sedikit pun dengan orang yang berbadan besar! Betul... aku tidak tipu..! Buat pe aku nak tipu you all semuakan..! ok.. Ada satu cerita tu.. pasal orang tarik kereta.. orang tu memang aku kenal la.. jangan ingat aku bermesatafora lak.. keta aku, aku bayar cash tau! ye la keta KE70.. he..he..
Luka kepala orang tua tu.. kesian aku tenggok! Bukan luka kena ketuk dengan penarik kereta tu.. Tapi luka sebab terantuk entah kat mana semasa sedang tarik menarik kunci kereta dengan samseng tu, kebetulan uncle tu baru sedang berjinak-jinak dengan politik.. ermm... sedikit sebanyak terjatuhlah sedikit darjat dia dimata orang ramai. Dah dapat kunci dihalaunya uncle tu keluar! Mereka pecut bawak lari kereta tu... tinggal lah dia berdiri sambil memegang kepala nya yang sedikit berdarah! Cuba bayangkan tentu malu dengan orang ramaikan? Saya pun tidak tahu nak kata apa la... penarik kereta pun nak nak cari makan juga kan, dia orang pong ade anak bini juge kan? Alahai.. tak tahu lah...
Kalau sesiapa tengah dok cari kerja tu.. tak usahlah mintak keja penarik kereta! Atau jadi Penarik Kereta sebab nya satu saja, kita pernah dengar orang menyupahkan? selalu sesaoarang kena sumpah seranah dari sesaorang, iaitu satu lawan satu.. Tetapi Tukang tarik kereta dapat sumpah seranah dari seluruh ahli keluarga tersebut..! termasuk anak yang kelapan yang masih isap puntung kosong, ye la.. kereta Bapak dia kena tarik! Tak dapek lagi nak pegi relek-relek kat tepi laut macam selalu.. kereta dah tak ada!
ermm... ok lah.
Jumpa lagi, wassalam.
Jun 06, 2010
Orang Tersayang.
Serta salam sejahtera semua, bagaimana dengan percutian anda semua? erm.. besok ada lagi satu hari lagi yang bolih dimenafaatkan sebagai hari riadah bersama keluarga tersayang! Hari Sabtu saya tidak kemana-mana hanya berkunjung ke rumah Pengantin disekitar daerah saya. Sebenarnaya ada tiga jemputan yang saya dijemput. Tetapi olih kerana kenderaan saya buat hal, terpaksalah saya batalkan keJemputan tersebut.

Rasa ralat juga sebab tidak dapat memenuhi jemputan yang lagi satu, keadaan hujan membuatkan masaalah kenderaan saya tidak dapat disengarakan! Memikirkan jarak destinasi jemputan jauh, dengan melalui jalan pedalaman saya tidak sanggup meminjam kenderaan kekawan yang lain. Saya khuatir sukar untuk menjaganya didalam cuaca yang begini! Walaubagaimanapun saya telah menalipon Adik kepada tuan rumah memberitahu keadaan yang saya alami.
Besuk tentunya saya terperap lagi dirumah! Anak-anak dah merunggut tidak dapat kemana-mana, saya diamkan saja.. sebab kalau dilayan makin banyak nak kena jawab, ok.. erm.. besok masih ada Jemputan yang kena hadir.. tetapi tidak jadi masaalah kerana berdekatan dengan kawasan kediaman saya, naik motosikal pun bolih.
Harap cuaca bertambah baik besok. Kasian dengan tunah rumah.. risau takut banyak makanan yang kena buang! Kalau dah banyak tiada siapa terlarat nak makan! Ok.. cukupla dulu catatan hari ini..! oh ya 12/06/2010 saya terima jemputan yang paling jauh.. nun.. hampir 600 kilometer disana! Kakak sendiri hendak bermenantu! So tepuk dahi tanya kereta.. larat ke ko nak golek tayar ko.?
erm.. tidak mengapalah nanti saya fikirkan.
salam 1MALAYSIA!

Baca Lagi Kesah Fidah!
Jun 04, 2010
GULA.
dan salam sejahtera!
Tengah hari tadi iaitu sebelum Jumaat saya pergi ke beberapa kedai disekitar kawasan kediaman saya untuk mencari Gula. Sebenarnya sudah dua tiga hari saya mendengar runggutan dari Puan Seri saya, yang dia susah untuk membeli gula. Dengan sebab itulah saya cuba membantunya mencari.. mana tahu rezki saya lebih senang dapat.! Tapi nampaknya dugaan saya meleset sama sekali.. Bila saya tanya penjual dia kata gula tak ada! Tetapi jika anda mendengar berita di TV gula ada.. banyak..! Habis tu kemana pergi gula-gula!.. mana gula tersebut? Hilang kemana?
Dan jika anda semua perasan, ini semua taktik lama penjual, pengedar, pembekal, dan toke-toke gula di Malaysia! Mereka mereka ini sebenarnya lebih berkuasa dari semua orang yang ada di Malaysia ini! Percaya atau tidak, itu hakikatnya yang berlaku di dalam Bumi Bertuah ini! Bumi Malaysia..! 1 Malaysia..! Maknanya satu Malaysia tak dapat gula jika gula disorok..! Jika gula tidak disorok Satu Malaysia akan dapat Gula pagi besok..!
Saya nak tanya sikit kat anda semua! Mana kita punya kementerian? Apa yang Menteri serta konco-konco nya buat ha? buat kerja ke! atau cuma tunggu gaji tiap-tiap bulan? Kalau anda semua nak tahu.. Mana-mana Menteri sekalipun.. tidak kira apa Kementerian waimah Kementerian yang bersanggkut paut dengan Ugama Islam! Agama resmi negara Malaysia sekali pun.! peratusan yang betul-betul buat kerja sangat rendah sekali, seperti rendahnya nilai seorang bayi yang di buang dimana-mana tu!
Tidak setara dengan peruntukkan yang disalurkan keKementerian tersebut.
erm.. Berbalik pada gula tak ada, ini adalah tragedi menyayat hati yang sengaja diulang-ulang olih sesetengah manusia didalam 1MALAYSIA ini!

Ada kapatut Kekurangan Gula Adalah Disebabkan Pembelian Panik! orang Kampung pun tahu la.. ini semua sebab harga gula nak naik..! Tidak usahlah dok dolak dalik cakap buat bagi orang Menyampah mendengarnya! Kalau perut dah kenyang! cakappun ikut suka hati ja... macam la rakyat ni buta, pekak, tuli! yang sebenarnya diaorang tak buat kerja..! dia orangpun 2x5 dengan kita jugak..! sekadar tunggu dan lihat je..! dia orang yang bercakap tu tidak mengapa lah, 15 ringgit sekilo pun diaorang bolih beli, gaji besar.. yang kita ni, sapa suruh jadi orang susahkan? hu.. hu.. hu..! Yang aku paling, paling, paling bengkak tu sampaikan sebuah Pulau.. beb!
Pulau! pun bolih kena curi tu....! Kalau bagi kat aku pun kira ok lah jugakan! aku kan Rakyat Melaysia? Kalau aku buat apatu.. Genting kedua pun, (faham-faham le kan..) hasilnya tidak pegimana, kat kerajaan jugak kan? Dah terlepas, disuruh relek la.. berader. relek.. kita terima ja apa yang telah diputuskan.
Singapore is very careful in what they do. PLus they do their homework on the case very well (unlike some people in our country) so that is why during the case we kena taruh betul-betul.
Cuba kita selami hati rakyat kita yang tinggal hidup dikawasan tersebut! kecewa hati mereka, mereka mengharapkan kita orang yang bertanggungjawap memberi hak, kepada yang berhak! Siapa yang salah sekarang? Jawabnya sama seperti yang saya tulis kat atas sama serperti kes simen, kes gula jugak, makan gaji buta tak buat kerja betul-betul.. kalau nak tahu, kalau sekadar aku ni saja yang marah tak mengapa, siapalah aku ni kan.. Tetapi cucu cicit kita, masih menyumpah seranah walaupun tulang belulang kita sudah reput dimakan cacing tanah!
Hisss... takkan lah sampai macamtu sekali, mestila.. kita mesti bertanggungjawab diatas segala apasaja yang telah kita lakukan! Pekerjaaan diamanahkan kepada kita kat dunia ni.
Buat kalau ditanya itu Pulau siapa? Kenapa jadi macam tu punya Indah, Kaya, dan gah.. Nak bangun jawab apa? Takan nak kata awak rabun ni.. kan Pulau Batu saja tu..! Kalau bab Islam, seksa kubur menanti kalau buat kerja tak sebenarnya, bab Ugama aku tak pandai sangat la..
Jadi aku tak nak cakap! takut dapat dosa kering! Kalau bab yang aku cakap diatas semua orang tahu!
Salam Hormat.
Jun 02, 2010
Kemampuan Malam Pertama.
Hari ini hari yang mengkofiuskan buat diri saya, kerana memikirkan sesuatu yang agak berat bagi saya tapi mungkin ringan bagi orang lain..erm..
Pertama, pada perkiraan saya, saya berbelog ni.. pada awalnya hanya sekadar suka-suka saja.. bagaimana pun, ianya telah terjadi sebaliknya pulak!
Saya terpaksalah pulak cuba memberikan sesuatu yang agak diluar kemampuan saya.
Contohnya dari segi bahasa, ayat, serta berbagai lagi pekara tentang penulisan.. memang saya kurang mahir penulisan..erm..

Walaupun saya tahu anda semua tidak mengenali saya, anda hanya mengenali blog dan tulisan saya saja.. itupun sudah cukup bagi anda membayangkan siapa saya kan?
Saya untuk sekiankalinya mitaklah sangat-sangat, jangan ada lah tulisan saya yang akan datang nanti memberi kesan yang menyakitkan dan tidak anda sukai.. anggaplah seperti iklan kat TV.. je!
Sebab iklan tetap ditayangkan walaupun dah muak kita tenggok, seperti iklan ubat gigi tu.. tiap kali iklan tu tayang dengan mengaga mulut dan menghembus kat member sebelah tu, tahukah anda mulut tetap berbau walaupun gigi bersih! walaupun pakai ubat gigi cap naga kembar tiga sekalipun!
Jangan dok pi beli ubat gigi sebab percaya kat iklan,.. belilah yang 'halal' jika anda bukan Islam beli lah yang tidak terlalu mahal, sebab bahan utama nya sama sahaja.. cuma ditambah perasa, macam mi segera. tetap tepong gandum juga...
Pasal mulut berbau tu,
kalau tidak percaya tanya doktor ok, janganlah confident sangat dok ngaga mulut kat orang.. erm..
Mulut yang berbau sedap hanya mulut Baby je.. saya sangat suka dengan Baby. Tak
kira lah baby siapa pun..asal baby manusia! yes.. i'love baby!..
Lagi satu konfius.. ialah sama ada saya nak meneruskan ketidak belog ini! Belog merapu ni.. kan..
Jika saya senyap tidak buat enteri tu bukan bermakna saya tidak ada, cuma saya banyak buat blogwalking dok tengok anda punya blog la.. semua hebat-hebat belaka!
Kekadang tu saya dapati ada sesetengah blog tu terlalau berat nak panjat! nak 'done' kesemua kesemuanya lama sesangat nak tunggu tu.. saya tidak tahu pulak kenapa! Kalau ada sesiapa yang tahu bolih la bagitahu ey..
Yang berat nak panjat saya 'close' pi baca yang lain le.. ok, cukupla.. dah banyak saya tulis ni.. see u!
Salam Sayang.


Baca Lagi Kesah Fidah!