Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

March 26, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa

Assalamualaikum...
Apa cerita hari ini.. moga anda baik baik saja.

Seperti mana manusia lain, saya pun begitu juga.. iaitu senantiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup ini. Dan saya mengharapkan yang terbaik juga untuk anda semua!
Hari ini masa seperti sangat lambat berjalan.. ini kerana hari ini cuti!
Jadi saya dok terperap jelah kat hotel ini. Ada sekali dua turun pergi round kat bandar KB ni.. pagi pergi jelajah pasar, tengah hari pusing pusing lagi.. ye lah sekadar melihat sekeliling bandar, tak ada apa yang nak dibeli. Last beli nasik bungkus naik makan kat atas, ermm...
Petang kita orang pergi mancing dan menjala diseberang sungai KB ni.. sampan kecil suzuki 15kuda naik lima orang.. memang sarat! air tengah pasang, dapat sikit udang dan ikan masing masing ketawa, bagi menukarkan kekecewaan la kut.

Dalam pada bersaorangan kat sini teringgat pulak kenangan lama dimasa kecil dahulu! Masa yang tak pernah rasa bosan, sebab ramai kawan yang sealiran nakal dan adventure! ermm..  masa tu kami berlima ada lah kumpulan yang sering berkumpul. Kami membuat apa saja aktiviti yang bolih menghiburkan kami. Dikala itu usia masih belasan tahun.. masih power dan tak tahu penat.! kalau setakat Gunung Jerai tu selalu sangat kami naik turun.. erm.. sebenarnya saya dari tahun satu saya menetap di Kampung Titi Teras, jadi hanya kat kaki Gunung Jerai saja rumah saya bersama Nenek, mak aii... kenangan betulla.. awat aku sedih nii..?
Ada satu kali penjelajahan kami mendaki Gunung Jerai yang masih segar diingatan. Mahunya tak ingat! sedang kami dalam perjalanan menuruni Gunung, seorang rakan kami kelihatan terkejut dan pucat mukanya.. kami mendiamkan diri setelah diberi isyarat olih nya. Kami berempat menghampiri dan betanya kenapa? dia tidak bersuara melaikan memberi isyarat menyuruh kami memasang telinga betul betul.. saya pun ikut memasang telinga dan mengamati bunyi yang dimaksudkan itu.
Apa lagi meremang bulu tengkuk apabila bunyi ngauman Harimau yang semakin jelas saya dengar! Apa lagi masing masing langkah seribu lintang pukang, ada yang tersembam ketanah, tapi terus bangun dan lari. Masing masing lari nak menyelamatkan diri dari baham Harimau! Saya sendiri rasanya mahu terbang pergi dari situ dengan segera! bunyi Harimau tu... gila apa kalau tak ada yang kecut perut.. memang tak dapat dibayangkan perasaan takut yang saya alami.. terasa harimau sedang mengejar kami semua.. Tak berapa jauh kami berlari.. tiba tiba kedengaran suara orang dewasa menjerit.. woi.. woi.. jangan lari la.. masuk gaung nanti..! saya masih tidak menoleh kebelakang, terus berlari walaupun dah tahu yang berbunyi Harimau tu sebenarnya suara manusia saja...! Sungguh kurang asam betullah... Yang berbunyi Harimau tu sebenarnya suara tiga orang Jabatan Perhutanan yang berkerja kat situ.. eeeegeram nya...

itu kesah lama dulu.. saya percaya kami semua, masih ingat kesah seram itu bila saja memandang Gunung Jerai. Kesah itu semua hanya tinggal kenangan.. kini kami masing masing membawa haluan sendiri. Tak mungkin kami akan bertemu lagi.. kerana tidak lama selepas kejadian itu, saya kembali kepada keluarga yang jauh jaraknya dari kampung Titi Teras. Dan hanya sekali dua saja kesana, jika saya kesanapun mereka tidak akan mengenali saya lagi.! wakakaa..

June 10, 2010

Ali Rabak Sudah Kaya.

Saya ada saorang member nama dia Muhammad Ali, disebabkan dia selalu berkata rabak.. rabak..

Salah cakap sikit dia akan cakap, rabakk la kau ni.. sebab selalu sangat dia cakap macam gitu lama-kelamaan orang gelar dia Ali Rabak!

Dia sekarang kerja dan menetap di Shah Alam, siap beli rumah lagi kat situ.. rumah kat sini semua mahal-mahal belaka, namun dia mampu beli la...

Ini bermakna Ali rabak sudah kaya sekarang ni oi..

Rabak.. la ko ni.. tidak pelawa aku turut kaya macam ko.. rabakk..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!