Covid-19 sudah mula menyerang di daerah Kulim, hari ini beberapa taman perumahan di Kulim, Kedah. telah pun diistiharkan sebagai kawasan zon merah.
Penyebaran virus covid-19 seperti tidak dapat dibendung lagi, makin hari semakin menambah bilangan kes positif covid.
Ini juga sebagai amaran kepada orang ramai dikawasan lain supaya lebih berhati-hati dalam beurusan seharian, patuhi SOP dengan amanah! jaga diri sendiri ikut peraturan SOP bagi mengelak dari penyebaran virus ini berterusan.Jangan ambil rengan dengan SOP yang telah ditetapkan, dengan patuhi sesungguhnya sahaja yang dapat menghalang virus ini dari terus merebak.
Apabila kita pulang dari kerja atau pulang dari bandar atau dari mana-mana sahaja yang kita ketahui bersama khalayak ramai, hendaklah kita terus basuh atau rendam semua pakaian kita tadi, jangan digantung atau dibiarkan didalam rumah tanpa dicuci terlebih dahulu!Dan kita juga seharusnya mandi terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti seharian didalam rumah kita. Jika sikap menjaga kebersihan seperti ini dilakukan, bermakna kita turut menjaga ahli keluarga kita dari keberangkalian virus corona yang mengikut kita pulang tidak pula menjangkiti ahli keluarga yang lain.
Ubat untuk virus covid-19 ini sebenarnya belum ada lagi! kalau ada pun tidak mungkin orang biasa seperti kita ini akan mendapat dengan mudah. Andai kita dimasukan kerumah sakit kita hanya akan diberi ubat ubatan yang bersangkutan dengan gejala yang dialami sahaja.Sekiranya pesakit yang dirawat itu dapat bertahan dan pulih dari gejala-gejala yang dialami maka selamatlah pesakit tersebut, dan jika pesakit covid ini memiliki penyakit lain yang biasa disebut Tiga Serangkai habis lah, sebab pesakit ini sangat lemah daya imum nya.
Juga memberi kesan yang sangat buruk jika kita menjaga SOP dan tidak sengaja kita menyebarkan kepda anak bayi kita.
Jangan ingat kita sihat dan kuat melawan virus, kita abaikan SOP andai kata kita ini memang kebal virus covid serta tidak menjadi apa-apa, dan kita tidak mengambil langkah dari menjangkiti kita konon kita selamat! tetapi kita akan menjadi perumah kepada virus covid-19 untuk disebarkan kepada individu lain, termasuklah kita sebarkan kepada orang-orang yang kita sayang dirumah.Bukan setakat di Kulim sahaja yang akan parah, jika kita lalai tempat-tempat lain pun akan turut terjebak dengan penularan virus jika kita dan pemerentah tidak dapat mengambil langkah-langkah keselamatan dan juga pemantauan pemakaian atau pematuhan SOP.
Apa pun masyarakat mestilah peka dengan peraturan yang telah ditetapkan!
Semua peraturan dan undang-undang adalah untuk kebaikan masyarakat juga, jika ada yang memang degil, denda!
Semoga kita semua dijauhi dari virus covid.
jumpa lagi.
Terima kasih!
Baca Lagi Kesah Fidah!