December 15, 2020

Ikan Baung Besar.

Assalamualaikum...

Salam berbahagia semua, semoga hari ini anda ceria dan bahagia bersama keluaga.

Hari ini seperti biasa tidak ada apa yang luar biasa yang berlaku pada diri saya, maaf kerana sudah dua tiga hari saya tidak menulis apa-apa disini.

Ini kerana saya kekurangan modal untuk menulis, apa pun hari ini saya cuba memuat naik satu Video yang saya dapat dari media awam tentang saekor ikan besar.

Ikan besar ini namanya ikan Baung, ikan baung dapat dipancing olih saorang kaki pancing.

Ikan baung ini sangat besar dan dianggarkan beratnya 34KG tiga puluh empat kilo.

Foto From Google


Semoga anda yang belum pernah melihat vedio ini dapat melihatnya sekarang.

Dan saya dan anda semua bolih melihatnya dilain masa.


salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



December 04, 2020

Pindah Ke Rumah Baru

Assalamualaikum...

Salam bahagia semua sahabat-sahabat sekalian, dua tiga hari ini memang banyak kerja sikit sebab pindah kerumah baru.

Maklumlah hendak angkut dan memindahkan segala macam barang kerumah baru, bukannya buat sendirian tetapi buat bersama anak-anak, tetapi anak-anak menolong hanya pada waktu pulang dari kerja saja.

Selebihnya saya yang mengankut sendiri apapun semua sudah beres, walaupun masih ada lagi sedikit yang masih tertinggal, mungkin lagi dua tiga hari habislah.

Jadi tidak dapatlah saya menulis banyak-banyak kali ini, badan dah penat nak mintak berhat saja ni..

Okay lah, semoga kita dapat berjumpa lagi.

Sekiranya anda terdatang ke sini, bolihlah komen supaya saya dapat hadir pula ketempat anda.

Atau sebarang komen yang bolih menambah baik bagi menulis seterusnya.

Atau jika ada sebarang pertanyaan, sila nyatakan mana tahu saya bolih menjawab

Sekian. jumpa lagi.

selamat malam.


salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



December 01, 2020

Humban Budak Dari Tingkat Empat.

Assalamualaikum...salam sejahreta semua sahabat, apa khabar anda hari ini? hendaknya semua baik-baik belaka ya....

Hari ini kita nk cerita sedih ni... ada kah patut budak empat tahun dicampak keluar tingkap macam itu saja, memang zalim lah orang ini.

Itu lah selalu suka sangat pilih pekerja asing jadi suami...

Patutnya pakat ramai-ramai ambik dia campak dia keluar tingkap, biar dia rasa macam mana kalau jatuh dari ketinggian tingkat empat Pangsa puri.

Apa pun kejadian ini telah berlaku, kita kena ambil pengajaran sangat! jangan sampai apa yang berlaku kepada orang lain berlaku kepada keluarga kita pula.

Campak budak 4 tahun dari tingkat 4, adalah satu perbuatan yang sangat tidak masuk akal dan tidak bolih dimaafkan.

Hendak pula dilakukan olih orang luar yang telah diberi kepercayaan olih pasangan mereka sendiri, sperti perbuatan orang yang tidak mengenang budi.

Saorang saksi kejadian kebetulan tinggal dibahagian bawah apartment empat tingkat tersebut, telah melihat kejadian ini berlaku!

KUALA LUMPUR:
Seorang saksi kejadian budak maut dicampak dari tingkat 4 sebuah pangsapuri di Danau Kota, Setapak, di sini pagi tadi, mendakwa mendengar bunyi bising dan orang menjerit daripada unit kediaman di tingkat atas rumahnya.

Idayu Ismail, 24, berkata dia adalah antara saksi kejadian yang turut sama membantu menyelamatkan seorang wanita daripada dirogol oleh bapa tirinya dalam kejadian 7.40 pagi tadi.

"Mula-mula saya terdengar bunyi bising dan ada suara wanita menjerit meminta pertolongan kemudian saya keluar dan lihat ada jiran lain menarik dan menyelamatkan seorang wanita yang tinggal di tingkat atas kediaman saya.

"Pada masa itu wanita terbabit dalam keadaan berlumuran darah serta tidak berpakaian di tangga hadapan rumah saya," katanya ketika ditemui BH selepas polis merekod kenyataannya.

Katanya, dia dan keluarga menyelamatkan wanita itu namun tidak lama kemudian Idayu melihat suspek juga dalam keadaan bogel membaling telefon pintar dari tingkat atas.

"Suspek kemudian bertindak mencampak seorang budak lelaki berusia empat tahun dari tingkat empat kediamannya menerusi tingkap rumah. Saya panik dan segera menghubungi polis.

"Kanak-kanak yang dicampak itu memang kami kenali di kawasan kejiranan kami sebagai Adam dan suspek adalah warga Nigeria yang juga dipercayai datuk tiri kepadanya," katanya.

Idayu berkata, semua wanita tempatan yang tinggal bersama suspek dipercayai adalah anak tirinya dan sebelum kejadian hari ini, tiada sebarang kejadian pelik atau aneh pernah berlaku.

"Sebelum ini keluarga mereka tidak pernah bergaduh dan kerap turun ke tingkat bawah pada waktu petang untuk beriadah," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata suspek berusia 42 tahun itu cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu namun dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain.

"Anak tiri mangsa berusia antara 19 hingga 29 tahun itu cuba menghalang suspek daripada merogol dan suspek mengamuk, memukul serta menghentak kesemua mangsa yang ada dalam rumah berkenaan.

"Selepas itu isteri dan anak-anak tirinya cuba menyelamatkan diri dan keluar daripada rumah untuk mendapatkan bantuan daripada jiran dan pengawal keselamatan," katanya.

Nik Ros berkata, melihat mereka melarikan diri meminta pertolongan, suspek berkemungkinan bertambah marah dan bertindak mengangkat mangsa, Muhammad Adam Sufi, 4, dan kemudian membawa ke tepi tingkap luar bilik utama.

"Suspek kemudian mencampak Adam hingga jatuh ke bawah dan dia kemudian melompat keluar menerusi tingkap sama

"Suspek yang mengalami kecederaan tidak dapat melarikan diri dan ditangkap oleh pengawal keselamatan dan orang awam sebelum diserahkan kepada polis," katanya.

"Suspek dibawa Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut manakala, Adam yang disahkan meninggal dunia di lokasi turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


follow me





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 30, 2020

Kambin Yang Menjadi Mangsa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak merebaknya virus corona ini, semakin ramai para penternak juga pekebun yang mengerjakan kebun atau penternakan secara kecil kecilan mengalami kerugian.

Kes terbaru yang disiarkan diberita tempatan adalah kes yang berlaku dijerantut kelmarin. Dua sahabat yang baru berjinak-jinak dengan penternakan kambin telah kecurian semua kambin-kambin mereka.

Masaalah kecurian ternakan ini semakin berleluasa sekarang ini, walaupun sebelum tularnya virus corona, memang sudah ada kes-kes kecurian ternakan dan hasil kebun para peladang.

Namun para penternak dan peladang harus lebih berhati-hati dalam mengawasi hasil ladang atau ternakan mereka. Dikala virus corona ini, ramai orang nakal atau pencuri semakin kekeringan wang dan mereka kerjanya mencuri, pencuri ini tidak memikirkan susah payah petani atau susah payah pekebun malahan keselamatan diri mereka sendiri pun mereka tidak fikir.

Ada sesetengah kejadian pencuri ini sempat diberkas olih orang kampung dan tentulah kena bantai dan sebagainya, mereka tidak pun fikir hal keselamatan diri mereka, jadi sudah tentu mereka tidak memikirkan kesusahan para petani!

Mereka akan mencuri ternakan apabila ada kesempatan dan para petani lalai, menjaga ternakan mereka, mereka tergamak bersekongkol dengan orang luar untuk mencuri ternakan didalam kampung sendiri, malahan untuk mencuri dari jiran yang mereka kenali.

Merka ini berpura-pura baik dalam kampung sendiri, tetapi mereka ini sebenarnya bersubahat dalam kes kehilangan harta benda didalam kampung.

Jadi kita mestilah harus lebih berhati-hati dimasa hadapan. Dan kes kelmarin ini lebih menyedihkan dikala mereka tengah kesusahan dan berusaha untuk mengimbagi keuwangan ketika hasil dari pekerjaan semakin merosot akibat daripada merebaknya corona virus.

Semoga mereka berdua tabah menghadapi dugaan dan cabaran! dan berwaspada dilain masa.

Jerantut:
Dua penternak kambing di Kuala Tahan di sini berputih mata apabila 25 ekor kambing yang dipelihara mereka lesap dari kandang pagi semalam.

Zamri Mat Amin, 53, berkata dia bersama Salehuddin Selat, 54, mempunyai kandang kambing yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka di perumahan Felcra, Kuala Tahan.

Menurutnya, mereka berdua pergi ke kandang itu pada jam 12 tengah malam kelmarin untuk melihat keadaan kambing dan mengunci pintu serta pagar kawasan itu sebelum pulang ke rumah.

"Pada sebelah pagi ketika Salehuddin hendak membuka pintu pagar kandang dia terkejut apabila melihat keadaan pintu sudah terbuka akibat dikopak dan mangga kunci pintu kandang dipotong.

"Apabila melihat ke dalam kandang kami terkejut kerana semua kambing hilang kecuali lapan ekor anak kambing," katanya.

Zamri berkata mereka mempunyai 33 ekor kambing kampung dan kambing Boer yang dipelihara sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, kegiatan mencuri itu mungkin berlaku antara 2 hingga 5 pagi ketika waktu hujan dan dia dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM 23,000.

"Kami anggap kejadian ini adalah sebagai ujian daripada Allah. Kami berharap pencuri itu dapat terbuka hati memulangkan semula kambing itu.

"Kami bekerja sebagai pemandu pelancong dan ketika ini begitu terkesan kerana tidak ramai pelancong yang datang ke Taman Negara. Inilah sumber pendapatan kami kini," katanya.


follow me





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 29, 2020

Kenapa Kawasan Kulim Banjir

Assalamualaikum...

Hari ini saya bawak anda melihat keadaan air banjir atau air melimpah naik selepas hujan lebat. Kita tangguh dahulu cerita 'Jangan mungkir Janji' nanti saya sambung kembali kesah itu dihari besok.

Banyak sebab kenapa kawasan Hospital Besar Kulim ini bolih melimpah airnya, disebabkan hujan lebat sudah tentu lah kan, ada kemungkinan juga masaalah peparitan yang tidak terancang atau tidak sesuai.

Umpamanya saiz atau ukuran longkang tidak cukup besar, atau mungkin ada sampah yang tersangkut dimana-mana.
Jika hujan yang biasa sahaja saiz longkang tersebut sudah memadai namun bila musim hujan lebat longkang yang bersaiz sederhana ini tidak bolih menampung limpahan air lagi.

Saiz longkang bolih difikirkan yang sesuai kerana keadaan hujan lebat ini bermusim dan bolih merancang pembinaan longkang tersebut.
Ini sekadar pendapat saya sahaja lah terserah kepada pehak yang menguruskan hal ini. Akibat hujan yang lebat tanpa henti,mengakibatkan banjir di Kawasan Hospital Kulim.

Keadaan kawasan Hospital Besar Kulim pada bahagian tambahan ini agaknya. Sebab kawasan lain yang tetap rasanya tinggi sedikit dari ini.

Kawasan Hospital Kulim.

Kawasan Hospital Kulim.

Kawasan Hospital Kulim.

Kawasan Hospital Kulim.

Lihat begitu laju airnya..


Dipersimpangan Lampu Merah dihadapan Hospital Besar Kulim. Keadaan air melimpah!


Keadaan Kampung Air Merah, Kulim. Kawasan pinggir Bandar Kulim. Kawasan yang agak rendah.

Kawasan Kampung Air Merah, dipinggir bandar Kulim.

Kawasan Kampung Air Merah, dipinggir bandar Kulim.

Kawasan Kampung Air Merah, dipinggir bandar Kulim.

Kawasan Kampung Air Merah, dipinggir bandar Kulim.


Ini lagi kawasan yang dilanda banjir, jalan yang melalui kawasan ladang sawit.

Lagi kawasan air melimpah dikawasan kulim.


follow dan komen memberikan semangat kepada saya menulis!





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 28, 2020

Jangan Mungkiri Janji - kedua -

Assalamualaikum...

Harapan saya segala kebaikan hanya untuk anda yang masih sudi hadir kesini!
Semalam hujan beterusan dan berhenti hanya pada sebelah petangnya sahaja, namun hujan semula pada awal pagi tadi.

Baiklah saya teruskan dengan cerita saya semalam, cerita Jangan Mungkir Janji.

Setelah berangkat sanga pemuda keluar negara bagi melanjutkan pengajian, tinggallah sang dara kesaorangan dikampung.

Rasa tidak tertanggung dendam rindu antara mereka berdua, namun apakan daya sijejaka harus menamatkan pengajian dahulu demi masa depan yang lebih baik.

Tahun demi tahun berlalu, sudah berpuluh pucuk surat diterima dan dikirim sebagai penganti diri. Luahan rasa kasih sayang semakin tidak terduga lagi, segala gurindam madah pujangga mungkin sudah menjadi kata-kata biasa didalam setiap warkah yang dikirimkan.
Tinggallah sidara menunggu dengan penuh sabar, begitu teguh cintanya terhadap sijejaka. Hanya air mata menemani dimalam yang sepi. Makan tidak kenyang mandi pun tidak terasa basahnya.
Begitulah juga dengan sijejaka yang berada diperantauan, tekun belajar bagi mendapat ijazah dan ingin segera pulang kepangkuan sang kekasih.

Walaupun kesunyian sidara masih punya adik perempuan yang sangat akrab hubungan mereka bersaudara, kemana adik pergi disitulah kakaknya ada. Dan mereka juga tetap meneruskan pengajian dibandar behampiran kampung.
Hari berganti hari, bulan berganti tahun begitu lamanya masa yang mereka terpaksa tempuhi, hanya lebaran wakah kasih sahaja sebagai menambat kasih.
Sang dara sudah berusia remaja, nampak cantik dan menawan apalagi sudah memang warna kulitnya putih berseri. Ramai juga jejaka yang menaruh hati dan ramai juga yang ingin jadikan sidara sebagai menantu.

Sebagaimana kebiasaan orang kampung pada masa itu, mana-mana jejaka bolih masuk meminang mana-mana sang dara yang telah mencuri hati mereka, walau pun belum mengenali antara satu sama lain. Beginilah jugalah yang terjadi dengan sidara yang sedang muda belia lagi cantik. Sudah tentulah terpaksa ditolak semua peminangan dengan baik kerana sidara tidak setuju.

Kedua orang tua sidara pun seakan menyebelahi sidara, kerana mereka juga mengatahui yang sidara mereka sedang menunggu kepulangan sang kesasih hati yang mereka kedua juga turut mengenali sang jejaka kekasih anaknda mereka.

Bukan sebarang jejaka adanya yang masuk meminang, sebab keluarga yang mengenali tidak akan berani meminang anak dara yang satu ini, selain memiliki keluarga besar dan kaya. Kebun sawah luas terbentang kerbau lembu dijagai orang kampung, sudah tidak tahu sekian banyak.
Kerbau lembu sengaja dijual murah kerana ingin turut berkenduri atau bersedekah bila ada penduduk kampung mengadakan majlis perkahwinan.

Hari berlalu silih berganti, kini tibalah kepenghujung kembara sang jejaka diluar negara, sang jejaka akan kembali ketanah air tidak berapa bulan lagi.
Sudah tentu kepulangan sijejaka juga akan menglangsungkan hari bahagia antara mereka berdua. Penantian yang begitu lama ditemani kesabaran yang menguji kesetiaan. Penantian yang akan membuahkan hasil yang indah dan bahagia.

Riang gembira sidara dalam meniti hari yang cuma tinggal sedikit lagi untuk bertemu sang kekasih yang lama pergi. Persiapan rumah disusun atur dengan kemas, kebersihan halaman rumah dihias pokok-pokok bungaan berbagai jenis.
Semua dilakukan dengan hati yang riang gembira, senyuman senantisa terukir dibibir yang mengambarkan kebahagian yang amat sangat. Sang buah hati tidak lama lagi akan kembali kepangkuannya.

Ayah bonda kedua pun turut gembira, turut ceria seiring kegembiraan anakda. Namun siapa yang menyangka! panas rupanya tidak sampai ke petang!

bersambung, nantikan sambungannya.. follow dan komen ye!

Cerita Jangan Mungkir Janji






Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 26, 2020

Jangan Mungkiri Janji - pertama -

Assalamualaikum...

Hari ini komputer meja buat hal.
Guna talipon saja.. tetapi talipon pun sudah ketinggalan zaman.
Harap maaf saja ya..
Apa pun terima kasih kerana masih sudi ziarah sini.
Nanti saya edit kemudian, saya menulis terus saja kesini jika menggunakan komputer.

Nampaknya malam ini tidak bolih buat apa lagi.
Ini pun terkial-kial menulis guna talipon...
Cadang saya malam ini hendak cerita pasal Jangan Mungkiri Janji, terutama bagi mereka yang sedang berkasih atau bercinta..

Nanti saya tulis kemudian.



baiklah

pagi ini,

Seperti yang saya janjikan saya akan meneruskan tulisan saya berkenaan dengan 'Jangan Mungkir Janji'

Tulisan saya ini lebih kepada cerita yang mengesahkan tentang kesan mungkir janji, cerita saya ini mengesahkan tentang orang yang berkasih atau bercinta kemudiannya satu pehak telah memungkiri janji.

Biasanya orang berkasih sayang ini akan berjanji sehidup semati, serta mungkin juga janji-janji yang jika kita tidak melalui suasana berkasih kasihan kita mungkin tidak sanggup berjanji yang sebegitu.

Jika tidak dialam berkasih sayang kita mungkin tidak mampu berjanji seribu tahun pun sanggup ditunggu atau jika kau tinggalkan aku, aku sanggup mati. Begitulah orang berkasih sayang bila berjanji. Mereka tidak memikirkan akibat dari janji-janji yang telah mereka ucapkan.

Mungkir janji adalah sesuatu yang amat berat yang terpaksa ditanggung olih mereka yang mengalaminya. Janganlah kita begitu mudah berjanji kepada sesiapa sahaja jika kita tidak sanggup menpati janji atau takut janji yang kita buat tidak dapat kita penuhi.

Berbalik kepada cerita mungkir janji yang saya hendak tulis ini adalah janji-janji diantara dua insan yang sedang bercinta, segalanya manis dan indah belaka. Cerita gadis kampung yang menyerah sepenuh hati dan perasaan kepada jejaka idaman yang telah mencuri hatinya.

Sejak dari berkecil mereka telan menyimpan kasih sayang diantara mereka, sebagai mana keadaan perkampungan yang suasana sekitarnya masih bersih dan belum tercemar begitulah cinta kasih mereka berdua tidak tercemar, cinta kasih dengan nilai-nilai perkampungan atau nilai adat orang kampung.

Cinta kasih mereka suci sesuci embun pagi cinta mereka lebih banyak berbicara antara hati kehati, adat dan suasana kampung begitu memelihara kesucian cinta mereka berdua. Peluang untuk bertemu dan berbual hanya bila majlis perkahwinan atau jika ada majlis disurau kampung yang yang masih mengamalkan kegiatan gotong royong bagi menyediakan makanan untuk setiap majlis.

Pada usia remaja ketika disekolah Menengah, mereka lebih banyak berbalas balas surat atau warkah cita. Itulah saluran untuk mereka melepas kan rindu kasih dan ucapan cinta yang berbunga-bunga.

Sudah tentulah ayat-ayat cita, kata-kata cinta demi menyanjung sang kekasih tiada pernah tertinggal disetiap lebaran yang dititipkan. Inilah kehebatan cinta, dunia ini indah semata-mata, tiada insan yang dapat mengecap sebenarnya bahagia melaikan mereka yang bercinta.

Laju jari jemari paduan dua hati jika mereka melahirkan luahan kasih.

"kekasih, kusebut namamu, didalam setiap mimpi ku."
"kekasih, kusebut namamu, didalam setiap langkahku."
"kekasih, kusebut namamu, didalam setiap nafas ku."
"kasihku, ingatlah janjimu, tanpamu' meranalah hidupku."

Mungkin begitulah tinta warkah kasih diantara mereka berdua, cinta mereka sebersih awan biru. Dan mungkin lebih banyak kata janji yang dipahat diantara mereka berdua, memang adat orang berkasih apa saja sanggup dilakukan demi untuk membahagiakan orang yang mereka cintai.

Dan mereka sendiri berjanji tidak akan sama sekali untuk berubah hati, jauh sekali untuk berpisah tiada ungkapan berpisah didalam kamus mereka ketika itu.

Setelah mereka berdua tamat pengajian sekolah Menengah, sang jejaka melanjutkan pengajian diluar negara, bercucuran lah air mata sidara dan sijejaka namun untuk kebaikan masa hadapan keputusan menlanjutkan pelajaran diteruskan juga.

Setelah kesepakatan antara dua insan bercinta maka tiada terbatas lagi kata cinta kasih dan ungkapan janji-janji yang dimeterai sebelum sijejaka melangkah pergi.
Disebabkan jarak negara yang ditujui itu jauh selain memikirkan perekonomian, maka sijejaka akan kembali ketanah air hanya setelah tamat tempoh pengajian.

Tempoh ini lah yang benar-benar menguji cinta mereka.


Okay, nampaknya sudah panjang saya menulis, nantikan sambunganya, panjang sangat nanti penat bacanya.

jumpa lagi.

Cerita Jangan Mungkir Janji






Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 25, 2020

Covid-19 Semakin Menganas.

Covid-19 Semakin Menyebar.

Covid-19 sudah mula menyerang di daerah Kulim, hari ini beberapa taman perumahan di Kulim, Kedah. telah pun diistiharkan sebagai kawasan zon merah.

Penyebaran virus covid-19 seperti tidak dapat dibendung lagi, makin hari semakin menambah bilangan kes positif covid.

Ini juga sebagai amaran kepada orang ramai dikawasan lain supaya lebih berhati-hati dalam beurusan seharian, patuhi SOP dengan amanah! jaga diri sendiri ikut peraturan SOP bagi mengelak dari penyebaran virus ini berterusan.

Jangan ambil rengan dengan SOP yang telah ditetapkan, dengan patuhi sesungguhnya sahaja yang dapat menghalang virus ini dari terus merebak.

Apabila kita pulang dari kerja atau pulang dari bandar atau dari mana-mana sahaja yang kita ketahui bersama khalayak ramai, hendaklah kita terus basuh atau rendam semua pakaian kita tadi, jangan digantung atau dibiarkan didalam rumah tanpa dicuci terlebih dahulu!

Dan kita juga seharusnya mandi terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti seharian didalam rumah kita. Jika sikap menjaga kebersihan seperti ini dilakukan, bermakna kita turut menjaga ahli keluarga kita dari keberangkalian virus corona yang mengikut kita pulang tidak pula menjangkiti ahli keluarga yang lain.

Ubat untuk virus covid-19 ini sebenarnya belum ada lagi! kalau ada pun tidak mungkin orang biasa seperti kita ini akan mendapat dengan mudah. Andai kita dimasukan kerumah sakit kita hanya akan diberi ubat ubatan yang bersangkutan dengan gejala yang dialami sahaja.

Sekiranya pesakit yang dirawat itu dapat bertahan dan pulih dari gejala-gejala yang dialami maka selamatlah pesakit tersebut, dan jika pesakit covid ini memiliki penyakit lain yang biasa disebut Tiga Serangkai habis lah, sebab pesakit ini sangat lemah daya imum nya.

Juga memberi kesan yang sangat buruk jika kita menjaga SOP dan tidak sengaja kita menyebarkan kepda anak bayi kita.

Jangan ingat kita sihat dan kuat melawan virus, kita abaikan SOP andai kata kita ini memang kebal virus covid serta tidak menjadi apa-apa, dan kita tidak mengambil langkah dari menjangkiti kita konon kita selamat! tetapi kita akan menjadi perumah kepada virus covid-19 untuk disebarkan kepada individu lain, termasuklah kita sebarkan kepada orang-orang yang kita sayang dirumah.

Bukan setakat di Kulim sahaja yang akan parah, jika kita lalai tempat-tempat lain pun akan turut terjebak dengan penularan virus jika kita dan pemerentah tidak dapat mengambil langkah-langkah keselamatan dan juga pemantauan pemakaian atau pematuhan SOP.

Apa pun masyarakat mestilah peka dengan peraturan yang telah ditetapkan!

Semua peraturan dan undang-undang adalah untuk kebaikan masyarakat juga, jika ada yang memang degil, denda!

Semoga kita semua dijauhi dari virus covid.

jumpa lagi.


mylink





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!